Selasa, 9 September 2014

Bengkel DTP bagi Pengurusan HEM Daerah Maran 2014


Program Sekolah Penyayang 6S
 
Tuan Haji Jalani bin Haji Ludin, Ketua PPD Maran sedang memberi ucap utama.


GPK HEM mendengar taklimat.
 Program 3 hari bagi semua GPK HEM Daerah Maran telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur berfokuskan kepada transfomasi pendidikan mengikut Pelan Permbangunan Pendidikan. Beberapa sesi taklimat telah diadakan bagi memberi pendedahan dan penambahbaikan dalam pengurusan GPK HEM.
Antaranya ialah Taklimat Pengurusan Rekod dan Fail oleh En Mohd Jasmi bin Jaafar, Unit Pengurusan Kualiti PPD Maran; Taklimat Pengurusan Hal Ehwal Pelajar, oleh En Halimi bin Ghazali Unit Perhubungan dan Tataertib, JPN Pahang; Pengurusan Diri dan Pelajar oleh Encik Saruchi bin Syawal, dari Kementerian Pendidikan Malaysia; dan juga Bengkel Pelan Intevensi Lima Langkah (PILL) dari En Burhanuddin bin Hashim, KU SPK, PPD Maran.
Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Tuan Haji Jalani bin Haji Ludin turut sama menyampaikan ucap utama dan penutupan bengkel tersebut. Antara perkara yang diberi penekanan dalam pengurusan HEM ialah bagaimana HEM dapat membantu perubahan dan transfomasi pendidikan. Penekanan kepada Konsep Sekolah Penyayang perlu diteruskan dan dimantapkan. Tuan PPD sendiri telah menyarankan agar Konsep Sekolah Penyayang 6S iaitu melibatkan Sayang diri sendiri,sayang kawan/ibu bapa, sayang sekolah, sayang komuniti, sayang negara,dan sayang keamanan.Semoga apa yang diberikan memberi manfaat kepada semua.