Rabu, 17 Julai 2013

Audit Dalam MS ISO 9001:2008 BPSH, KPM



Musim audit telah tiba. Semua PPD bersedia untuk diaudit. Pasukan Juru Audit MS ISO mula berkampung di PPD Maran pada 17 hingga 19 Julai 2013.
    Audit Dalam ini melihat pengurusan system kualiti di setiap PPD dengan menekankan aspek prosedur kualiti. Terdapat 16 Prosedur Kualiti yang perlu diuruskan dengan baik. Kita mengharapkan semua pegawai dan staf bersedia dengan proses auditan yang akan dijalankan.

UPQ, PPD Maran

Jumaat, 5 Julai 2013

Kursus Pengurusan Pejabat kepada Pembantu Am Pejabat, Sekolah-Sekolah Daerah Maran 2013.

Kursus sehari ini telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Maran melibat semua Pembantu AM Pejabat (PAP) Sekolah-sekolah Daerah Maran. Fokus utama kursus ini ialah bagi memberi pendedahan kepada para PAP berkenaan tugas mereka di sekolah.
    
Tugas PAP amat penting dan banyak membantu pengurusan organisasi - Gambar hiasan.
Kursus anjuran Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran ini merupakan satu pertemuan yang baik buat PAP setelah mengambil kira pandangan dan pemerhatian terhadap peranan PAP dalam pembangunan organisasi. Boleh dikatakan, sebahagian besar PAP tidak pernah dipanggil berkursus atau terlibat dalam perkumpulan mereka. Ini menyebabkan rasa rendah diri, terpinggir dan berlaku komitmen yang menurun di kalangan mereka. Oleh yang demikian, satu perubahan perlu dilakukan bagi memantap peranan mereka di sekolah.
     Antara penerangan yang diberikan dalam Kursus Pengurusan Pejabat oleh Pembantu AM Pejabat (PAP) ini ialah;
1. Pengurusan Pejabat berpandukan Pekeliling Bilangan 5, 2007
2. Pengurusan dan penulisan Fail Meja
3. Khidmat Pelanggan
4. Pengurusan Fail dan Rekod
5. Amalan 5S
6. Lawatan Amalan 5S ke meja-meja pegawai staf dan pegawai PPD Maran
7. Penubuhan Jawatankuasa PAP Daerah Maran
 
     Rata-rata PAP berpuas hati perlaksanaan program tersebut di samping mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan membentuk kerjasama berpasukan dalam hala tuju dan kebajikan PAP. PPD Maran mengharapkan semangat dan komitmen PAP dapat diteruskan dalam usaha memantapkan organisasi terutama sekolah.

UPQ, PPD Maran