Khamis, 3 Disember 2015

Pengisian SKPM e-Nazir dan SKPM NKRA 2015

PENGISIAN SKOR PKS-SKPM
PERHATIAN!!!
Semua sekolah rendah dipohon untuk menyemak skor dengan teliti sebelum tarikh akhir pengisian iaitu pada 15 Disember 2015. Skor masih boleh diubah dan disimpan sehinggalah pada tarikh akhir pengisian.
Semua sekolah dipohon untuk mengisi skor PKS-SKPM 2010 dihttp://enazir.moe.gov.my/ dan skor PKS-SKPM 2003 dinkra.moe.gov.my
SEKOLAH RENDAH
1 November hingga 15 Disember 2015 (SKPM 2010)
1 November hingga 15 Disember 2015 (SKPM 2003)

SEKOLAH MENENGAH
1 Mac 2016 hingga 10 April 2016 (SKPM 2010)
1 Mac 2016 hingga 10 April 2016 (SKPM 2003)

Tapak autokira SKPM NKRA boleh dimuat-turun dari laman web berkaitan.



PENGISIAN SKOR PKS-SKPM SEKOLAH RENDAH 2015

PERINGATAN!!!

SEMUA SEKOLAH DIPOHON UNTUK MENGISI

SKOR PKS-SKPM versi 2003 dalam Portal NKRA (www.nkra.moe.gov.my)  dan PKS-SKPM 2010 (http://enazir.moe.gov.my) BAGI TAHUN 2015

 Pengisian skor PKS-SKPM adalah seperti berikut;

 
SEKOLAH
SKPM 2003
SKPM 2010
SEKOLAH RENDAH
1 Nov. 2015 - 15 Dis. 2015
1 Nov. 2015 - 15 Dis. 2015
SEKOLAH MENENGAH
1 Mac 2016 - 10 April 2016
1 Mac 2016 - 10 April 2016

  Untuk tujuan memuat turun Tapak Autokira SKPM 2003. Sila log in dahulu dan klik pada pautan Muat Turun Dokumen


UPSR 2015: Maran Kekal Terbaik Pahang Bagi Tahun Ke 8 Berturut-turut

Tahniah kepada warga pendidikan Daerah Maran kerana terus berjaya mengekalkan pencapai terbaik (GPS) Ujian Penilaian Sekolah Rendah bagi tahun 2015 dan ini merupakan tahun ke 8 Daerah Maran mengekalkan daerah terbaik Pahang. Usaha yang tidak pernah jemu dan komitmen yang tinggi, mampu menyuntik kecemerlangan pelajar. Kami ucapkan tahniah kepada semua pelajar UPSR, guru-guru, sekolah, PIBG dan semua pihak yang banyak membantu menjayakan peningkatan kecemerlangan UPSR.
     Tahniah juga kepada Yang Berhormat Parlimen Maran, YB Parlimen Kuala Krau, ADUN Luit, ADUN Jempol, ADUN Chenor, ADUN Jengka, ADUN Pulau Tawar dan semua pihak yang banyak merancang, menyumbang dan melaksanakan program kepada anak-anak pelajar. Daerah Maran masih mengatasi daerah lain dalam pencapaian keseluruhan UPSR dengan Gred Purata 2.07.
     Daerah Maran juga berjaya antara "Top 10" pencapaian terbaik UPSR 2015 dengan menduduki tangga ke 8 keseluruhan kebangsaan. Semoga kejayaan ini terus memacu kejayaan yang lebih besar buat warga pendidikan Maran.



Isnin, 2 November 2015

Jumaat, 30 Oktober 2015

EKSA- Ruang kerja/Bilik Pegawai

  1. Lantai ruang kerja/bilik pegawai sentiasa berada dalam keadaan bersih..
  2. Meja kerja kemas dan peralatan disusun dengan baik 
  3. Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat. 
  4. Tanda nama dan jawatan pegawai diletakkan di ruang kerja/partition pegawai/pintu bilik pegawai mengikut kesesuaian. 
  5. Satu (1) tray surat (jika ada) dan dilabelkan masuk/keluar. 
  6. Dokumen diurus dengan berkesan. 
  7. Kew PA 7 senarai aset lokasi disediakan dan kemaskini. 
  8. Sekiranya pegawai dibekalkan kabinet fail, kabinet fail perlu dilabelkan dengan kemas dan teratur. 
  9.  Kerusi tetamu dan kerusi kerja disusun rapi ketika tidak digunakan. 
  10.  Kerusi sentiasa berada dalam keadaan baik, selesa dan bersih. 
  11.  Blazer/selendang boleh disangkut dengan kemas di belakang pintu (jika almari tidak disediakan). Jika di ruang kerja sediakan ruang penyangkut yang sesuai.
  12. Wayar/kabel elektrik disusun kemas dengan menggunakan black tape/cabel casing conduit. 
  13. CPU dan pedestal bergerak (sekiranya ada) ditempatkan secara teratur dan seragam. 
  14. Komputer dan pencetak haruslah tidak berhabuk dan boleh digunakan.
  15. Komputer ditutup (shut down) selepas habis waktu bekerja.
  16. Wallpaper dan screen saver desktop komputer/komputer riba boleh diseragamkan dengan imej korporat Jabatan/Agensi.
  17. Pegawai boleh mewujudkan satu (1) sudut mini yang ditetapkan untuk  tapak hiasan
    Menetapkan ruang kasut (jika perlu) bagi meletakkan tidak lebih dari tiga (3)
    pasang kasut
     


 

EKSA - Pengurusan Bilik Stor

BILIK STOR

  1. Stor sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.
  2. Pelan lantai stor dengan laluan kecemasan boleh diwujudkan dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.
  3. Sudut informasi (contoh: tatacara permohonan barang) boleh diwujudkan dan ditempatkan di kawasan yang mudah dilihat.
  4. Tanda amaran “Dilarang Masuk” dipamerkan dengan jelas.
  5. Stok disusun mengikut tanda/label/abjad yang bersesuaian mengikut tarikh pengeluaran atau tarikh kemasukan ke stor dan dikeluarkan untuk kegunaan mengikut kaedah “First-In-First-Out” (FIFO). (*Penandan Aras Minima)
  6. Semua barang/stok di dalam stor disusun dengan kemas dan teratur.
  7. Stok termasuk alat tulis, bahan, mesin dan peralatan disusun dengan teratur supaya tidak menghalang kerja-kerja pemunggahan dan laluan.
  8. Peralatan sokongan pengurusan stor termasuk tangga mudah alih dan troli berada dalam keadaan baik dan ditentukan tempat khas.
  9. Stok  disimpan  mengikut  keadaan  atau  jenis  barang  dan  tertakluk  kepada prosedur pengurusan stor yang sedang berkuatkuasa (Contoh: bilik hawa dingin atau peti sejuk untuk stok yang memerlukan suhu rendah dan barang-barang toksik disimpan dengan kemas dan menggunakan peralatan sepatutnya termasuk peralatan sokongan).
  10. Kaedah/sistem merekod yang sesuai boleh diwujudkan bagi memudahkan urusan merekod keluar masuk stok. (*Menyediakan Kew PS yang kemaskini).





 

EKSA - Pengurusan Dokumen dan Bilik Fail

PENGURUSAN DOKUMEN
1.   Fail-fail aktif/diari/organizer disusun dengan kemas dan teratur pada setiap masa.
2.   Fail disusun mengikut nombor siri/indeks yang ditetapkan di dalam kabinet faildan dilabelkan mengikut format yang telah diseragamkan..


 
BILIK FAIL
  1. Stor sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.
  2. Pelan susun atur/pelan lantai bilik fail boleh disediakan dan dipamerkan di ruang yang mudah dilihat.
  3. Kabinet fail dilabelkan mengikut jenis dokumen dan nombor indeks/rujukan.
  4. Fail disusun dengan kemas dan teratur mengikut turutan nombor siri fail dan boleh dicapai dalm tempoh 30 saat carian  ( *  menggunakan formula KLP  Cabinet , laci dan poket. )
  5. Fail disusun semula di tempat asal selepas digunakan.
  6. Sistem pergerakan fail boleh diwujudkan bagi tujuan pengesanan fail yang  digunakan (contoh: kad daftar pengguna dan kad keluar masuk fail).
  7. Fail-fail terperingkat yang digunakan disimpan di dalam kabinet besi bepalang.Indeks bagi fail-fail terperingkat tidak dilekatkan di luar kabinet.
  8. Senarai nama pegawai yang mengendalikan fail terperingkat dipamerkan.
  9. Tangga mudah alih, troli dan kerusi berada dalam keadaan baik dan ditentukan tempat khas.
  10. Kawalan   makhluk/haiwan   perosak   dilaksanakan   secara   berjadual.
  11. Pegawai bertanggungjawab boleh dilantik bagi mengurus bilik fail.


 

EKO SISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

  1. EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor AWAM iaitu penjenamaan semula Pelaksanaan Amalan 5S kepada EKSA untuk memenuhi keperluan sektor awam.
  2. Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti, secara sistematik dan praktikal.
  3. Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.
  4. EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Standard MS ISO 9000, dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja.
  5. EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat Jabatan/Agensi secara keseluruhan.

 

EKSA- Pengurusan Laci dan Alat tulis

  1. Sekiranya pegawai dibekalkan dengan laci meja, penggunaan ruang laci boleh seperti berikut:
  2. Laci paling atas dikhaskan penggunaannya kepada alat-alat tulis dan disusun kemas mengikut kreativiti pegawai.
  3. Laci tengah diguna bagi menempatkan dokumen-dokumen rasmi seperti diari, planner dan buku catatan.
  4. Laci  bawah  diguna  bagi  menempatkan  alatan/barang  peribadi seperti beg tangan, dompet, telefon bimbit dan lain-lain. 
  5. Sekiranya bilangan laci meja yang dibekalkan tidak seragam (kurang atau lebih) maka keutamaan penyimpanan ialah kepada peralatan kegunaan harian pejabat seperti alat tulis buku catatan dokumen rasmi




Rabu, 12 Ogos 2015

sekitar audit dalam di PPD Maran






Barisan kepimpinan dan staf PPD Maran 2015


Audit Dalam MS ISO 9001:2008 di Pejabat Pendidikan Daerah Maran

Mesyuarat pembukaan audit
Tuan PPD, Tuan Haji Jalani bergambar dengan barisan auditor MS ISO


Audit Dalam MS  ISO merupakan rutin bagi organisasi setiap tahun. Ianya bertujuan bagi membantu meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi di samping mencari peluang penambahbahbaikan.
    Audit ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula 10 hingga 12 haribulan Ogos 2015 dan dihadiri oleh juruaudit yang mewakili bagi pihak BPSH, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kita mengharapkan auditan yang berlaku dapat meningkatkan kualiti kerja pegawai dan staf ppd di samping membantu meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi terutama kepada pelanggan. 
     PPD Maran mengucapkan ribuan terima kasih kepada auditor terlibat.

Khamis, 11 Jun 2015

Bengkel Pemantapan Pedagogi Abad ke-21, anjuran PPD Maran

Penyampaian cenderamata oleh Tuan PPD Maran kepada Dr. Zailah Zainudin.

Penyampaian yang baik dan terkesan kepada peserta bengkel.


Sebahagian guru yang hadir.
Bengkel Pemantapan Pedagogi Abad ke-21 anjuran PPD Maran ini telah diadakan pada 11 Jun 2015 di Dewan Seminar, PPD Maran. Program ini dihadiri oleh semua Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sekolah-sekolah daerah Maran.
     Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr. Zailah Zainudin berfokuskan kepada transformasi pendidikan abad ke-21. Penyampaian yang menarik dan berkesan. Diharapkan program ini mampu membawa perubahan yang lebih berkesan kepada penyampaian aspirasi pendidikan di daerah ini, khususnya dan negara.

Rabu, 3 Jun 2015

Program Bacaan AlKahfi dan Pelancaran Tabung Surau PPD Maran





Program ini bersempena sambutan hari guru peringkat daerah Maran 2015. Ianya telah diadakan di Masjid Alsyakirin, Maran pada 28 Mei 2015.

Taklimat Penyelarasan Audit MS ISO 9001:2008 Pahang, 2015

3 JUN 2015 - Taklimat penyelarasan audit MS ISO 9001:2008 Negeri Pahang 2015 telah diadakan di PPD Jerantut. Taklimat dihadiri oleh semua Timbalan PPD merangkap Pengurus Kualiti dan juga Ketua Juruaudit PPD seluruh Pahang.
     Tujuan taklimat berkenaan bagi menyelaras jadual khidmat bantu audit di semua daerah srbelum Audit Dalam BPSH, KPM bermula Ogos nanti. Selain itu, taklimat berkenaan PK19 Pengurusan Sumber Luar turut diadakan bagi memberi pendedahan berkenaan prosedur kualiti tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Rahmin dari PPD Kuantan, yang mana PPD berkenaan menjadi rintis PK19 bagi negeri Pahang pada tahun ini.


Rabu, 15 April 2015

Kursus Juruaudit MS ISO 9001:2008 JPN Pahang 2015

Kursus selama tiga hari di PPD Temerloh bagi pemantapan pengurusan Juru Audit bermula 15 hingga 17 April 2015. Seramai 50 orang peserta terlibat.
     Kursus ini bagi memantap dan mendedahkan para juruaudit dalam MSISo dalam pengauditan MS ISO 9001:2008.

Selasa, 14 April 2015

Tahniah, sekolah yang berjaya dalam New Deals 2014.

Pejabat Pendidikan Daerah Maran mengucapkan tahniah dan syabas kepada 3 buah sekolah daerah Maran yang berjaya mendapatkan anugerah New Deals bagi tahun 2014.
     Sekolah berkenaan ialah SK Sekara, SK Desa Jaya dan SK Bukit Lada.. Tahniah kepada kepimpinan guru besar sekolah berkenaan. SK Bukit Lada misalnya, merupakan julung kali mendapat anugerah ini setelah menunjukkan peningkatan prestasi dalam akademik.
     Semoga kejayaan ini terus meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dan menjadi cabaran kepada sekolah lain.
Senarai sekolah peroleh New Deals Pahang 2014

Lawatan khidmat bantu New Deals baru-baru ini.