Isnin, 23 September 2013

Jadilah pekerja yang mahir

Dalam arus pembangunan dan transformasi Negara, kita sering mendengar tentang bebanan tugas dan komitmen kerja dalam mendepani arus perubahan. Kita selalu mendengar pelbagai aduan dan kritikan dari pelbagai pihak terutama dengan pelanggan yang berurusan dengan kita. Kita juga sering merintih dengan nasib kita dalam menghadapi cabaran global dan ekonomi malah sering tertanya-yanya arah tuju kita.
     Mematangkan fikiran dan positif dalam setiap tindakan kita serta bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita, merupakan kunci kepada komitmen kerja kita. Kemahiran dan potensi diri kita semakin berkembang dari masa ke semasa. Kita akan semakin mahir dan tahu apa yang kan kita laksanakan walaupun kemungkinan apa yang kita hasilkan tidak menepati kehendak individu atau pengurusan. Apa yang penting, kita menjalankan tanggungjawab kita kerana keikhlasan kepada Allah.
     Untuk menjadi mahir, tentulah kita mengharapkan menjadi pekerja yang baik dan bertanggungjawab serta dapat mencapai satu kepuasan. Biarlah kita menjadi pekerja yang mahir yang boleh memberi manfaat kepada diri, organisasi dan orang yang berada di sekeliling kita. Menjadi seorang yang mahir, kita perlu;
  1. Berilmu
  2. Berpengalaman
  3. Berinovasi dan kreatif
UPQ, PPD Maran

Tahukah anda tentang PEMATUHAN WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM?

Kegagalan mematuhi waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
     Patuhi waktu bekerja iaitu;
  • WP 1 ; 07:30 hingga 16:30
  • WP 2 ; 08:00 hingga 17:00
  • WP 3 ; 08:30 hingga 17:30
     Ketua Jabatan perlu memantau pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat KEBENARAN sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja.
Pematuhan waktu bekerja dan tatacara pengurusan perlu dalam meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan- Gambar hiasan.

Mesej Integriti KPM 3/2013

UPQ, PPD Maran

Jumaat, 20 September 2013

Selamat Bersara Ustaz Satar, Penyelia Pendidikan Islam PPD Maran

Ustaz Md Satar bin Majid
Ustaz Md Satar bin Majid akan bersara wajib pada 23 September 2013. Beliau mula menjawat jawatan Penyelia Pendidikan Islam DG32 di PPD Maran pada tahun 2010 setelah berkhidmat sebagai Penolong Kanan di sebuah sekolah di daerah Bera. Seorang yang rajin  dan komitmen pada kerjanya dan mesra dengan semua kakitangan PPD Maran. Suatu perkara yang sentiasa menarik perhatian rakan ialah beliau selalu menyampaikan tazkirah menggunakan pendekatan persembahan multimedia yang menarik.
     Warga PPD Maran merasakan kehilangan seorang pegawai yang komited dan rajin seperti beliau. Walaupun pergerakan beliau agak terbatas setelah mengalami penyakit sendi beberapa tahun lepas, namun beliau tidak pernah mengalah dan sentiasa bersabar. Mendekati beliau, memberi rasa keakraban dan kemesraan kerana beliau sering bercerita akan kisah kehidupan. Jangan tidak percaya, beliau sendiri pernah menjejakkan kaki di puncak Kinabalu pada tahun 1997 yang lalu sewaktu berkhidmat di Sabah. Kisah beliau di Sabah selalu menjadi bahan cerita dan lawak beliau bersama rakan-rakan.
     Di pejabat, beliau antara pegawai yang sentiasa rajin melakukan kerja yang diamanahkan. Beliau sentiasa mencari idea-idea baru terutama dalam tugasnya. Faktor kesihatan bukan penghalang kepada tugasan beliau selaku penyelia pendidikan Islam.
    Selepas bersara, beliau akan terus menyumbangkan bakti kepada agama , bangasa dan Negara. Beliau akan menetap di Bera untuk terus bersama keluarga beliau di sana. Kebetulan juga Isteri beliau juga baru bersara 5 bulan yang lepas.Semoga beliau sentiasa diberi kekuatan dan terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

UPQ, PPD Maran

Khamis, 19 September 2013

Taklimat Pelaporan Prestasi Tahunan Para Penjawat Awam (Pendidikan) PPD Maran 2013

 
Taklimat pengisian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Secara On-line, Pegawai-pegawai dan staf sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Maran telah dilaksanakan di Bilik Komputer, SMK Maran. Semua pegawai yang betaraf hakiki wajib mengisi maklumat melalui system online http://jpm.eghrmis.gov.my/ .
     Pengisian data ini perlu diisi bermula tahun 2013. Para pegawai perlu mengisi maklumat tersebut sebelum 8 November 2013 bagi memenuhi kehendak hrmis. Laporan Prestasi Tahunan adalah menjadi satu kewajiban dalam menilai prestasi penjawat awam.

UPQ, PPD Maran

Khamis, 12 September 2013

Audit Susulan MS ISO dan Amalan 5S di PPD Maran

Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Pahang telah berkunjung ke Pejabat Pendidikan Daerah Maran dalam sesi Audit Susulan MS ISO dan Amalan 5S. Kunjungan dan auditan ini adalah bagi tujuan menilai kembali sejauhmana tindak ikut dibuat berdasarkan maklumbalas Audit Dalam ISO dan Pemantauan 5S tempohari.
     Mereka diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah SJQ, JPNP Tuan Haji Zaberi bin Abdul Hamid; Pengurus Kualiti Pahang, Tuan Haji Mansor bin Haji Pendek; Penolong Pengarah SJQ, Encik Mohamad Sabri bin Othman  dan dua orang Pembantu Tadbir dari JPN Pahang. Sesi Maklumbalas dilaksanakan melibatkan semua pegawai dan staf sokongan PPD Maran.
     Bagi Audit Susulan ISO, PPD Maran bersyukur kerana pada tahun ini tiada NCR dikenakan. Namun begitu beberapa cadangan penambahbaikan telah dikenalpasti dan dibuat tindakan susulan sama ada bebentuk pencegahan atau penambahbaikan.
     Dalam proses Amalan 5S, PPD Maran juga sudahpun bersedia malah telah melaksanakan amalan ini sejak 2011lagi. Namun begitu, penambahbaikan juga perlu dilaksanakan bagi memantapkan amalan tersebut di kalangan para pegawai dan staf. Memandangkan akan adanya Persijilan 5S oleh pihak MAMPU tidak lama lagi, PPD Maran sedang bersedia memantapkan perlaksanaan amalan 5S dalam memberi perkhidmatan yang cekap, berkesan dan efisyen. JPN Pahang sendiri telah melihat bahawa PPD Maran sudah melepasi tahap untuk menjadikan PPD Maran yang mengamalkan 5S dengan baik malah boleh mencapai kriteria Persijilan 5S.
Tuan Haji Zaberi disambut oleh Tuan Haji Mohd Rodzik, Timbalan PPD Maran.
 
Sesi Taklimat dan Maklumbalas MS ISO dan Amalan 5S

FOTO PENERIMA APC 2012 PPD MARAN


Lihat Fail & Imej / Muat Turun melalui akaun gmail sekolah masing-masing.

Sumber Imej dan Fail: Unit ICT PPD Maran

UPQ, PPD Maran

Jumaat, 6 September 2013

Peluasan Amalan 5S ke semua Pejabat Sekolah-sekolah Daerah Maran

Setelah kejayaan amalan 5S di PPD Maran, maka perluasan amalan ini telah digerakkan ke sekolah-sekolah daerah Maran. Namun begitu, buat permulaannya hanya Pejabat Sekolah yang akan melaksanakannya. Taklimat telahpun diberikan kepada semua Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat untuk melaksanakan amalan 5S.
     Pejabat sekolah amat sesuai dilaksanakan amalan 5S ini adalah kerana ;
  1. Merupakan kawasan perhubungan antara sekolah dan pelanggannya. Sebagai 'muka pintu' bagi sekolah, seharusnya pejabat berada dalam keadaan kondusif, efisyen, cekap dan ceria.
  2. Melibatkan pusat pengumpulan dokumen seperti fail, rekod, dan surat menyurat.
  3. Menjadi pusat dan nadi kepada pengurusan sekolah.
  4. Sentiasa dilawati oleh para pegawai, nazir, ibu bapa dan para pelanggan yang berurusan.
  5. mempunyai ruang-ruang tertentu yang perlu digunakan secara optimum.
Besarlah harapan PPD Maran untuk melihat semua sekolah di daerah Maran melaksanakan amalan 5S ini bagi penambahbaikan perkhidmatan. Selain keceriaan, banyak fungsi 5S yang membantu kepada kecekapan pengurusan dan perkhidmatan. Maklumat dan data yang disimpan dalam rekod atau fail akan mudah dicari dan diakses apabila diperlukan. Fail yang telah mengikut arkib akan lebih membantu kepada pengurusan fail yang berkesan. Kerja yang kemas dan tersusun akan memberi gambaran kepada kecekapan pengurusan.
     Pengurusan dokumen, maklumat dan data amat penting sebagai eviden atau pembuktian perlaksanaan aktiviti sekolah. Pengetua/Guru Besar, Penolong-penolong Kanan dan staf sekolah perlu memastikan dokumen disimpan dengan baik, mudah dicapai dan dicari serta disusun dengan rapi dan menarik. Kerja yang kemas mampu menghasilkan kualiti pengurusan yang baik malah akan memberi kesan kepada semua.
    

MARAN SENTIASA NO. 1

Tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh Mantan Pengarah Pelajaran Pahang iaitu Encik Yahya bin Zainal Abidin (kini menjawat jawatan PRESIDEN KIPSAS) mengenai Rahsia Maran Kekal Nombor 1 dalam pencapaian UPSR Negeri Pahang:-

"Saya lihat pencapaian UPSR daerah Maran semakin baik hingga berjaya memintas Kuantan yang sentiasa mengagungkan moto “Kuantan Sentiasa Di Hadapan”. Ada banyak sebab mengapa Maran berjaya merampas kedudukan yang pertama. Satu daripada sebabnya ialah pakatan yang erat guru besar dalam kelompok. Dalam daerah Maran diwujudkan Kelompok Luit, Kelompok Chenor, Kelompok Jempol dan Kelompok Jengka. Aktiviti kelompok yang paling berjaya ialah pemantauan pengajaran oleh guru besar dalam kelompok. Mereka menyusun sendiri jadual dan melaksanakan pemantauan. Yang bagusnya mereka tidak membuat tuntutan perjalanan dan makan kepada PPD. Kalau mengharapkan tuntutan dari PPD memang tidak diluluskan kerana belanjanya besar. Mereka juga mengadakan program kelas tambahan berpusat untuk kecemerlangan Bahasa Inggeris. Murid terpilih berkumpul di suatu sekolah, guru yang membimbing datangnya kelompok tersebut"




Kelibat Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Maran Encik Baharum bin Hj Samat di majlis kesyukuran Sekolah-Sekolah Kelompok Jempul 2013 pada 4 September 2013 yang lalu.



52 buah sekolah rendah daerah Maran dibahagikan kepada 4 kelompok iaitu Kelompok Chenor, Kelompok Luit, Kelompok Jengka dan Kelompok Jempul.

UPQ, PPD Maran

Khamis, 5 September 2013

Sistem Star Rating/ Penarafan Berbintang JPN/PPD 2013

Sistem Penarafan Berbintang atau Star Rating merupakan satu bentuk piawaian yang dilaksanakan oleh MAMPU terhadap semua jabatan kerajaan dalam memastikan perlaksanaan pengurusan yang berkualiti dan efisien.
     Penarafan Berbintang bagi tahun 2013, JPN dan PPD akan diaudit bagi melihat sejauhmana jabatan ini berfungsi dalam perkhidmatan tadbir dan urus pelanggan. JPN Pahang akan didatangi oleh MAMPU pada 24 September 2013 dan sebuah PPD akan dipilih bagi tujuan yang sama pada 25 September 2013.
    Antara kriteria penilaian ialah;
 



KECEMERLANGAN SEKOLAH MENGIKUT GPS : PERCUBAAN UPSR 2013 MARAN







UPQ, PPD Maran

Selasa, 3 September 2013

PANDUAN AMALAN 5S SEKTOR AWAM


Klik imej di atas untuk akses Buku Panduan Amalan 5S Sektor Awam
UPQ, PPD Maran

HIMPUNAN KERATAN AKHBAR BERKAITAN PPPM 2013-2025








UPQ, PPD Maran

FAKTA-FAKTA RINGKAS STATISTIK PENDIDIKAN MALAYSIA 2013


Buku Perangkaan Statistik Pendidikan Malaysia 2013 (Edisi Bahasa Inggeris) yang diterbitkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Edisi Bahasa Melayu belum diterbitkan.

Muat Turun atau Baca di sini QUICK FACTS 2013

Layari Portal EMiS untuk pelbagai lagi maklumat berkaitan pendidikan Malaysia.


UPQ, PPD Maran

Isnin, 2 September 2013

Dashboard Prestasi KPM

Contoh Paparan "Dashboard Prestasi KPM" bagi daerah Maran bertarikh 2 September 2013

Dashboard atau Papan Pemuka Prestasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah dihasilkan selaras perkembangan dan transformasi Pendidikan semasa yang berkehendakan data dan maklumat yang tepat dan sentiasa dinilai dan dipantau setiap masa.
     Pihak KPM boleh melihat dan membuat pemantauan terhadap semua prestasi sekolah di seluruh Malaysia dengan bersumberkan aplikasi dashboard ini. Antara perkara penting dalam penggunaan dashboard ini ialah 5 elemen penilaian iaitu ;
  1. Kedatangan murid ke sekolah
  2. Keberadaan guru di sekolah.
  3. Disiplin murid
  4. Prestasi PdP Guru - Standard 4
  5. Kepimpinan Pengetua/Guru Besar - Standard 1
Sekolah perlu mengisi maklumat berkenaan sekolah setiap hari bekerja. Pihak KPM akan melihat perkembangan yang berlaku, manakala JPN dan PPD diminta memantau dan memastikan setiap data lengkap dan mencapai tahap yang dikehendaki. Tindakan susulan oleh pihak PPD ialah menghubungi sekolah untuk mengemaskini data dan mengambil tindakan yang proaktif.


     Setiap item mempunyai penanda arasnya tersendiri. Sekiranya maklumat tidak lengkap dan tidak mencapai tahap yang baik, maka dashboard akan memaparkan maklumat/data dalam warna merah. Sekiranya selesai atau mencapai tahap baik, maka warna data adalah hijau.
     Oleh yang demikian, peranan Setiausaha Dashboard Sekolah amat penting dan Pengetua atau Guru Besar perlu memastikan maklumat/ data adalah lengkap dan berada di tahap yang baik.

 UPQ, PPD Maran

Tahniah, Encik Rosdi bin Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang yang baru

PPD Maran mengucapkan tahniah dan syabas kepada Encik Rosdi bin Ismail yang telah dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Pahang yang baru. Beliau sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang dan memangku tugas Pengarah Pendidikan Pahang hampir selama 10 bulan.
     Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 12 Ogos 2013. PPD Maran juga rasa bertuah kerana merupakan Pejabat Pendidikan Daerah yang pertama mengistiharkan perlantikan Tuan Pengarah Pendidikan Pahang. Semoga dengan perlantikan ini, meningkatkan lagi kualiti pengurusan dan hala tuju pendidikan Pahang. Antara visi beliau adalah membawa Pahang sebagai antara 5 negeri terbaik dalam arena pendidikan.

UPQ, PPD Maran

Pelan Lokasi Sekolah Daerah Maran


SISTEM E-PROFIL KERJAYA MURID