Khamis, 25 April 2013

Program Intervensi perlu digerakkan serta merta

Program intervensi atau pemulihan perlu digerakkan serta merta bagi membantu kepada lonjakkan pretasi akademik. 'Ubat' atau rawatan kepada semua pelajar berdasarkan pencapaian semasa pelajar sama ada bagi pelajar A (cemerlang), sederhana dan potensi lulus. Ianya berdasarkan target (ETR) sekolah itu sendiri dan membuat penilaian berasaskan TOV pelajar.
   Maka seharusnya pihak sekolah terutama Guru Besar perlu menilai kembali tahap pencapaian sekolah dan mengatur strategi kerja dalam menyelesaikan permasalahan pelajar.. Pihak sekolah perlu membuat pemantauan, 'monitor dan coaching' serta berfokus secara individu/kelompok. Post mortem kepada program panitia bagi meningkatkan kecemerlangan dan lonjakan.
     Bagi memastikan lonjakan prestasi UPSR bagi sekolah-sekolah daerah Maran terutama sekolah berpestasi rendah, PPD Maran telah menggariskan KPI pencapaian mata pelajaran yang WAJIB dicapai iaitu;
  • Bahasa Melayu Pemahaman   Pencapaian A : 60 %
  • Bahasa Melayu Penulisan       Pencapaian A : 60 %
  • Bahasa Inggeris                       Pencapaian A : 30 %
  • Matematik                               Pencapaian A : 50 %
  • Sains                                        Pencapaian A : 50 %
Pencapaian keseluruhan mestilah menjangkau 100 %  dan GPS perlu berada di bawah 2.0
Ini bagi merealisasikan sekolah lebih cemerlang dan melakukan lonjakan prestasi.

 UPQ, PPD Maran

Sesi 'Debriefing' Sekolah-sekolah Daerah Maran Fasa 1, 2013

Pejabat Pelajaran Daerah Maran telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan analisis prestasi akademik UPSR selepas Ujian Pengesanan 1, 2013. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Tuan PPD Maran, Encik Baharum bin Hj Samat di Bilik Gerakan PPD Maran, pada 25 April 2013.
     Fokus pertemuan ini bagi melihat sejauh mana pencapaian dan post mortem yang telah dilaksanakan oleh sekolah dalam mempastikan berlaku lonjakan prestasi dalam akademik. Apa yang lebih penting ialah melihat sejauh mana program intervensi dijalankan oleh pihak sekolah kepada para pelajar yang cemerlang, potensi lulus dan peranan GPS yang menentu tahap pencapaian sekolah. Pertemuan ini melibatkan 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang dan juga melibatkan 10 buah sekolah tepilih. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah;
  1. SK LKTP Jengka 18
  2. SK LKTP Jengka 8
  3. SK LKTP Jengka 21
  4. SK LKTP Jengka 1
  5. SK Bukit Lada
  6. SK LKTP Jengka 17
  7. SK Ulu Luit
  8. SK LKTP Kg New Zealand
  9. SK LKTP Jengka 22
  10. SK Kertau
Sekolah-sekolah ini adalah antara sekolah yang diberi perhatian oleh PPD Maran bagi membantu pencapaian UPSR. Kita mengharapkan perbincangan yang dilaksanaan memberi impak kepada keputusan UPSR sekolah-sekolah ini.

UPQ, PPD Maran

Rabu, 24 April 2013

Ilmu Pedagogi Membantu Mewujudkan Pembelajaran dan Pengajaran Berkualiti. ('Back to basic')

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.
      Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah.  Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna.

Taksonomi Bloom

Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada:
  • Bidang Kognitif
    Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa.
  • Bidang Afektif
    Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.
  • Bidang Psikomotor
    Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.
Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang pencil(bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya(bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis(bidang afektif).

Isnin, 22 April 2013

Lawatan "Bench Marking' ke SMART, Kuantan oleh MPSM Daerah Maran

Lawatan Penanda Aras ke SMART ini telah dilaksanakan pada Rabu, 17 April 2013 dihadiri oleh semua Pengetua, GPK1 dan beberapa orang wakil PPD Maran. Tujuan lawatan kerja ini bagi melihat pengurusan sekolah SMART ini dan berkongsi kerjayaan mereka.
     Taklimat telah diberikan oleh Pengetua SMART sendiri kepada para peserta. Kita mengharapkan lawatan ini akan menyuntik idea dan perkongsian pengurusan sekolah dalam memastikan sekolah-sekolah daerah Maran juga mampu berdaya saing dan menyumbang kejayaan akademik yang tinggi dan cemerlang.

Jumaat, 19 April 2013

PK15 Pengurusan Mesyuarat (Prosedur)

Objektif prosedur ini bertujuan untuk menentukan  proses pengendalian mesyuarat yang teratur mengikut agenda yang ditetapkan dengan mematuhi PKPA 2/1991 – Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.
 
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
 
TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
RUJUKAN
 
 
Pengerusi/ Setiausaha Mesyuarat
 
Urus setia
 
 
Pengerusi/ Setiausaha Mesyuarat
A.   SEBELUM MESYUARAT

1.   Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat.  

2.   Membuat tempahan bilik mesyuarat.

3.   Menentukan kertas kerja / isu / program/ laporan yang disediakan untuk perbincangan (sekiranya ada).

 
 
 
 
 
Rekod Tempahan Bilik Mesyuarat
 
 
 
 
 
Setiausaha
Mesyuarat
 
 
 

 
Pengerusi/
Setiausaha
Mesyuarat
 
 
 
 
 
 
Urus setia
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Setiausaha Mesyuarat
 
 
 
 
 
Setiausaha Mesyuarat
4.  Menghantar surat jemputan mesyuarat yang mengandungi maklumat berikut:
 a.    Nama jawatankuasa
b.    Tarikh dan tempat mesyuarat
c.    Masa mula dan masa dijangka tamat
d.    Agenda mesyuarat
e.    Nama pengerusi
f.     Jenis pakaian
 
5.  Agenda mesyuarat hendaklah disusun di
dalam bentuk seperti berikut:
 
5.1  Agenda Mesyuarat Pengurusan
  a.  Perutusan Pengerusi
b.  Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
c.  Perkara-perkara berbangkit (maklum balas minit mesyuarat yang lepas)
d.  Pembentangan kertas kerja/ isu/ laporan
e.  Hal-hal lain
f.   Penutup
 5.  Memastikan kemudahan-kemudahan bilik  
     mesyuarat berfungsi dengan baik.
6.Menentukan senarai kehadiran jawatankuasa/ jemputan mesyuarat
A.   SEMASA MESYUARAT
1.Menyediakan catatan minit mesyuarat seperti berikut:
a. Senarai kehadiran mesyuarat
b. Perkara-perkara penting yang dibincangkan di dalam mesyuarat
c. Keputusan-keputusan yang dibuat
d. Tindakan-tindakan susulan yang perlu  diambil oleh BPSH/ JPN/ PPW/ PPD

 
B.   TINDAKAN-TINDAKAN SELEPAS MESYUARAT
1.   Menyediakan minit mesyuarat.
2.   Mengedarkan minit mesyuarat dan borang maklum balas dalam tempoh 1 minggu kepada semua ahli mesyuarat.
3. Mengumpul dan menyatukan maklum balas dalam tempoh 2 minggu.
  
Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi ambil tindakan pembetulan merujuk PK 12 – Kawalan Ke Atas Ketidakakuran Produk/ Perkhidmatan
 
Surat Panggilan Mesyuarat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Rekod Mesyuarat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
Senarai Jemputan Mesyuarat
 
 
 
 
 
Catatan Minit Mesyuarat
 
 
 
Minit Mesyuarat
 
 
 
 
 
 
 
PK15 – 1 Maklum Balas Minit Mesyuarat

Selasa, 16 April 2013

Kualiti Seorang Guru

Seringkali kita tertanya-tanya apakah kualiti yang perlu ada untuk menjadi seorang guru. Mungkin pada pandangan sesetengah orang mudah kerjaya seorang guru adalah amat mudah dan boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Namun begitu untuk menjadi seorang guru yang baik dan hebat sebenarnya memerlukan beberapa elemen yang perlu wujud secara semula jadi ataupun ianya boleh dipelajari baik melalui buku-buku ilmiah mahupun melalui pengalaman guru itu sendiri. Secara umumnya kualiti-kualiti ini perlu ada pada individu yang menjadi guru ataupun ingin menjadi seorang guru. Mudah-mudahan ianya akan membantu kita menjadi seorang guru yang hebat .

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

eg-Tukar dibuka sekarang

Sistem Pertukaran Guru eg-tukar telah dibuka sekarang. Guru-guru yang hendak bertukar diminta untuk mengisi borang tersebut. Tarikh tutup adalah pada 30 April 2013.
http://apps.moe.gov.my/epgo/
Sila pastikan anda menggunakan pelayar Microsoft Internet Explorer untuk mengakses aplikasi eg-tukar.

UPQ, PPD Maran

Isnin, 1 April 2013

Tahniah SK Sentosa, Maran kerana mendapat pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan

Guru Besar SK Sentosa bersama replika cek RM250,000.00 yang diterimanya daripada KPM

Syabas dan tahniah kepada SK Sentosa, Maran di bawah kepimpinan Ustaz Haji Mat Isa bin Hj. Abdul Rashid kerana telah berjaya melonjakkan sekolah kepada Sekolah Kluster Kecemerlangan. Perkhabaran ini adalah satu kegembiraan buat warga kerja dan komuniti SK Sentosa khususnya dan warga pendidikan daerah Maran amnya.
     Inilah satu pengiktirafan pihak kementerian Pelajaran Malaysia yang memberikan lonjakkan  kecemerlangan kepada pendidikan di daerah Maran yang mana sekolah ini berada di kawasan luar bandar. Jika bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Itulah perumpamaan bagi kecemerlangan warga SK Sentosa. Kita berharap juga agar pencapaian ini menguatkan semangat mereka untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
     SK Sentosa layak memperolehi dana sebanyak RM250,000 untuk pembangunan sekolah dan beberapa kemudahan lain. Tahniah diucapkan. Semoga ianya menjadi motivasi kepada sekolah rendah yang lain. Ianya juga adalah kejayaan sebagai sekolah luar bandar pertama yang memperoleh kejayaan ini.
     Maklumat penuh berkaitan perkhabaran ini akan dimaklumkan kemudian.
 
UPQ, PPD Maran