Khamis, 28 Mac 2013

Tahniah, PPD Maran antara PPD Terbaik Kebangsaan



Lawatan Penanda Aras Pengurusan PPDa ke Kedah

Peserta rombongan JPN Pahang bergambar kenangan.
 
Lawatan Penanda Aras telah dilaksanakan di SMK Air Hangat, Langkawi dan SK Haji Ismail, Alor Setar, Kedah pada 19 dan 20 Mac 2013 yang lalu. Lawatan yang dianjurkan oleh Unit PPDa, JPN Pahang telah diikuti oleh semua Pegawai PPDa daerah, dan juga Ketua Unit SPK, PPD seluruh Pahang.  Tujuan lawatan adalah melihat pengurusan PPDa yang dilaksanakan di sekolah tersebut yang menjadi finalis Pertandingan Bilik Sumber PPDa Kebangsaan 2012. Ia juga mewujudkan hubungan baik dan perkongsian antara 2 negeri (Pahang & Kedah).
 

Rabu, 27 Mac 2013

"Empowerment" satu proses dalam kepimpinan berkualiti (satu perkongsian)

Dalam teori pengurusan moden, 'empowerment' yang sinonim dengan 'delegation' merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi. David Alcorne dan Bruce Chadwick (lihat Groberg D.H.m.s.12) melihat bahawa " On the whole, corporate America is going to become a place where everyone, leaders as well as followers, are treated with greater dignity. And how do I know this? Because those companies who refuse to empower and bring them into greater partnership with the organization will not succeed". Dalam konteks Asia pula Stan Shih menjelaskan "When you talk about management, you have to deal with human beings. You have to look what they are looking for. Asia is changing. The people here are better than ever before. People only feel achievement if they can participate, play a role in decision-making and can enjoy the benefits of ownerships. This give them motivation (Khoo Kheng Hor.m.s.51).

Selasa, 26 Mac 2013

Pemantauan Pergerakan Pegawai dan Staf melalui e-Gerak

 
 
Perisian e-Gerak adalah satu bentuk pelaporan tugasan oleh pegawai-pegawai dan staf sokongan JPN dan PPD. Semua pegawai dan staf sokongan perlu mengisi maklumat setiap pergerakan mereka sama ada tugas rasmi, pemantauan, mesyuarat, atau cuti dalam satu perisian yang boleh dipantau oleh pihak jabatan dan KPM. Adalah menjadi satu kewajiban setiap pegawai untuk mengisi maklumat pergerakan mereka.
    Program ini telah pun dilaksanakan sejak 2011 lagi dan kini ianya akan terus dimantapkan .           e-Gerak bukan sahaja boleh membantu kepada kecekapan pengurusan para pegawai malah boleh membantu dalam  penilaian kendiri pegawai terhadap setiap tugas mereka.PPD Maran kini menjadikan e-Gerak sebagai satu kewajiban setiap pegawai dan stafnya bagi meningkatkan kecekapan pengurusan. Pergerakan pegawai boleh dipantau dengan lebih berkesan.
    Untuk memudahkan pengisian, para pegawai dan staf boleh mengisi pergerakan mereka melalui  http://www.moe.gov.my/jpnpahang/egerak/index.php atau klik sahaja pada Blog Gerbang Kualiti di halaman e-Gerak di atas.

Isnin, 25 Mac 2013

"Sullam Suur" Inovasi Guru SK Tanjung Perang, Maran

SK Tanjung Perang Maran kini semakin maju setapak ke hadapan lagi apabila 3 orang gurunya telah menghasilkan satu inovasi pengajaran Matematik yang dikenali sebagai "SULLAM SUUR".Setelah berjaya dalam mengekalkan antara sekolah yang berjaya mendapat Bai'ah atau New Deals, Program Inovasi sekolah ini berjaya menempatkan pendidikan yang cemerlang.
     "Sullam Suur" dipilih untuk mewakili Pahang dalam pertandingan Guru Inovatif 2013 kategori berkumpulan, Kementerian Pelajaran Malaysia.Tiga orang guru yang dedikasi ialah Cikgu Mohd Zaid bin Mat Isa, Cikgu Nik Lukman bin Nik Yaacob dan Cikgu Mohamad Zahiri bin Mohd Khozi, telah berjaya menghasilkan "Sillam Suur" bagi membantu pelajar dalam operasi Matematik. Inovasi yang menarik dan berkesan dalam membantu para pelajar dalam Matematik di sekolah.

     "Sullam Suur" ini juga adalah hasil inovasi lanjutan oleh guru-guru dedikasi daerah Maran. Kita terus berjaya mengasilkan guru-guru yang kreatif dan inovati. Jika tahun sebelumnya, Maran tidak pernah ketinggalan dengan produk inovasi. 'Miracle Fingers' yang dihasilkan oleh Cikgu Sahril Othman dan rakan-rakannya di SK Maran, pernah dinobatkan Naib Johan Kebangsaan 2012 Inovasi berkumpulan. Kita mengharapkan juga usaha yang dilaksanakan oleh guru-guru SK Tanjung Perang juga mampu berjaya dan mengangkat nama sekolah, daerah dan negeri dalam inovasi.


UPQ, PPD Maran

9 Sekolah New Deals Daerah Maran Terus Cemerlang

Pejabat Pelajaran Daerah Maran mengucapkan tahniah dan syabas kepada 9 buah sekolah rendah di daerah ini yang telah berjaya memperolehi New Deals 2012. Penganugerahan kepada pengurusan sekolah yang cemerlang dan dinamik, memberikan kesan yang besar kepada prestasi termasuk dari segi pengurusan sekolah, kepimpinan , akademik dan komuniti.
     Sekolah-sekolah yang berjaya ialah;
  1. SK Sentosa
  2. SK Sekara
  3. SK Tanjung Perang
  4. SK Pesagi
  5. SK LKTP Jengka 5
  6. SK Jengka Pusat 2
  7. SK Kuala Sentul
  8. SK Kuala Wau
  9. SK Chedong Jaya
Semoga kejayaan ini memberikan impak yang baik dan membantu kepada pencapaian yang cemerlang.

Ahad, 10 Mac 2013

Lawatan Warga PPD Maran Ke Sungai Lembing




Pada 9 Mac 2013, seramai 40 orang ahli keluarga pegawai dan staf PPD Maran telah mengadakan lawatan ke Sungai Lembing, Pahang. Lawatan kekeluargaan ini bertujuan sebagai satu program riadah warga PPD Maran di samping melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Sungai Lembing.
     Bertolak jam 7.30 pagi, ahli  rombongan begitu teruja dan bersedia untuk melakukan aktiviti bersama.Lebih kurang jam 9.00 pagi, ahli rombongan mendaki Bukit Panorama. Mencabar dan teruja. Encik Bob (KU SPK) kata, ada hampir 1000 anak tangga ke puncak. Lebih separuh ahli rombongan berjaya mendaki dan sampai ke puncak Bukit Panorama termasuklah beberapa anak kecil berusia 4 dan  7 tahun. Sememangnya fizikal dan stamina amat diperlukan namun apa yang lebih penting ialah semangat untuk melawan keletihan dan kesakitan serta berjuang untuk berada di puncak. Berada di puncak bukit, keletihan hilang malah rasa kepuasan terpancar di muka masing-masing. Menuruni bukit tersebut juga mencabar fizikal dan semangat peserta. Namun alhamdulillah, semua berjaya dan selamat sampai ke kaki Bukit Panorama.

Jumaat, 8 Mac 2013

Panduan MPK dan Fail Meja ( Pekeliling KPA bil.1/1991)


TUJUAN

 Panduan ini bertujuan untuk membantu Ketua-Ketua Jabatan menyediakan ManualProsedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) dengan lebih berkesan dan berkualiti.

 

B. KONSEP MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA
 

1. MPK dan FM adalah dua dokumen rujukan rasmi yang perlu ada dalam sesebuah

jabatan/pejabat. Kedua-dua dokumen ini adalah alat pengurusan penting yang dapat
menyumbang kepada peningkatan produktiviti jabatan/pejabat keseluruhannya.



2. MPK adalah dokumen rujukan untuk peringkat jabatan/ pejabat. Ia mengandungi
maklumat yang memberi gambaran menyeluruh mengenai jabatan/pejabat, seperti sejarah
dan rasional penubuhan jabatan/pejabat, objektif, fungsi, prosedur dan pegawai/staf yang
bertanggungjawab melaksanakan prosedur tersebut.
3. Maklumat mengenai sejarah dan rasional penubuhan jabatan/ pejabat akan
membolehkan individu dalam jabatan/pejabat mengetahui mengapa jabatan/pejabat
ditubuhkan dan apakah harapan-harapan jabatan/pejabat terhadap mereka. Maklumat
mengenai objektif dan fungsi utama jabatan/pejabat pula akan membolehkan individu
dalam jabatan/ pejabat mengetahui tujuarah yang perlu diikuti dalam melaksanakan
tanggungjawab masing-masing. Penetapan fungsi jabatan/ pejabat serta pembahagian
aktiviti yang jelas antara bahagian dan unit di bawah jabatan/pejabat membolehkan setiap
individu di dalam jabatan/pejabat jelas mengenai parameter tugas masing-masing dengan
tepat di samping mengetahui tugas-tugas bahagian/ unit/ individu lain dalam
jabatan/pejabat. Rangkaian prosedur dan pegawai/staf bertanggungjawab yang
ditunjukkan pula akan memberi gambaran yang jelas kepada individu mengenai langkahlangkah
yang terlibat dalam semua aktiviti jabatan/ pejabat.
4. MPK mendokumentasikan secara sistematik susunan cara bekerja. Tiap-tiap kerja
mempunyai proses dan peraturan yang tertentu. Kerja yang dijalankan dengan tidak
mengikut proses dan peraturan yang telah ditetapkan boleh menimbulkan kelewatan,
pembaziran masa dan ketidakcekapan. Bagi membolehkan kerja dibuat dengan tepat dan
cekap, satu cara yang sistematik perlu diwujudkan. Adalah penting proses, peraturan,
pegawai yang bertanggungjawab dan hubungan kerja di antara pegawai dikenalpasti,
disusun dan dibukukan dengan jelas supaya ia dapat dijadikan sebagai bahan rujukan.
Cara bekerja yang jelas dan teratur akan meningkatkan produktiviti jabatan/pejabat. Bagi
menyenangkan rujukan, tiap-tiap Ketua Bahagian perlu dibekalkan dengan MPK.

Rabu, 6 Mac 2013

Pemberitahuan Berkaitan Borang Maklumbalas Pemantauan


    Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah seluruh negara mengamalkan MS ISO 9001:2008. Setiap pemantauan ke sekolah-sekolah perlu mengikut prosedur kualiti yang ditetapkan.  Sehubungan dengan itu, tuan adalah disarankan mengambil perhatian sewajarnya berkenaan pemantauan yang dibuat di sekolah tuan terutama berkaitan maklumbalas pemantauan (Prosedur Kualiti Pengurusan Pemantauan – PK03) dan prosedur ini berkuatkuasa serta merta.
       Setiap kali pemantauan, pegawai akan mengenalpasti ketidakakuran dan seterusnya membuat cadangan penambahbaikan. Dapatan pemantauan akan direkodkan pada instrumen pemantauan dan borang rumusan dapatan pemantauan ( PK03-1). Sekolah perlu menjawab menggunakan borang maklumbalas dapatan pemantauan (PK03-2) dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemantauan dibuat. Pihak pegawai pula akan membuat rumusan dan tindakan susulan sekiranya perlu (PK03-3).
Borang PK03-2 (untuk disi oleh sekolah : menjawab pemantauan yang dibuat oleh pegawai)


UPQ, PPD Maran

Selasa, 5 Mac 2013

Buletin Q PPD Maran Januari 2013


dan banyak lagi berita PPD Maran. 
Untuk mencetak, sila dapatkan daripada "Muat Turun"

UPQ, PPD Maran

Jumaat, 1 Mac 2013

Perbandingan KBSR dan KSSR

UPQ, PPD Maran

PROGRAM "OUTREACH PBS - PUBLIC ENGAGEMENT PIBG" PERINGKAT DAERAH MARAN 2013

           Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mula dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2011. Pada masa itu PBS hanya dilaksanakan oleh murid Tahun Satu di semua sekolah, di seluruh negara. Pada tahun 2013, PBS dilaksanakan oleh murid Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
          PBS bukan menggantikan sistem pendidikan sedia ada tetapi membuat penambahbaikan dengan melaksanakan Pentaksiran Rujukan Standard, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Penguasaan murid direkod dalam aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS).
          PBS secara keseluruhannya bertujuan melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. PBS ada dua kategori iaitu kategori akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
           Sejak tahun 2011, KPM telah menjalankan kursus PBS kepada guru-guru dan pegawai-pegawai di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Tujuannya adalah untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang pelaksanaan PBS. Antaranya ialah kursus Penataran Dokumen Standard Prestasi bagi guru Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Mulai April ini KPM akan menjalankan kursus Penataran Dokumen Standard Prestasi bagi guru Tahun 4. Ini kerana mulai tahun 2014, murid Tahun 4 akan melaksanakan PBS.
        Dalam pelaksanaan PBS, sekolah-sekolah juga telah menjalankan program yang melibatkan ibu bapa. Antaranya majlis-majlis penerangan tentang PBS semasa pendaftaran murid dan sesi penerangan semasa Mesyuarat PIBG. Ada sekolah yang menyebarkan maklumat PBS melalui surat-surat atau flyer yang diedar kepada ibu bapa.

Kepimpinan perubahan

Sebagai leader dalam organisasi, kita perlu menerajui kepimpinan,perlu menggerakkan seluruh keupayaan yang ada. Anda beruntung jika Senior...