Sebagai leader dalam organisasi, kita perlu menerajui kepimpinan,perlu menggerakkan seluruh keupayaan yang ada. Anda beruntung jika Senior Leader Team (SLT) dan Middle Leader Team (MLT), bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing secara cekap dan berkesan. Pasukan kerja yang mantap membantu keupayaan penyampaian hala tuju organisasi.
3 minggu di SKUL, GB rasa semakin teruja dan berterima kasih atas komitmen dan sokongan semua. GPK yang menyokong, guru2 yang komited, staf yang membantu, pekerja yang rajin, dan komuniti yang mula menyantuni. Keceriaan sekolah menjadi agenda utama dalam transformasi landskap sekolah dan menarik motivasi semua. Terima kasih semua yang membantu.
Transformasi sistem dan pembudayaan ICT yang menjadi hasrat GB di sambut dengan kesungguhan. Maka lahirlah pelbagai inovasi dan KIK. Bermula laman web, penggunaan google meet, form dan classrome.. kini ditambah dengan penggunaan QR Code. Semua guru, staf dan murid mempunyai QR code masing2 yang akan dikumpul data keberadaan dan kehadiran.
Dalam mendepani cabaran pembukaan sekolah dan SOP keselamatan.. semua guru dan staf cukup bekerjasama dan berganding bahu melaksanakan arahan dan SOP. Maka kerja yg sukar menjadi mudah. Malah timbul pelbagai idea dan kreativiti. Lihatlah bagaimana hands free sanitizer dibuat sendiri untuk setiap kelas dan lokasi menggunakan kos yang rendah tetapi cukup berkesan. Begitu juga tempat basuh tangan dan masalah meja kaki pendek dapat diselesaikan dengan cepat. Tentunya ada tenaga penggerak yang mantap yang efisien.
Inilah antara 'dream team' seorang GB akan cari. Memantapkan urus tadbir dan mengurangkan risiko gangguan isu. Ini adalah satu permulaan bagi kejayaan yang lebih besar di kemudian hari.
Selasa, 30 Jun 2020
Gerbang Kualiti diberi nafas baru
Blog Gerbang Kualiti ini akan cuba dimurni dan dikemaskini serta diberi nafas baru setelah saya berhenti rehat. InshaAllah, saya akan menulis semula sebagai blogger di beberapa laman blogspot yang saya bina. Antaranya dalam blog Gerbang Kualiti yang sudah 4 tahun saya tinggalkan. Dulu blog ini menjadi laman blog PPD Maran sewaktu saya menjawat jawatan Pegawai Kualiti. Ia kini saya peribadikan sebagai blog personal saya untuk saya terus berkarya dan berkongsi dari aspek kepimpinan dan pengurusan. Namun catatan lama tidak saya padam kerana boleh jadi rujukan bagi beberapa perkara.
Blog ini akan diisi dengan catan dan pengalaman saya dalam menerajiu sekolah dan mengupas isu-isu pendidikan secara positif. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
1. Merekod surat masuk dan surat keluar: Kandungan di dalam fail hendaklah didaftarkan ke dalam kertas minit bagi tujuan kawalan pada perin...
-
Contoh Cap Kertas Minit yang boleh digunakan untuk pengurusan fail pejabat. Contoh menulis pada kertas minit. Merah untuk SURAT...
-
PENGURUSAN DOKUMEN 1. Fail-fail aktif/diari/ organizer disusun dengan kemas dan teratur pada setiap masa. 2. Fail disusun mengikut...