Rabu, 10 Disember 2014

DIALOG PRESTASI SEKOLAH RENDAH DAERAH MARAN 2014

Tarikh: 8 Disember 2014
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Dewan Seminar PPD Maran









Jumaat, 5 Disember 2014

Cabaran Pemantapan Pedagogi Abad ke 21

Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri.

Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik.

Memandangkan guru adalah agen perubahan maka profesion perguruan tidak terkecuali daripada terlibat dengan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi. Rentetan daripada perubahan tersebut terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani antaranya cabaran dalam bilik darjah bila mana para pelajar perlu diperkembangkan potensinya. 

Seterusnya cabaran di sekolah seperti masalah sosial dan disiplin yang berleluasa yang berpunca daripada ledakan maklumat dan ilmu yang berbentuk global. Tidak kurang juga dengan cabaran yang datang daripada bilangan pelajar yang semakin meningkat hingga wujud kelas terapung. Hal yang sama juga perlu ditelusi bila mana terdapat sekolah yang masih tidak lengkap dari aspek kemudahan yang diperlukan dalam membantu melancarkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Bukan itu sahaja, malah pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berasaskan teknologi memerlukan guru yang mahir IT dan peka dengan perkembangan terkini.

Cabaran dalam sistem pendidikan perlu diambil kira. Sejajar dengan matlamat negara untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan tahap pendidikan yang bertaraf dunia kurikulum terus mengalami perubahan dari masa ke semasa. Cabaran dalam masyarakat pula melihat kepada perspektif masyarakat yang menganggap guru sebagai sumber maklumat, berpegetahuan, kemahiran dan ketrampilan, sumber kebudayaan dan ilmu, sumber pemupukan kerpercayaan dan sistem nilai dan sebagainya. Hal ini merupakan cabaran yang menuntut guru perlu sentiasa bijak dalam memperkayakan ilmu di dada disamping memenuhi tuntutan Wawasan 2020.

Jumaat, 28 November 2014

Selasa, 25 November 2014

Sambutan Hari Inovasi JPN Pahang 2014

Sambutan Hari Inovasi merupakan acara tahunan JPN Pahang. Bagi tahun 2014, sambutan ini akan diadakan di Dewan Sekolah SukanPahang pada 27 November 2014. Beberapa kategori di pertandingan seperti Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Pahang, anugerah new deal, PrOD, dan sebagainya.

Pengisian skor SKPM

Mohon semua sekolah mengisi skor skpm mengikut jadual di atas.

Sabtu, 22 November 2014

Lawatan PPD Maran ke Parlimen

Lawatan PPD Maran ke Parlimen telah diadakan pada 20 November 2014 baru-baru ini. Lawatan anjuran Kelab PO (pembantu Operasi) Daerah Maran dengan kerjasama YB Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Maran, Dato' Seri Ismail bin Haji Mutalib.
     Lawatan ini bertujuan untuk mengenali peranan Parlimen dan juga riadah minda kakitangan pendidikan daerah Maran. Peserta rombongan dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta makan tengahari bersama YB Timbalan Menteri Sumber Manusia. Lawatan ini adalah kali ke 2 pada tahun ini selepas kali pertama disertai oleh Pembantu Operasi Daerah Maran pada Oktober lepas. Tahniah diucapkan.

Bergambar bersama YB Dato' Ismail bin Haji Mutalib




Selasa, 9 September 2014

Bengkel DTP bagi Pengurusan HEM Daerah Maran 2014


Program Sekolah Penyayang 6S
 
Tuan Haji Jalani bin Haji Ludin, Ketua PPD Maran sedang memberi ucap utama.


GPK HEM mendengar taklimat.
 Program 3 hari bagi semua GPK HEM Daerah Maran telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur berfokuskan kepada transfomasi pendidikan mengikut Pelan Permbangunan Pendidikan. Beberapa sesi taklimat telah diadakan bagi memberi pendedahan dan penambahbaikan dalam pengurusan GPK HEM.
Antaranya ialah Taklimat Pengurusan Rekod dan Fail oleh En Mohd Jasmi bin Jaafar, Unit Pengurusan Kualiti PPD Maran; Taklimat Pengurusan Hal Ehwal Pelajar, oleh En Halimi bin Ghazali Unit Perhubungan dan Tataertib, JPN Pahang; Pengurusan Diri dan Pelajar oleh Encik Saruchi bin Syawal, dari Kementerian Pendidikan Malaysia; dan juga Bengkel Pelan Intevensi Lima Langkah (PILL) dari En Burhanuddin bin Hashim, KU SPK, PPD Maran.
Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Tuan Haji Jalani bin Haji Ludin turut sama menyampaikan ucap utama dan penutupan bengkel tersebut. Antara perkara yang diberi penekanan dalam pengurusan HEM ialah bagaimana HEM dapat membantu perubahan dan transfomasi pendidikan. Penekanan kepada Konsep Sekolah Penyayang perlu diteruskan dan dimantapkan. Tuan PPD sendiri telah menyarankan agar Konsep Sekolah Penyayang 6S iaitu melibatkan Sayang diri sendiri,sayang kawan/ibu bapa, sayang sekolah, sayang komuniti, sayang negara,dan sayang keamanan.Semoga apa yang diberikan memberi manfaat kepada semua.

Rabu, 27 Ogos 2014

BAHAN MODUL PEMANTAPAN PdP JNJK 2014

BAHAN PROGRAM PEMANTAPAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN STANDARD 4 DAN VIDEO e-GURU.




Muat turun Slides Pembentangan dan Koleksi Video eGuru Standard 4 SKPM 2010.


Bengkel Pengurusan Fail Meja kepada pegawai dan penyelia Maklumat ICT Pahang

Bengkel 3 hari di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pahang, telah mendedahkan kepada peserta berkenaan pengurusan fail meja dan data Unit ICT dan Maklumat.Program bermula 26 hingga 28 Ogos 2014 ini memberi pengetahuan asas pembinaan fail meja kepada peserta yang terdiri daripada pegawai ICT dan penyelia Maklumat bagi Sektor ICT JPN Pahang dan PPD seluruh Pahang. Bengkel ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Mansor bin Pendek daripada JPNP, Sektor Jaminan Kualiti dan Encik Mohd Jasmi bin Jaafar, Penolong PPD Maran, Unit Pengurusan Kualiti. Seramai 30 orang peserta telah menglibatkan diri.

Peserta sedang menyiapkan senarai tugas

Tuan Haji Mansor bin Pendek, Fasilitator Bengkel.

Selasa, 26 Ogos 2014

Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja - Kepentingannya

Bahan ini boleh menjadi rujukan untuk keperluan pengurusan. Terima kasih.

KEM SKOR A BAHASA INGGERIS UPSR 2014 KELOMPOK JEMPUL (ZON A)

TARIKH: 26 OGOS 2014
TEMPAT: SK JENGKA 2
PESERTA: 43 ORANG MURID SEKOLAH-SEKOLAH ZON A KELOMPOK JEMPUL (CALON 3A 2B, B BAHASA INGGERIS UJIAN PERCUBAAN UPSR)





















Isnin, 25 Ogos 2014

PROGRAM PEMANTAPAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN GURU - SKPM 2010

MUAT TURUN / DOWNLOAD BAHAN-BAHAN KURSUS 


Program Pemantapan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Guru berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010) anjuran Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan dilaksanakan di PPD Maran berdasarkan ketetapan berikut:-

Tarikh: 23 Ogos 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat: Dewan Seminar 1 PPD Maran

Pelaksanaan program ini adalah sebagai langkah menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia mearah menignkatkan PdP guru selari dengan Anjakan 7 PPPM : MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA.

 Antara objektif program ialah:

MEMBERI KESEDARAN GURU TENTANG KEWUJUDAN PERPUSTAKAAN MAYA VIDEO E-GURU YANG BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN UNTUK MELIHAT CONTOH-CONTOH PdP YANG BERKUALITI.













Layari Portal e-guru untuk rujukan pelbagai jenis video PdP berteraskan Standard 4 SKPM 2010. Setiap item di bawah Standard 4 SKPM (12 item) disediakan video-video PdP yang berkaitan. Klik setiap sub-standard di bawah untuk rujukan video.


Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran