Jumaat, 30 Ogos 2013

Taklimat Sistem e-Profil Kerjaya Murid (SePKM) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2013

Satu taklimat akan diadakan oleh Unit HEM, JPN Pahang berkaitan kerjaya murid di Dewan Seminar PPD Maran pada 2 September 2013 bermula jam 9.00 hingga 5.00 petang.


Taklimat e-Profil Kerjaya Murid ini adalah bagi mendedahkan para guru kaunselor berkaitan sistem online berkenaan kerjaya murid. Para guru kaunselor akan diberikan taklimat penuh berkenaan Garis Panduan perlaksanaan SePKM. Antara penerangan yang akan didedahkan seperti Aplikasi capaian SePKM,dan "Unlock Student Potential."

Dijangka seramai 183 orang peserta akan hadir untuk bersama taklimat berkenaan. Semoga apa yang diusahakan memberi kesan baik kepada para guru dan akhirnya membantu para pelajar.


UPQ, PPD Maran

Sekitar Majlis APC di PPD Maran 2013


Rabu, 28 Ogos 2013

Majlis Sambutan Hari Raya Pendidikan Daerah Maran 2013

Semua warga pendidikan Daerah Maran dijemput ke majlis berkenaan pada hari Rabu, 28 Ogos 2013, mulai jam 1.00 hingga 3.00 petang. Majlis berkenaan disambut bersama satu majlis APC yang diadakan di Dewan Seminar PPD Maran pada sebelah tengaharinya.
     Banyak gerai dibuka yang mewakili kelompok pendidikan tertentu seperti PPSM, MGB, Majlis Guru Cemerlang, Majlis Guru Kaunseling, KAPTEN, Guru-guru APC dan PPD Maran sendiri. Semua warga pendidikan dan keluarga dijemput hadir.




UPQ, PPD Maran

Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Pendidikan Maran 2013

Majlis Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang ini berlangsung pada 28 Ogos 2013 di Dewan Seminar, PPD Maran. Seramai 203 orang penerima terdiri daripada pegawai, guru dan kakitangan pendidikan Daerah Maran layak menerima anugerah APC tersebut.
     Tokoh perasmi ialah Encik Rosdi bin Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang. Majlis ini berlansung mulai jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Selepas tamat majlis berkenaan, semua jemputan dan penerima APC diraikan dalam sambutan hari raya PPD Maran.Penerima APC juga membuka satu gerai bagi sama-sama meraikan majlis sambutan hari raya berkenaan.

UPQ, PPD Maran

Selasa, 27 Ogos 2013

Pengauditan dan Permarkahan Sempena Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia Peringkat Parlimen Maran 2013

Pengauditan dan permarkahan sempena Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia Peringkat Parlimen Maran 2013 sedang berlangsung di sekolah terpilih daerah Maran. Sekolah yang Berjaya masuk ke peringkat akhir pertandingan tersebut ialah;
  1. SK Kuala Sentul
  2. SK Chedong Jaya
  3. SK Bukit Bota
  4. SK Tanjung Perang
  5. SMK Maran
  6. SMK Cedung Jaya
  7. SMK Jengka 6
  8. SMK Jengka 16
     Objektif pertandingan ini ialah bagi meningkatkan kualiti pengurusan, keceriaan dan kebersihan tandas. Sebagaimana maklum, pengurusan tandas yang baik dan meniti beratkan kebersihan, mampu memberi persepsi yang baik kepada pemilik premis berkenaan. Ia juga mampu memberi ransangan yang baik kepada semua pengguna tandas agar sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan tandas sama ada di sekolah, rumah ataupun tempat awam. Usaha ini amat baik dan perlu diadakan sekerap mungkin pada masa akan datang.
     Selain sekolah, pertandingan ini juga melibatkan pejabat-pejabat kerajaan di Parlimen Maran, termasuklah Pejabat Pendidikan Daerah Maran. Untuk tujuan berkenaan, tandas PPD Maran yang sudah sedia mengamalkan 5S juga bersaing dengan pejabat-pejabat lain. Beberapa penambahbaikan juga telah diadakan bagi ,meningkatkan kualiti tandas PPDM.


UPQ, PPD Maran

Jumaat, 23 Ogos 2013

Dialog Prestasi sebagai pemangkin keberkesanan program PPPM

Dialog prestasi kini adalah satu langkah intervensi bagi menggerakkan secara optimum kecemerlangan sekolah. PPD Maran telah memulakan langkah proaktif ini bagi membantu kecemerlangan sekolah.

Dialog Prestasi akan menjadi agenda utama pertemuan PPD dengan guru-guru yang mana kaedah Taklimat dan Mesyuarat dikurangkan. Diaolog lebih bersifat dua hala dan berfokus serta praktikal dalam mengatasi masalah dan melaksanakan aktiviti bersumberkan data.

Untuk merealisasikan program ini, maka beberapa sesi dialog telah dan akan diadakan di PPD Maran dengan memanggil guru-guru mata pelajaran bagi sesi berkenaan. Buat permulaan sebanyak 4 sesi dialog prestasi UPSR 2013 diadakan dengan memanggil guru-guru mata pelajaran UPSR bagi menilai dan berbincang cara mengatasi masalah dalam UPSR.



UPQ, PPD Maran

Isnin, 5 Ogos 2013

Perlaksanaan Audit Dalam MS ISO 9001:2008 PPD Maran bagi tahun 2013

PPD Maran mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua auditee yang terlibat dalam pengauditan MS ISO 9001:2008 oleh wakil BPSH, KPM ke atas PPD Maran pada tahun ini. Semua kakitangan PPD Maran telah melaksanakan setiap perkhidmatan dengan mengikut system pengurusan kualiti dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.
     Audit dalam telah dilaksanakan selama 3 hari iaitu bermula 19 hingga 21 Julai 2012. Syukur kerana PPD Maran tidak dikenakan NCR dan ianya menunjukkan semua prosedur dipatuhi. Walaubagaimanapun, kita sentiasa akan membuat penambahbaikan dari masa ke semasa untuk memperkemaskan system pengurusan di organisasi ini. Beberapa peluang penambahbaikan telah dikenalpasti agar dibuat usaha penambahbaikan dan pencegahan terutama melibatkan urusan data, mesyuarat dan pemantauan ke sekolah dan pemantauan lokasi.
     Dengan adanya pengauditan ini, memastikan semua warga PPD Maran sentiasa bersedia dan melaksanakan setiap tugasan dengan mematuhi prosedur kualiti dan sentiasa memperkemaskan pengurusan masing-masing.

UPQ, PPD Maran