Jumaat, 28 November 2014

Selasa, 25 November 2014

Sambutan Hari Inovasi JPN Pahang 2014

Sambutan Hari Inovasi merupakan acara tahunan JPN Pahang. Bagi tahun 2014, sambutan ini akan diadakan di Dewan Sekolah SukanPahang pada 27 November 2014. Beberapa kategori di pertandingan seperti Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Pahang, anugerah new deal, PrOD, dan sebagainya.

Pengisian skor SKPM

Mohon semua sekolah mengisi skor skpm mengikut jadual di atas.

Sabtu, 22 November 2014

Lawatan PPD Maran ke Parlimen

Lawatan PPD Maran ke Parlimen telah diadakan pada 20 November 2014 baru-baru ini. Lawatan anjuran Kelab PO (pembantu Operasi) Daerah Maran dengan kerjasama YB Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Maran, Dato' Seri Ismail bin Haji Mutalib.
     Lawatan ini bertujuan untuk mengenali peranan Parlimen dan juga riadah minda kakitangan pendidikan daerah Maran. Peserta rombongan dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta makan tengahari bersama YB Timbalan Menteri Sumber Manusia. Lawatan ini adalah kali ke 2 pada tahun ini selepas kali pertama disertai oleh Pembantu Operasi Daerah Maran pada Oktober lepas. Tahniah diucapkan.

Bergambar bersama YB Dato' Ismail bin Haji Mutalib