Selasa, 2 Oktober 2012

Pelancaran Amalan 5S Peringkat PPD Maran

Gambar 1 : En Jasmi sedang memberikan taklimat 5S

Gambar 2 : Tuan PPD Maran, Encik Baharum bin Hj. Samat sedang memotong riben, gimik pelancaran Amalan 5S PPD Maran.

Gambar 3 : Bergambar bersama dalam pelancaran Amalan 5S PPD Maran

Amalan 5S antara aktiviti Unit Pengurusan Kualiti (UPQ) yang perlu dilaksanakan bagi memantapkan kualiti pengurusan organisasi PPD. Taklimat diberikan kepada semua staf dan pegawai bagi mendapatkan pengetahuan, kaedah dan amalan 5S. UPQ sendiri telah mengeluarkan Garis Panduan Perlaksanaan 5S di PPD Maran kepada semua stafnya.
     Pelancaran Amalan 5S telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Encik Baharum bin Hj Samat pada 30 April 2012 disaksikan oleh Guru Besar-Guru Besar Daerah Maran, para pegawai dan staf PPD Maran. Semoga amalan 5S menjadi budaya kepada gerakkerja warga PPD Maran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.