Khamis, 3 Disember 2015

UPSR 2015: Maran Kekal Terbaik Pahang Bagi Tahun Ke 8 Berturut-turut

Tahniah kepada warga pendidikan Daerah Maran kerana terus berjaya mengekalkan pencapai terbaik (GPS) Ujian Penilaian Sekolah Rendah bagi tahun 2015 dan ini merupakan tahun ke 8 Daerah Maran mengekalkan daerah terbaik Pahang. Usaha yang tidak pernah jemu dan komitmen yang tinggi, mampu menyuntik kecemerlangan pelajar. Kami ucapkan tahniah kepada semua pelajar UPSR, guru-guru, sekolah, PIBG dan semua pihak yang banyak membantu menjayakan peningkatan kecemerlangan UPSR.
     Tahniah juga kepada Yang Berhormat Parlimen Maran, YB Parlimen Kuala Krau, ADUN Luit, ADUN Jempol, ADUN Chenor, ADUN Jengka, ADUN Pulau Tawar dan semua pihak yang banyak merancang, menyumbang dan melaksanakan program kepada anak-anak pelajar. Daerah Maran masih mengatasi daerah lain dalam pencapaian keseluruhan UPSR dengan Gred Purata 2.07.
     Daerah Maran juga berjaya antara "Top 10" pencapaian terbaik UPSR 2015 dengan menduduki tangga ke 8 keseluruhan kebangsaan. Semoga kejayaan ini terus memacu kejayaan yang lebih besar buat warga pendidikan Maran.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.