Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Kembali ke Sekolah


UPQ, PPD Maran

Selamat Tahun Baru 2013

Pejabat Pelajaran Daerah Maran mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua warga pendidikan, pelajar dan pelanggan. Semoga Tahun baru ini lebih cemerlang , gemilang dan terbaik.

UPQ, PPD Maran

Jumaat, 28 Disember 2012

Urusan Pertukaran Pelajar

Proses pertukaran pelajar antara urusan yang penting dan paling banyak diuruskan oleh Unit Pengurusan Sekolah pada akhir tahun ini. Antara proses pertukaran ini melibatkan;
  • pertukaran antara sekolah,
  • rayuan pertukaran ke sekolah kawalan Jabatan atau khas,
  • pendaftaran lewat,
  • dan sebagainya.

Kaunter PPD terus sibuk melayan kehendak pelanggan yang hadir. Tahniah kepada staf yang dapat melaksanakan tugas dan menyelesaikan permasalahan pelanggan. Terima kasih kepada semua termasuk pelanggan PPD yang terdiri dareipada ibu bapa dan penjaga pelajar yang sabar menunggu proses pertukaran dapat diselesaikan.

UPQ, PPD Maran

Khamis, 27 Disember 2012

Star Rating


Bidang Tugas UPQ

1. Membantu Pengurus Kualiti dalam menyelaras dan melaksanakan perkhidmatan pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah yang efisien, cekap dan berkualiti, mengikut garis panduan dan arahan perkhidmatan.

2. Membuat Kajian keperluan perkhidmatan iaitu merancang, menyelaras dan memberi perkhidmatan yang merangkumi beberapa aspek iaitu:

·  Perkhidmatan pengurusan pejabat

·  Standard Kualiti ISO

·  Star Ranting

·  Inovasi dan Kumpulan Inovatif Kreatif

·  Program-program NKRA seperti New Deals, SKPM, SBT dan sebagainya.

· Program Peningkatan Pengurusan Organisasi seperti PrOD bersama IAB

· Anugerah-anugerah Kualiti di peringkat PPD.

3. Melaksanakan Audit Dalam kepada semua elemen Prosedur Kualiti dan pematuhan Standard Piawaian ISO 9001:2008.

4. Menyelaras penilaian yang berkesan terhadap Program Star Rating Pejabat Pelajaran Daerah Maran.
5.     Menyelaras dan mengerakkan Kempen Pengurusan Kualiti dengan perlaksanaan  
        Sistem 5S di Pejabat Pelajaran Daerah Maran.
6 Membantu Pengurusan PPD dan sekolah dalam memantapkan pengurusan, meningkatkan kecekapan dan kualiti pegawai, staf dan sekolah ke arah pengurusan yang cemerlang.
7. Membantu Pengurusan PPD dalam menilai, merekod dan pendokumentasian program-program, data dan maklumat demi kecemerlangan pengurusan.
8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Tuan Pegawai PPD, Timbalan PPD, Pengarah Pelajaran Negeri, Sektor Jaminan Kualiti (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia
 
UPQ, PPD Maran

Objektif UPQ


1. Memberi bimbingan secara   berterusan untuk membentuk sistem pengurusan PPD dan sekolah secara profesional

2. Melaksana peningkatan kualiti dan keutuhan NKRA seperti SKPM, New Deals dan SBT.

3. Mengekal dan meningkatkan lagi mutu kepimpinan instruksional dan berkualiti

4. Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan sekolah

5. Menyelaras pelaksanaan sistem pengurusan yang ditetapkan oleh kementerian dan lain-lain pekeliling yang berkaitan

6. Merancang, menyelaras dan membina sistem piawaian pengurusan kualiti  yang seragam dan bertaraf dunia

7. Menyelaras pengumpulan , penyelenggaraan , penerbitan , penyimpanan dan penyelarasan laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi

8. Merancang , meyelaras dan melaksana Audit Dalam  bagi seluruh Proses Kerja  dalam organisasi

9. Menyelaras semua Anugerah Kualiti  dan Inovasi di peringkat organisasi

 
UPQ, PPD Maran

Pegawai & Staf Terbaik PPD Maran Oktober 2012


 
Tahniah kepada pegawai dan Staf PPD Maran. Moga meningkatkan lagi produktiviti pengurusan PPDM.

Warga Organisasi PPDM 2013

UPQ, PPD Maran

Selasa, 18 Disember 2012

Tahukah Anda? Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar kita.

Maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan PROGRAM
PROFESSIONAL UP-SKILLING OF ENGLISH LANGUAGE TEACHERS.





Untuk maklumat lanjut sila KLIK

UPQ, PPD Maran

Isnin, 17 Disember 2012

Tahniah, Tempat ke 3 Penilaian 5S Antara PPD Pahang.

UPQ, PPD Maran mengucapkan tahniah kepada warga PPD Maran yang telah berjaya mendapat tempat ke 3 Pertandingan Kualiti Persekitaran 5S PPD, Peringkat Negeri Pahang 2012 baru-baru ini. Walaupun tidak berjaya menjuarai, namun komitmen semua warga PPD Maran dalam menjayakan 5S amat dihargai dan berada ditahap yang tinggi.
     Usaha memantapkan kualiti pengurusan dan persekitaran organisasi akan berterusan dan komitmen ini akan diteruskan pada tahun seterusnya. Tahniah atas usaha yang telah diberi dan pengorbanan masa, tenaga dan kewangan. 5S kini sudah mula diterap dan difahami kehendaknya oleh warga PPD Maran.

Selasa, 11 Disember 2012

Kursus Asas Marshall dan Pengendalian Paint Ball, anjuran JPN Pahang

Satu kursus berkaitan pengadilan dan pengendalian Paint Ball telah diadakan di Pusat Kokurikulum Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang pada 11 hingga 12 Disember 2012. Kursus ini dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Kemanusiaan, JPN Pahang disertai oleh pegawai dan penyelia Pejabat Pelajaran Daerah seluruh Pahang.
Bergambar sebelum berperang.

Taklimat berkaitan Paint Ball kepada semua peserta.
     Kursus ini memberi pendedahan kepada para pegawai bagi persediaan penganjuran Paint Ball Kebangsaan oleh negeri Pahang pada tahun 2014 nanti. Fokus kepada pelajar akan diberikan kepada asrama seluruh Pahang dan latihan serta pertandingan antara sekolah berasrama akan dimulakan pada tahun hadapan (2013) nanti.
     Turut sama dalam latihan selama 2 hari ini ialah Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan (SPK), JPN Pahang iaitu Tuan Haji Mohd Rauf. Semua peserta berpeluang menjadi marshall dan pemain. Permainan Paint Ball ini memang seronok dan menguja para peserta walaupun agak lasak. Walaupun rata-rata pegawai telah berumur, namun sikap pejuang dan seolah perajurit di medan tempur. PPD Maran juga telah menghantar para pegawainya dan semuanya bersemangat melakukan aktiviti. Tahniah kepada para peserta.

UPQ, PPD Maran

Ahad, 9 Disember 2012

Buku Yang Patut Dibaca : Perancangan Strategik Pembangunan Sekolah

Buku ini telah dihasilkan oleh Institut Aminuddin Baki dalam membantu sekolah dalam pembangunan pengurusan yang mantap. Perancangan Strategik ini amat baik untuk membantu pihak pengurusan sekolah dalam merangka pelan dan perancangan terbaik buat sekolah.
     Antara kandungannya ialah Perancangan Strategik, Perancangan Operasi, Perancangan Taktikal dan hala tuju sekolah.Ianya membantu pentadbir sekolah dalam memantap dan melonjakkan kecemerlangan sekolah. Buku ini boleh di dapati di kaunter buku IAB.
    
UPQ, PPD Maran

Hari Keluarga PPD Maran 2012

Pada 30 November dan 1 Disember 2012, PPD Maran telah mengadakan Hari Keluarga di De Rhu Beach Resort di Pantai Balok Kuantan. Semua pegawai dan staf bersama keluarga masing-masing telah bersama dan berhubung erat.

Encik Baharum memotong kek bersama rakan pegawai PPD di majlis makan malam

Bersarapan dan aktiviti sukan di Pantai Palok

Aktiviti Pertandingan Bowling antara pegawai dan Staf
UPQ, PPD Maran