Khamis, 7 Februari 2013

Pemantauan Bersepadu Pengurusan Akademik dan Sekolah ke SK. LKTP Jengka 13

Beberapa orang pegawai turut kelihatan bersama dalam pemantauan kali ini.
 
Tuan PPD Maran, Encik Baharum bin Hj Samat sedang meneliti laporan pegawai pemantau dan laporan oleh pihak sekolah.
 
Tuan Guru Besar SK Jengka 13 bersama para pegawai.
 
Pemantauan bersepadu oleh Pejabat Pelajaran Daerah Maran ke SK Jengka 13 telah dilaksanakan pada 6 Februari 2013. Seramai 15 orang pegawai dan KPT PPD Maran, berkampung di sekolah berkenaan dari awal waktu persekolahan sehingga jam 2.00 petang.
       Fokus pemantauan ini adalah bagi memabantu pihak sekolah terutamanya guru-guru dalam mempertingkatkan lagi mutu serta kualiti pembelajaran dan pengajaran, pengurusan akademik, panitia dan pentadbiran termasuk juga kewangan. Beberapa dapatan diperolehi yang melihat ruang kelemahan yang boleh diperbaiki. Seterusnya, pihak sekolah disaran untuk membuat penambahbaikan dari masa ke semasa agar prestasi pengurusan akademik dan sekolah lebih berkualiti.
     Program seumpamanya ini juga akan dibuat ke sekolah-sekolah sepanjang tahun ini. Pemantauan secara kolaboratif ini mampu memberi impak yang berkesan kepada semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.