Selasa, 25 Mac 2014

PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

SUMBER: PORTAL RASMI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Kenyataan Media YAB Menteri Pendidikan

Muat Turun

Bahan Pembentangan Penambahbaikan PBS  

Muat Turun

Nota Penambahbaikan PBS  

Muat Turun











Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran

Jumaat, 14 Mac 2014

PROGRAM DIALOG PRESTASI SEKOLAH-SEKOLAH KELOMPOK JEMPUL 2014



Telah berlansung hari ini 14 Mac 2014 (Jumaat) Program Dialog Prestasi melibatkan guru besar sekolah-sekolah kelompok Jempul bersama-sama dengan pegawai-pegawai dari PPD Maran. Antara pengisian dialog ialah:-

1) Pelaporan Kelompok Jempul oleh Encik Azer bin Mamat (GB SK Desa Jaya)
2) Pelaporan dan perbincangan Data Headcount TOV dan ETR sekolah terpilih
3) Dashboard PPD Maran (dibentangkan oleh Encik Zulkifli bin Basah)
4) Perkongsian Idea oleh Tuan Haji Ustaz Mat Isa bin Hj Abd Rashid, PKC
5) Perkongsian Masalah Sekolah bersama PPD Maran












Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran

Selasa, 4 Mac 2014

Selamat Bertugas Puan Asiah binti Hamzah, Pegawai Pendidikan Daerah Maran Yang Baru.

Puan Asiah binti Hamzah
 
Selamat datang dan bertugas Pegawai Pendidikan Daerah Maran yang baru iaitu, Puan Asiah binti Hamzah. Beliau mula bertugas di PPD Maran pada 18 Februari 2014. Beliau menggantikan Encik Baharum bin Haji Samat, yang telah bertukar ke Pejabat pendidikan Daerah Bera.
     Puan Asiah binti Hamzah sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pengarah di Sektor Pengurusan Prasekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putra Jaya. Warga kerja PPD Maran mengucapkan selamat datang dan bertugas di daerah Maran. Semoga kehadiran beliau dalam pendidikan Maran, membawa lebih kecemerlangan.
Perjumpaan pertama dengan pegawai dan staf sokongan PPD Maran


Isnin, 3 Mac 2014

Melindungi Masa Instruksional

Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Kesedaran di semua peringkat sama ada di peringkat KPM, JPN, PPD sehingga ke peringkat sekolah dalam memastikan satu usaha berterusan ke arah memastikan budaya mengurus masa yang optimum dan berkualiti dilaksanakan, adalah amat penting demi pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran .

Objektif pelaksanaan program MMI ialah:

a) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI,

b) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMIdi sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid,

c) semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua sekolah di bawah pentadbiran mereka,

d) memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid di semua sekolah, dan

e) memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.

Untuk bacaan lanjut sila dapatkan buku Melindungi Masa Instruksional- Kembali kepada asas: Pemimpin Intruksional, Guru Mengajar dan Murid berlajar
 atau layari laman MMI

Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran

Kepimpinan perubahan

Sebagai leader dalam organisasi, kita perlu menerajui kepimpinan,perlu menggerakkan seluruh keupayaan yang ada. Anda beruntung jika Senior...