Rabu, 22 Mei 2013

Kedudukan Skor Komposit SKPM, Ranking dan Band Sekolah Menengah Daerah Maran bagi 2012

Berikut adalah keputusan SKPM yang dikeluarkan oleh NKRA, KPM dan Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti Malaysia bagi sekolah-sekolah menengah daerah Maran 2012.
 

UPQ, PPD Maran

Sekolah-sekolah New Deals Daerah Maran 2010-2012

Sekolah terbaik daerah Maran
 
UPQ, PPD Maran

Isnin, 20 Mei 2013

Taklimat Pengurusan Rekod, Penglupusan Fail, Fail Meja dan Pengurusan Pejabat kepada Semua PT Daerah Maran 2013

Program ini telah diadakan di Dewan Seminar PPD Maran pada 20 Mei 2013 dan dihadiri oleh semua pembantu tadbir sekolah-sekolah daerah Maran. Ia bertujuan bagi memberi pendedahan kepada semua PT dalam tugasan harian mereka terutama pengurusan rekod dan fail, pengurusan pejabat dan penglupusan rekod/fail/aset.
     Program sehari ini amat baik untuk meningkatkan kecekapan, pengetahuan dan hala tuju pengurusan tadbir serta memantapkan kualiti pengurusan sekolah. Semoga apa jua yang ditaklimatkan dapat dikongsi bersama dan membawa perubahan mantap kepada sekolah-sekolah daerah Maran.
Ketua Juruaudit JPNP, Encik Ramlan bin Kamrin menyampaikan taklimat berkenaan Fail Meja.

Antara PT-PT yang hadir.


Jumaat, 17 Mei 2013

Pengisisan data Murid bagi Saringan LINUS

Tarikh pengisian data murid di Portal NKRA bagi SARINGAN LINUS (Literasi BM dan Numerasi) : Saringan 1 - Tahun 1, Saringan 1 - Tahun 2 dan Saringan 1 - Tahun 3, 2013 dari 6 hingga 17 Mei 2013.
1. Pegawai FasiLINUS dan Penyelaras LINUS di sekolah perlu memastikan semua guru yang terlibat dengan pengisian data murid mengisi data murid di LINUS 2.0

2. Id Pengguna dan Katalaluan untuk PPD dan sekolah masih sama seperti di LINUS 1.0

3. LINUS 1.0 disediakan untuk memberi kemudahan kepada KPM/JPN/PPD/Sekolah untuk muat turun keputusan data murid ketika Saringan LINUS dari TAhun 2010 hingga 2012.

4. Senarai nama murid untuk pengisian data Saringan LINUS adalah dimuat turun senarai nama dikemaskini di dalam APDM.

5. Senarai nama sekolah mengikut PPD yang dimuat turun di dalam Portal NKRA untuk pengisian data murid di muat turun daripada EMIS yang dikemaskini.

6. Keputusan Saringan 'Baseline' untuk Literasi Bahasa Inggeris TIDAK PERLU diisi ketika tempoh masa pengisian data murid untuk LITERASI BAHASA MELAYU DAN NUMERASI.
Pegawai FasiLINUS di semua JPN & PPD dikehendaki membimbing dan membantu guru di sekolah bagi pengisian data murid bagi Saringan LINUS sekolah seliaan masing-masing.


Sebarang pertanyaan,boleh rujuk kepada PPD dan DMO,KPM.
Terima kasih.
UPQ, PPD Maran

Khamis, 16 Mei 2013

Sambutan Hari Guru PPD Maran 2013, julung kali diadakan.

Buat julung kalinya, PPD Maran mengadakan sambutan Hari Guru. Sambutan secara sederhana telah diadakan bagi menghayati hari yang amat bermakna bagi warga pendidik terutama guru. Para pegawai bersama dengan staf meraikan hari yang penuh bermakna ini. Malah sambutan kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran peserta kursus disiplin yang dianjurkan oleh IAB pada hari yang sama. Guru-guru disiplin begitu terharu dapat bersama meraikan dan menyanyikan lagu "Guru Malaysia".
     Di kalangan pegawai pula, ini merupakan julung kali sambutan diadakan di PPD. Mereka begitu terharu dan teruja untuk meraikan hari bermakna ini terutama menyanyikan lagu "Guru Malaysia'. Ada kalangan mereka ini (pegawai) yang sudah bertahun tidak merasai suasana sambutan hari guru ini memandangkan meraka kini bukan lagi mengajar di sekolah. Walaupun tiada kelibat anak-anak pelajar dan hadiah ingatan daripada anak-anak murid, namun sambutan ini cukup mengundang 'nostalgia' bagi mereka yang pernah bernama 'guru'. Antara acara yang diadakan ialah Nyanyian lagu Negaraku, lagu Guru Malaysia, bacaan perutusan daripada Tuan PPD Maran, senam seni dan sukaneka. Semoga acara dan sambutan sei akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Para pegawai, staf sokongan, guru-guru disiplin dan pensyarah IAB turut bersama dalam perhimpunan Hari Guru PPD Maran.

Ucapan daripada Tuan Timbalan PPD Maran, Tuan Hj. Mohd Rodzik bin Abd. Razak.

Jawatankuasa MS ISO 9001:2008 Negeri Pahang 2013

Barisan JK MS ISO 9001:2008 Negeri Pahang 2013 yang terdiri daripada Timbalan PPD (Pengurus Kualiti), Pegawai Kualiti dan Penolong Pegawai Kualiti. Turut bersama ialah Ketua Juruaudit JPN Pahang, En Ramlan bin Kamrin.
UPQ, PPD Maran

Selasa, 14 Mei 2013

Mesyuarat Pengurusan Audit Dalam MS ISO 9001:2008 JPN Pahang di PPD Cameron Highland

Mesyuarat ini telah diadakan di PPD Cameron Highland pada 14 dan 15 Mei 2013. Fokus mesyuarat ini ialah bagi memperkukuhkan peranan PPD dalam memastikan Prosedur Kualiti dipatuhi dan dikawal dengan baik. Pemantapan pengurusan audit dalam amat penting dalam memastikan pengurusan yang dilaksanakan di lokasi memenuhi kehendak pelanggan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
     Antara yang hadir ialah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah selaku Pengurus Kualiti dan juga beberapa orang Pengawai Kualiti dan wakil PPD seluruh daerah negeri Pahang. Mesyuarat selama 2 hari ini juga dimantapkan lagi dengan taklimat "Coaching & Mentoring" oleh Tn Hj Zaberi, Ketua Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti, JPNP Pahang.

 

UPQ, PPD Maran

Rabu, 8 Mei 2013

Lawatan Pemantauan Berfokus ke SK LKTP Kg New Zealand

SK LKTP Kg New Zealand merupakan sekolah FELDA yang juga merupakan sekolah yang sedang bergerak maju dalam pencapaian akademik dan kokurikulum. Dengan visi "Menjadikan SK LKTP Kg New Zealand antara sepuluh sekolah terbaik di daerah Maran menjelang Tahun 2015".
     Pn Yusraini binti Abdul Muluk merupakan Guru Besar sekolah tersebut,menyatakan bahawa SKKNZ sedang berusaha mempertingkatkan prestasi terutama dalam aspek akademik. Maka pemantapan pengurusan dan akademik pelajar menjadi fokus utamanya. PPD Maran yang dibarisi pegawai-pegawai akademik dan kualiti telah melawat sekolah tersebut pada hari Rabu, 8 Mei 2013.

Sesi rumusan pemantauan.
 

Bangunan sekolah yang tersegam indah.
 
UPQ, PPD Maran