Khamis, 28 Februari 2013

Program Riadah PPD Maran



Pejabat Pelajaran Daerah Maran berusaha untuk memantapkan kepimpinan dan kerjasama sepasukan bagi memastikan produktiviti semua kakitangannya berada di tahap terbaik. Dengan slogan PPD Maran Cekap, Cepat dan Berkesan merupakan hasrat murni yang perlu dizahirkan dalam aspek pengurusan pentadbiran dan peranan setiap personel warga PPD Maran.

Selasa, 26 Februari 2013

Tahniah kepada En Abdul Sani dan Puan Nik Fatimah - Pegawai & Staf Terbaik Januari 2013 PPD Maran


Warga PPD Maran mengucapkan tahniah dan syabas kepada Encik Abdul Sani bin Razali (Penyelia HEM, PPD Maran) dan Puan Hjjah Nik Fatimah bt Kasim (Pembantu Tadbir Unit Perkhidmatan, PPD Maran) kerana telah dinobatkan sebagai pegawai dan Staf sokongan terbaik bagi bulan Januari 2013. Semoga kejayaan ini menyuntik semangat dan keazaman kepada semua warga PPD Maran untuk terus menyumbang bakti kepada pendidikan.

Isnin, 25 Februari 2013

Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 di PPD Maran 2013

Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 adalah  berdasarkan arahan kerajaan:
  1. PKPA Bil1/92 : Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi Perkhidmatan Awam.
  2. PKPA Bil.2/96 : Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam.
  3. PKPA Bil.1/2002 : Garis Panduan Semakan Semula Prosedur dan Proses Kerja Di Agensi Kerajaan.
Pejabat Pelajaran Daerah Maran telahpun melaksanakan Prosedur Kualiti berteraskan MS ISO. Bagi tahun 2013 ini, Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2008 diguna pakai selaras dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebanyak 16 Prosedur Kualiti (PK) dilaksanakan pada tahun ini iaitu:
  1. PK01: Pengurusan Penempatan Guru
  2. PK02: Pengurusan Petukaran Guru
  3. PK03: Pengurusan Pemantauan
  4. PK04: Pengurusan Aduan
  5. PK05: Pengurusan Maklum Balas Pelanggan
  6. PK06: Pengurusan Latihan Personel
  7. PK07: Pengurusan Perolehan
  8. PK08: Pengurusan Penyelenggaraan
  9. PK09: Pengurusan Audit Dalam
  10. PK10: Kawalan Dokumen
  11. PK11: Tindakan Pembetulan dan Pencegahan
  12. PK12: Kawalan Perkhidmatan Tidak Akur
  13. PK13: Pengurusan Rekod Kualiti
  14. PK14: Pengurusan Aset Alih Kerajaan
  15. PK15: Pengurusan Mesyuarat
  16. PK16: Pengurusan Data.
Dokumen ini perlu menepati keperluan Standard (8 Seksyen) Manual Kualiti melalui pembinaan Prosedur dan Proses Kerja. PK16 iaitu Pengurusan Data adalah PK terbaru yang perlu dilaksanakan di BPSH, JPN dan PPD.
 
Manual Prosedur Kualiti (MPK) ini dikuatkuasa mulai 1 FEBRUARI 2013 . PPD Maran telah menggerakan usaha dalam penambahbaikan perlaksanaan PK-PK tersebut. Setelah menerima Dokumen MPK pada 19 Februari 2013, satu taklimat khusus diberikan kepada semua pelaksana PK di PPD Maran pada 20 Februari 2013. Sesi perbengkelan akan dilaksanakan setiap hari Isnin kepada semua pelaksana PK sehinggalah semua PK diberi penjelasan sepenuhnya.
  • 25/2/2013  - PK01 dan PK02  - Unit Pengurusan Sekolah
  • 4/3/2013   - PK03 - Semua pegawai
  • 11/3/2013 - PK15 - Semua Unit PPD
  • 18/3/2013 - PK16 - Semua pegawai
  • 25/3/2013 - PK14 - Pegawai dan Staf yang terlibat dengan rekod
  • 1/4/2013  - PK04,PK05,PK06, PK07, PK08, PK14 - Pegawai terlibat
  • 11/4/2013 - PK09,PK10, PK11, PK12 - Juru Audit
Kita mengharapkan prosedur yang telah ditetapkan dipatuhi dan sentiasa dibuat pembetulan, pencegahan, penambahbaikan dan kawalan kepada perkhidmatan.

UPQ, PPD Maran

Jumaat, 22 Februari 2013

Selamat Bertukar Ke Temerloh, Cik Zazila Nani, PT N17

Warga Pejabat Pelajaran Daerah Maran mengucapkan Selamat Bertugas di tempat baru kepada Cik Zazila Nani binti Zulkeply, yang bertukar ke PPD Temerloh mulai 16 Februari 2013. Beliau memulakan khidmatnya di PPD Maran pada bulan Disember 2009, merupakan Pembantu Tadbir yang bertanggungjawab kepada Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan.
     Pertukaran ini merupakan satu kehilangan bagi warga PPD Maran, kerana beliau seorang yang begitu komited kepada tugas yang diberi dan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada rakan sekerja. Selamat berpisah kami ucapkan. Semoga pertukaran ini akan terus memberi semangat dan produktiviti kerja beliau.
UPQ, PPD Maran

Selamat Berangkat ke Mekah dan menunaikan Umrah - Encik Nordin Abd Ghanii


PPD Maran mengucapkan 'Selamat Berangkat' kepada Encik Nordin bin Abd Ghani , Ketua Unit Akademik PPDM yang telah melakukan ibadah Umrah bermula 20 Februari 2013. Semoga ibadah yang dilaksanakan mendapat rahmat dan berkat-Nya.  Beliau bersama isteri dan rombongan bertolak ke Tanah Suci Mekah, pada 19 Februari 2013.

Rabu, 13 Februari 2013

Brosur PPD Maran 2013


UPQ, PPD Maran

Penolong Kanan Ko-Kurikulum Daerah Maran

Gabungan PK Ko-kurikulum Daerah Maran bergambar kenangan bersama Tuan PPD Maran, Encik Baharum bin Hj Samat dan barisan JK MGB Daerah.

Gambar oleh :UPQ, PPD Maran

Pelancaran Detik 100 Hari Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Pahang Peringkat Daerah Maran 2013

free software
Video Program Pelancaran Detik 100 hari Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Pahang 2013 Peringkat Daerah Maran dan Senam Seni oleh Warga PPD Maran

Khamis, 7 Februari 2013

Gotong-royong 5S di PPD Maran (wisma Persekutuan)

Kerani-kerani kewangan sedang mengemas dan meyusun fail-fail kewangan
 
bahan yang sudah tidak digunakan akan dikumpul pula untuk pelupusan atau dijual kepada pemborong kitar semula.
 
 
Gotong-royong 5S di bangunan lama bagi menyisihkan bahan dan fail-fail agar tersusun dan kemas. Para Staf sokongan dibantu oleh PAP sekolah-sekolah berdekatan, bersama-sama membersihkan bangunan PPD lama tersebut.  

 
UPQ, PPD Maran

Pemantauan Bersepadu Pengurusan Akademik dan Sekolah ke SK. LKTP Jengka 13

Beberapa orang pegawai turut kelihatan bersama dalam pemantauan kali ini.
 
Tuan PPD Maran, Encik Baharum bin Hj Samat sedang meneliti laporan pegawai pemantau dan laporan oleh pihak sekolah.
 
Tuan Guru Besar SK Jengka 13 bersama para pegawai.
 
Pemantauan bersepadu oleh Pejabat Pelajaran Daerah Maran ke SK Jengka 13 telah dilaksanakan pada 6 Februari 2013. Seramai 15 orang pegawai dan KPT PPD Maran, berkampung di sekolah berkenaan dari awal waktu persekolahan sehingga jam 2.00 petang.
       Fokus pemantauan ini adalah bagi memabantu pihak sekolah terutamanya guru-guru dalam mempertingkatkan lagi mutu serta kualiti pembelajaran dan pengajaran, pengurusan akademik, panitia dan pentadbiran termasuk juga kewangan. Beberapa dapatan diperolehi yang melihat ruang kelemahan yang boleh diperbaiki. Seterusnya, pihak sekolah disaran untuk membuat penambahbaikan dari masa ke semasa agar prestasi pengurusan akademik dan sekolah lebih berkualiti.
     Program seumpamanya ini juga akan dibuat ke sekolah-sekolah sepanjang tahun ini. Pemantauan secara kolaboratif ini mampu memberi impak yang berkesan kepada semua.

Kepimpinan perubahan

Sebagai leader dalam organisasi, kita perlu menerajui kepimpinan,perlu menggerakkan seluruh keupayaan yang ada. Anda beruntung jika Senior...