Rabu, 30 Oktober 2013

Mesyuarat Post Mortem Audit Dalam MS ISO 9001:2008 BPSH, JPN, PPW dan PPD Tahun 2013

Mesyuarat ini bertujuan bagi membentangkan Laporan Audit Dalam tahun 2013, maklumbalas Perlaksanaan Audit Dalam, isu dan cadangan perlaksanaan Audit Dalam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Dasar) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian pada 29 Oktober 2013 di BPSH, KPM.
Pasukan Ketua Juruaudit Audit Dalam MS ISO 9001:2008 BPSH, KPM (Zon 1)

Pasukan Ketua Juruaudit Audit Dalam MS ISO 9001:2008 negeri Pahang.
Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran

Isnin, 28 Oktober 2013

BUKU 'SETITIK NILA' - HIMPUNAN CONTOH KES TATATERTIB



 


Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran

MESEJ INTEGRITI KPM










Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran

Selasa, 22 Oktober 2013

Lawatan GPK HEM Daerah Maran ke SK Zainab 2, Kelantan (sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi)

Ahli Rombongan dari Daerah Maran bergambar di SK Zainab 2


En Mohd Jasmi menyampaikan cenderamata terima kasih daripada PPD Maran kepada Penolong Kanan 1, SK Zainab 2, Pn Zaini bt Yusof.
 
 
 
 
SK Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan  merupakan sebuah sekolah Berprestasi Tinggi dan terbaik di Malaysia. Lawatan oleh Badan GPK HEM Daerah Maran ke sekolah tersebut pada 20 Oktober 2013 baru-baru ini memberi peluang untuk mengenali watak SBT sekolah berkenaan.
     Seramai 65 orang guru bersama 2 orang pegawai PPD Maran iaitu Encik Burhanuddin bin Hashim (KU SPK) dan Encik Mohd Jasmi bin Jaafar (Unit Pengurusan Kualiti), telah diberi penerangan berkenaan sekolah berkenaan oleh PK 1, Puan Zaini binti Yusof. Perkongsian ilmu, pengalaman dan idea antara peserta dan sekolah, banyak memberi kesedaran kepada mereka berkenaan pengurusan sekolah yang terbaik. Keupayaan sekolah ini dalam membina kekuatan sekolah sehingga mencapai SBT amat mengujakan. Beberapa perkara yang menarik di sekolah ini yang sempat kami lihat ialah;
  1. Semua pelajar adalah perempuan.
  2. Kelas tanpa tong sampah
  3. makan tanpa tumpah
  4. buku di tangan/ dibaca
  5. Jaringan dan jalinan merentas sempadan/dunia.
Dalam menjadikan sekolah memberi impak kepada semua, pembudayaan, kepimpinan, misi dan visi serta kerjasama berpasukan adalah bergerak seiring dan bersepadu. Tahniah kepada sekolah berkenaan. Diharapkan sekolah-sekolah di daerah Maran juga mampu bergerak sedemikian selepas ini.

Murid sudah dibudayakan menghormati tetamu.
 


Pengisian Kendiri Skor PKS-SKPM Sekolah-sekolah bagi tahun 2013

Pengisian skor ini perlu diisi oleh pihak sekolah menggunakan e-nazir (SKPM 2010) di http://www.moe.gov.my/e-nazir . Berikut adalah jadual pengisian Skor SKPM oleh semua sekolah.

Sekolah Rendah
Portal dibuka untuk pengisian    - 1 November 2013 hingga 10 Disember 2013
Semakan dan pengesahan PPD  - 11 hingga 20 Disember 2013
Portal ditutup                             - 27 Disember 2013

Sekolah Menengah
Portal dibuka untuk pengisian    - 1 Februari hingga 20 Mac 2014
Semakan dan Pengesahan PPD  - 21 - 31 Mac 2014
Portal ditutup                             - 11 April 2014

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran atau Sektor Jaminan Kualiti, JPNPahang.

UPQ, PPD Maran

Jumaat, 18 Oktober 2013

PELAN TINDAKAN SEKOLAH DALAM MEMASTIKAN SKPM BERADA DALAM ARAS TERTINGGI


1.Pengetua/GB perlu bertanggungjawab kepada skor SKPM

2.Pengisian SKPM perlu diberi perhatian dan dipandang serius oleh semua GB dan sekolah.

3.Skor SKPM sekolah perlu berada di aras yang baik (sebaiknya 80 ke atas) iaitu dengan meningkatkan komitmen dan urus tadbir pengurusan tanpa merendahkan skor.

4.Memantapkan pengurusan Penolong-penolong kanan dan meningkatkan kualiti PdP guru-guru.

5.Sekolah perlu berusaha mendapatkan “New Deals”

6.Pemantapan hala tuju dan kepimpinan GB dan organisasi.

7.Skor bagi 2013 menjadi penanda aras dalam ‘dashboard KPM’. Skor yang perlu diisi dalam PKS-SKPM 2013 hendaklah melebihi skor 2012 bagi memastikan ‘dashboard’ sekolah dalam keadaan HIJAU.

UPQ, PPD Maran

ISU-ISU BERKAITAN PENGISIAN PKS-SKPM OLEH SEKOLAH

vKurang jelas/keliru antara SKPM 2003 (NKRA) dan SKPM 2010 (e-Nazir)
 
vAda pentadbir tidak tahu berkenaan pengisian SKPM kerana menyerahkan sepenuhnya kepada GPK atau guru lain untuk mengisi data/maklumat.
vPemberian skor tidak mematuhi deskripsi yang ditetapkan (tidak tepat).
vLebih sukajalan selamat & asalkan siap sahaja’ (tidak menilai mengikut kualiti sebenar tetapi hanya memenuhi arahan)
vAda sekolah yang tidak menubuhkan Jawatankuasa SKPM seperti arahan yang telah ditetapkan.
vTidak berani mengisi skor yang tinggi kerana bimbang diaudit & didatangi nazir.
vTerlalu berani beri skor yang tinggi sedangkan evidens, pembuktian dan dokumen tidak lengkap/wujud.
vPerbezaan ketara antara skor yang diberi sekolah dengan skor yang diberi oleh pihak nazir kerana pengisian oleh sekolah tidak melambangkan kualiti sebenar pengurusan sekolah.
vPengurusan maklumat bagi standard 3 (pengurusan Kurikulum, Ko-Ku & Sukan dan HEM ) kurang diberi perhatian dan kurang mantap. Dokumen berkaitan selalu kurang lengkap dan ada yang tidak dapat dikesan)
vStandard 4 iaitu melibatkan Pencerapan PdP kurang dilaksanakan dan kurang diberi penekanan sewajarnya oleh pengurusan sekolah.

UPQ, PPD Maran