Khamis, 19 Januari 2017

Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid



UNIT 06

PENGURUSAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID
 
 


















1.         OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan:
1.1    100 peratus hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan oleh panitia masing-masing;
1.2    Pihak P/GB/GPK memantau semakan hasil kerja murid minimum satu (1) kali setahun.

2.         SKOP

Prosedur ini digunakan oleh:
2.1    Semua guru untuk menyemak hasil kerja murid;
2.2    Pihak P/GB/GPK untuk memantau penyemakan hasil kerja murid.

3.         RUJUKAN

3.1    Manual Kualiti;
3.2    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987;
3.3    Standard Kualiti Pelajaran Malaysia.

4.         DEFINISI

                    
4.1    HKM        : Hasil Kerja Murid merupakan tugasan yang diberi oleh guru selepas
                            P dan P sebagai peneguhan kefahaman murid untuk memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran;

4.2    LB             : Latihan Bertulis merupakan tugasan bertulis yang diberi oleh guru selepas P dan P sebagai peneguhan kefahaman murid;

4.3      BLM           : Buku Latihan Murid merupakan buku tulis yang digunakan oleh
murid untuk membuat latihan bertulis yang diberikan guru sebagai peneguhan kefahaman murid.


5.         TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
RUJUKAN




P/GB/GPK



GMP














P/GB/GPK



GMP





GKMP/KP




P/GB/GPK/GC






P/GB/GPK/GC/GMP




KP



P/GB/GPK


A     SEMAKAN HASIL KERJA MURID OLEH GURU

5.1  Memaklumkan kepada semua guru tentang prosedur semakan hasil kerja murid mengikut ketetapan panitia mata pelajaran;

5.2  Hasil kerja murid yang betul ditanda (√) dan yang tidak betul ditanda dengan simbol yang sesuai menggunakan pen berdakwat merah dan memberi ulasan yang bersesuaian;

5.3  Berusaha memastikan pembetulan dilakukan bagi kesalahan latihan bertulis yang dilakukan mengikut keperluan mata pelajaran.


B      PEMANTAUAN HASIL KERJA MURID OLEH P/GB/GPK

5.4  Menyediakan takwim pemantauan hasil kerja murid yang disahkan oleh P/GB dan diedarkan kepada semua guru;

5.5  Mengumpul dan menyerahkan semua buku latihan murid dan melengkapkan borang untuk dipantau oleh P/GB/GPK mengikut jadual yang ditetapkan;


5.6  Membuat analisis semakan hasil kerja  murid;



5.7  P/GB/GPK mengesahkan penerimaan semua buku latihan murid dan memilih sekurang-kurangnya 5 buah buku latihan murid setiap kelas secara rawak untuk pemantauan;


5.8  Pengesahan pemantauan oleh P/GB/GPK dan pemulangan buku latihan murid dalam tempoh 14 hari bekerja mengikut jadual yang disediakan;

5.9  Memfailkan dokumen dan rekod semakan Hasil Kerja Murid;


5.10 Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi, ambil tindakan pembetulan




Minit Mesyuarat



BLM/HKM





BLM/HKM








Takwim Pemantauan Hasil Kerja Murid


BLM
Laporan Semakan Buku Latihan Murid (P/GB/GPK)


Borang Analisis Semakan Buku Latihan Murid


BLM
Laporan Semakan Buku Latihan Murid (P/GB/GPK)



BLM
disahkan P/GB/GPK



Fail Panitia
Fail Pemantauan Semakan HKM





6.            REKOD KUALITI


BIL.
JENIS REKOD
TEMPOH
LOKASI
1.
Jadual Pemantauan Hasil Kerja Murid
3 tahun
Bilik Penyimpanan Fail
2.
Laporan Semakan Buku Latihan Murid (P/GB/GPK)
3 tahun
Bilik Penyimpanan Fail
3.
Borang Analisis Semakan Hasil Kerja Murid
3 tahun
Bilik Penyimpanan Fail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.