Selasa, 16 Oktober 2012

Pegawai dan Staf terbaik PPDM Bulan September 2012

Tahniah dan syabas kepada pegawai dan staf sokongan yang terpilih bagi bulan September 2012 untuk dinobat sebagai Pegawai dan Staf Terbaik PPDM. Program bulanan ini merupakan satu pengiktirafan pihak pengurusan PPD Maran kepada pegawai dan stafnya yang komited dan dedikasi. Sebagai langkah memotivasi dan meningkatkan kualiti dan produktiviti pegawai dan sataf, maka satu kaedah pemilihan dan pencalonan dibuat oleh semua warga PPD Maran bagi menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini memberikan kebaikan buat semua.

En Razali bin Yusof merupakan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah DG41 di Unit Pengurusan Aset.
 

En Saiful Rizal bin M. Lazim merupakan Pembantu Am Rendah (N1) di PPD Maran. Memulakan perkhidmatannya di PPD Maran pada 1.1.2010.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.