Khamis, 6 Julai 2017

Kajian Tindakan

Pembudayaan Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik telah dapat dilaksanakan secara meluas berdasarkan minat dan peningkatan berterusan bilangan guru dalam menjalankan Kajian Tindakan setiap tahun. Pada masa sekarang, Kajian Tindakan bukan sahaja dijalankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tetapi ia juga digunakan untuk memperkukuhkan pengurusan di sekolah.
            Matlamat utama Kajian Tindakan adalah berdasarkan kepada satu hasrat iaitu untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. Kajian Tindakan mempunyai dua unsur utama iaitu kajian dan tindakan. Oleh itu ia sangat sesuai diaplikasikan dalam konteks pendidikan kerana dua unsur utama ini seringkali dijalankan secara beriringan, iaitu tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan; dan kajian dijalankan bagi mendapatkan bukti-bukti emperik yang dapat menyokong sesuatu tindakan yang dilaksanakan. Ia membolehkan pengamal iaitu para pendidik melalui proses inkuiri penemuan dengan mengkaji masalah-masalah secara saintifik supaya mereka boleh menilai, menambahbaik dan memantapkan proses membuat keputusan dan amalan.

Peranan dan sumbangan Kajian Tindakan dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah tidak akan dipertikaikan. Ini adalah kerana dapatan kajian akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang dan kesannya akan menghasilkan apa yang dikehendaki agar matlamat pendidikan dapat direalisasikan. Kajian Tindakan diyakini dapat menonjolkan amalan terbaik dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Sehubungan dengan itu, sewajarnya semua warga pendidik termasuk Pengetua, Guru Besar, dan guru-guru berperanan dalam membudayakan Kajian Tindakan di sekolah masing-masing.

Sabtu, 8 April 2017

Pelupusan Fail setelah mendapatkan kelulusan Arkib Negara



Ini adalah proses biasa bagi pelupusan rekod yang telah dibenarkan Arkib Negara. Kebiasaanya rekod ini di bakar. Pelaporan perlu dibuat dan dihantar semula ke Arkib Negara.
   Fail yang biasa diambil untuk disimpan oleh Arkib ialah fail berkaitan mesyuarat dan dokumen yang mempunyai nilai sejarah atau arahan penting.
    Adakah pejabat atau sekolah anda ada membuat pelupusan?

Isnin, 20 Mac 2017

Manual Pengguna SKPMg2 Secara Dalam Talian (Online)


Manual pengguna skp mg2 from jasmi jaafar

PENGISIAN SKPMg2

Sila login menggunakan USERID kodsekolah dan KATALALUAN 12345678
Cth: BBX0001 / 12345678


User '
PGB' tidak perlu diisi. Taip kod sekolah sahaja sebagai userID.

Sebaiknya jangan tukar katalaluan selepas login kali pertama, untuk semakan JNJK (reset).



Sila daftarkan Mata Pelajaran, Kelab/Persatuan, Badan Beruniform dan, Sukan dan Permainan dalam Paparan Pasukan Pelaksana Standard bagi tujuan pengisian pada Aspek 3.1.2, 3.2.2.1,3.2.3.1 dan 3.2.4.1

Pastikan nama PPS dimasukkan (buat masa ini hanya nama guru sahaja)

Jumaat, 24 Februari 2017

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran


Selamat Bersara Tuan Haji Jalani bin Haji Ludin, Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Pahang

Tn Haji Jalani bin Haji Ludin

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Jalani bin Haji Ludin yang akan bersara pilihan pada 1 Mac 2017 nanti. Beliau merupakan Pegawai Pendidikan Daerah Maran yang mula berkhidmat di PPD Maran pada tahun 2014 yang lalu. Selamat bersara, terima kasih Cikgu.



Jumaat, 3 Februari 2017

SKPMg2 2017 : Borang Pengskoran PDPC (Standard 4)

Berikut adalah borang skor bagi pencerapan PDPC yang akan dibuat oleh guru sendiri dan pentadbir sekolah. Ia juga akan disemak dan dipantau oleh pegawai dari PPD/JPN/KPM/JNJK.


Borang penskoran pdpc (sekolah) from jasmi jaafar



Sila muat turun bahan dengan klik DOWNLOAD. Bahan ini dalam format Excel (Autokira)


SKPMg2 2017 : Tapak Pengisian SKPMg2 keseluruhan (SKPMg2 Version 1.0)

Bersama ini disertakan bahan atau tapak pengisian bagi SKPMg2 bermula Mac, Julai dan November 2017.
Semua sekolah diminta mengisi skor bagi Standard 1 hingga 5. Pihak JNJK akan membengkelkan cara pengisian SKPMg2 ini.

Sila klik "DOWNLOAD" untuk muat turun bahan terkini.

SKPMg2 2017 : Keseluruhan


SKPMg2 2017 : Kandungan dan Pengiraan Skor


SKPMg2 2017 : Standard 5 Kemenjadian Murid


SKPMg 2017 : Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC)


SKPMg2 2017 : Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid


SKPMg2 2017 : Standard 2 Pengurusan Organisasi


SKPMg2 2017 : Standard 1 Kepimpinan


SKPMg2 2017 : Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum


SKPMg2 2017 : Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum


SKPMg2 2017

Berikut adalah bahan SKPMg2 terbaru yang boleh digunakan oleh semua sekolah untuk persediaan pengisian SKPMg2 bermula Mac 2017

Sila klik "download" maklumat berkenaan.





Khamis, 26 Januari 2017

Banjir di SK Ulu Luit, Maran

Kawasan padang SKUL dipenuhi air bah.


Musim banjir datang lagi. SK Ulu Luit (SKUL) antara sekolah di Maran yang sentiasa menerima kesan awal banjir akibat limpahan Sungai Luit. Asrama Desa SK Ulu Luit digenangi air sejak awal pukul 4.00 pagi. SKUL terpakasa ishtihar penutupan sekolah pada 25/1/2017. Langkah awal pencegahan telah dilakukan oleh pihak sekolah dengan menyelamatkan aset dan alatan supaya tidak tenggelam banjir. Tahniah kepada tindakan pantas semua pihak.


Air bah mula masuk ke kelas.

Pra Sekolah SKUL


Khamis, 19 Januari 2017

Fail Profil PPB untuk guru.


Fail Meja Untuk Dijual

Fail Meja yang mengandungi 14 ' partition' atau item, mengikut format FM. Sekiranya ada yang berminat, boleh hubungi admin 013-9492890



Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid



UNIT 06

PENGURUSAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID
 
 


















1.         OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan:
1.1    100 peratus hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan oleh panitia masing-masing;
1.2    Pihak P/GB/GPK memantau semakan hasil kerja murid minimum satu (1) kali setahun.

2.         SKOP

Prosedur ini digunakan oleh:
2.1    Semua guru untuk menyemak hasil kerja murid;
2.2    Pihak P/GB/GPK untuk memantau penyemakan hasil kerja murid.

3.         RUJUKAN

3.1    Manual Kualiti;
3.2    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987;
3.3    Standard Kualiti Pelajaran Malaysia.

4.         DEFINISI

                    
4.1    HKM        : Hasil Kerja Murid merupakan tugasan yang diberi oleh guru selepas
                            P dan P sebagai peneguhan kefahaman murid untuk memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran;

4.2    LB             : Latihan Bertulis merupakan tugasan bertulis yang diberi oleh guru selepas P dan P sebagai peneguhan kefahaman murid;

4.3      BLM           : Buku Latihan Murid merupakan buku tulis yang digunakan oleh
murid untuk membuat latihan bertulis yang diberikan guru sebagai peneguhan kefahaman murid.


5.         TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
RUJUKAN




P/GB/GPK



GMP














P/GB/GPK



GMP





GKMP/KP




P/GB/GPK/GC






P/GB/GPK/GC/GMP




KP



P/GB/GPK


A     SEMAKAN HASIL KERJA MURID OLEH GURU

5.1  Memaklumkan kepada semua guru tentang prosedur semakan hasil kerja murid mengikut ketetapan panitia mata pelajaran;

5.2  Hasil kerja murid yang betul ditanda (√) dan yang tidak betul ditanda dengan simbol yang sesuai menggunakan pen berdakwat merah dan memberi ulasan yang bersesuaian;

5.3  Berusaha memastikan pembetulan dilakukan bagi kesalahan latihan bertulis yang dilakukan mengikut keperluan mata pelajaran.


B      PEMANTAUAN HASIL KERJA MURID OLEH P/GB/GPK

5.4  Menyediakan takwim pemantauan hasil kerja murid yang disahkan oleh P/GB dan diedarkan kepada semua guru;

5.5  Mengumpul dan menyerahkan semua buku latihan murid dan melengkapkan borang untuk dipantau oleh P/GB/GPK mengikut jadual yang ditetapkan;


5.6  Membuat analisis semakan hasil kerja  murid;



5.7  P/GB/GPK mengesahkan penerimaan semua buku latihan murid dan memilih sekurang-kurangnya 5 buah buku latihan murid setiap kelas secara rawak untuk pemantauan;


5.8  Pengesahan pemantauan oleh P/GB/GPK dan pemulangan buku latihan murid dalam tempoh 14 hari bekerja mengikut jadual yang disediakan;

5.9  Memfailkan dokumen dan rekod semakan Hasil Kerja Murid;


5.10 Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi, ambil tindakan pembetulan




Minit Mesyuarat



BLM/HKM





BLM/HKM








Takwim Pemantauan Hasil Kerja Murid


BLM
Laporan Semakan Buku Latihan Murid (P/GB/GPK)


Borang Analisis Semakan Buku Latihan Murid


BLM
Laporan Semakan Buku Latihan Murid (P/GB/GPK)



BLM
disahkan P/GB/GPK



Fail Panitia
Fail Pemantauan Semakan HKM





6.            REKOD KUALITI


BIL.
JENIS REKOD
TEMPOH
LOKASI
1.
Jadual Pemantauan Hasil Kerja Murid
3 tahun
Bilik Penyimpanan Fail
2.
Laporan Semakan Buku Latihan Murid (P/GB/GPK)
3 tahun
Bilik Penyimpanan Fail
3.
Borang Analisis Semakan Hasil Kerja Murid
3 tahun
Bilik Penyimpanan Fail

Rabu, 18 Januari 2017

Fail Panitia Untuk Dijual

 Fail Panitia (1 set) untuk Panitia-panitia Sekolah. Dibina untuk pemantapan pengurusan Panitia sekolah-sekolah. Jika berminat, boleh hubungi admin : 013-9492890. Terima kasih.




Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

SKPMg2 akan bermula pada tahun 2017 dengan beberapa pembaharuan selaras dengan Gelombang Ke2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Ini selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengangkat martabat pendidikan ke arah era dan impak yang lebih tinggi. Seharusnya warga pendidikan mendokong SKPMg2 ini berdasarkan pekembangan dunia pendidikan yang global dan memerlukan penghayatan yang tinggi. Gerak kerja dan hala tuju pula semakin berubah mengikut perkembangan semasa. SKPMg2 merupakan satu bentuk piawaian dan prosedur standard dalam meletakkan pendidikan Malaysia setanding dengan negara maju.
 
  

Draf SKPMg2 from jasmi jaafar

Anda boleh Muat Turun sepenuhnya bahan-bahan SKPMg2 di bawah ini;

 SKPMg2

Format Fail Meja KPM

Fail Meja adalah dokumen penting dalam urus tadbir bagi seorang penjawat awam. Fail Meja ini memang menjadi kewajiban semua agensi kerajaan. Bagi Kementerian Pendidikan Malaysia, semua pegawai dan staf sokongan perlu mengisi dokumen ini mengikut perjawatan masing-masing. Namun, pelbagai format wujud dan tidak selaras sama ada peringkat negeri atau sekolah. Hanya guru yang mengajar tanpa mengurus tadbir dibolehkan menggunakan Buku Rekod Mengajar tanpa perlu membuat Fail Meja.

     Berikut adalah format Fail Meja yang diselaraskan oleh KPM;

1.       Visi, Misi dan Objektif Bahagian/Jabatan/Pejabat
2.       Carta Organisasi Bahagian/Jabatan/Pejabat
3.       Objektif Sektor/Unit
4.       Carta Organisasi Sektor/Unit (Kedudukan Pegawai)
5.       Senarai Tugas/Kuasa dan Hubungan Pegawai Dengan Pegawai-Pegawai Lain
6.       Peraturan-peraturan Pentadbiran
7.   Proses Kerja
8.   Carta Alir
9.        Senarai Semak / Checklist
10.    Senarai Borang Yang Berkaitan Dengan Tugas Pegawai
11.     Undang-Undang dan Peraturan (Pekeliling)
12.     Jawatankuasa Yang Dianggotai (Yang berkaitan dengan tugas sahaja)
13.     Norma Kerja (Boleh diukur-KPI/masa/peratus/bilangan)
14.  Format Senarai Tugas Harian 

 Format FM