Khamis, 26 Januari 2017

Banjir di SK Ulu Luit, Maran

Kawasan padang SKUL dipenuhi air bah.


Musim banjir datang lagi. SK Ulu Luit (SKUL) antara sekolah di Maran yang sentiasa menerima kesan awal banjir akibat limpahan Sungai Luit. Asrama Desa SK Ulu Luit digenangi air sejak awal pukul 4.00 pagi. SKUL terpakasa ishtihar penutupan sekolah pada 25/1/2017. Langkah awal pencegahan telah dilakukan oleh pihak sekolah dengan menyelamatkan aset dan alatan supaya tidak tenggelam banjir. Tahniah kepada tindakan pantas semua pihak.


Air bah mula masuk ke kelas.

Pra Sekolah SKUL


Khamis, 19 Januari 2017

Fail Profil PPB untuk guru.


Fail Meja Untuk Dijual

Fail Meja yang mengandungi 14 ' partition' atau item, mengikut format FM. Sekiranya ada yang berminat, boleh hubungi admin 013-9492890



Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid



UNIT 06

PENGURUSAN SEMAKAN HASIL KERJA MURID
 
 


















1.         OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan:
1.1    100 peratus hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan oleh panitia masing-masing;
1.2    Pihak P/GB/GPK memantau semakan hasil kerja murid minimum satu (1) kali setahun.

2.         SKOP

Prosedur ini digunakan oleh:
2.1    Semua guru untuk menyemak hasil kerja murid;
2.2    Pihak P/GB/GPK untuk memantau penyemakan hasil kerja murid.

3.         RUJUKAN

3.1    Manual Kualiti;
3.2    Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987;
3.3    Standard Kualiti Pelajaran Malaysia.

4.         DEFINISI

                    
4.1    HKM        : Hasil Kerja Murid merupakan tugasan yang diberi oleh guru selepas
                            P dan P sebagai peneguhan kefahaman murid untuk memenuhi keperluan sukatan mata pelajaran;

4.2    LB             : Latihan Bertulis merupakan tugasan bertulis yang diberi oleh guru selepas P dan P sebagai peneguhan kefahaman murid;

4.3      BLM           : Buku Latihan Murid merupakan buku tulis yang digunakan oleh
murid untuk membuat latihan bertulis yang diberikan guru sebagai peneguhan kefahaman murid.


5.         TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
RUJUKAN




P/GB/GPK



GMP














P/GB/GPK



GMP





GKMP/KP




P/GB/GPK/GC






P/GB/GPK/GC/GMP




KP



P/GB/GPK


A     SEMAKAN HASIL KERJA MURID OLEH GURU

5.1  Memaklumkan kepada semua guru tentang prosedur semakan hasil kerja murid mengikut ketetapan panitia mata pelajaran;

5.2  Hasil kerja murid yang betul ditanda (√) dan yang tidak betul ditanda dengan simbol yang sesuai menggunakan pen berdakwat merah dan memberi ulasan yang bersesuaian;

5.3  Berusaha memastikan pembetulan dilakukan bagi kesalahan latihan bertulis yang dilakukan mengikut keperluan mata pelajaran.


B      PEMANTAUAN HASIL KERJA MURID OLEH P/GB/GPK

5.4  Menyediakan takwim pemantauan hasil kerja murid yang disahkan oleh P/GB dan diedarkan kepada semua guru;

5.5  Mengumpul dan menyerahkan semua buku latihan murid dan melengkapkan borang untuk dipantau oleh P/GB/GPK mengikut jadual yang ditetapkan;


5.6  Membuat analisis semakan hasil kerja  murid;



5.7  P/GB/GPK mengesahkan penerimaan semua buku latihan murid dan memilih sekurang-kurangnya 5 buah buku latihan murid setiap kelas secara rawak untuk pemantauan;


5.8  Pengesahan pemantauan oleh P/GB/GPK dan pemulangan buku latihan murid dalam tempoh 14 hari bekerja mengikut jadual yang disediakan;

5.9  Memfailkan dokumen dan rekod semakan Hasil Kerja Murid;


5.10 Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi, ambil tindakan pembetulan




Minit Mesyuarat



BLM/HKM





BLM/HKM








Takwim Pemantauan Hasil Kerja Murid


BLM
Laporan Semakan Buku Latihan Murid (P/GB/GPK)


Borang Analisis Semakan Buku Latihan Murid


BLM
Laporan Semakan Buku Latihan Murid (P/GB/GPK)



BLM
disahkan P/GB/GPK



Fail Panitia
Fail Pemantauan Semakan HKM





6.            REKOD KUALITI


BIL.
JENIS REKOD
TEMPOH
LOKASI
1.
Jadual Pemantauan Hasil Kerja Murid
3 tahun
Bilik Penyimpanan Fail
2.
Laporan Semakan Buku Latihan Murid (P/GB/GPK)
3 tahun
Bilik Penyimpanan Fail
3.
Borang Analisis Semakan Hasil Kerja Murid
3 tahun
Bilik Penyimpanan Fail

Rabu, 18 Januari 2017

Fail Panitia Untuk Dijual

 Fail Panitia (1 set) untuk Panitia-panitia Sekolah. Dibina untuk pemantapan pengurusan Panitia sekolah-sekolah. Jika berminat, boleh hubungi admin : 013-9492890. Terima kasih.




Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

SKPMg2 akan bermula pada tahun 2017 dengan beberapa pembaharuan selaras dengan Gelombang Ke2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Ini selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengangkat martabat pendidikan ke arah era dan impak yang lebih tinggi. Seharusnya warga pendidikan mendokong SKPMg2 ini berdasarkan pekembangan dunia pendidikan yang global dan memerlukan penghayatan yang tinggi. Gerak kerja dan hala tuju pula semakin berubah mengikut perkembangan semasa. SKPMg2 merupakan satu bentuk piawaian dan prosedur standard dalam meletakkan pendidikan Malaysia setanding dengan negara maju.
 
  

Draf SKPMg2 from jasmi jaafar

Anda boleh Muat Turun sepenuhnya bahan-bahan SKPMg2 di bawah ini;

 SKPMg2

Format Fail Meja KPM

Fail Meja adalah dokumen penting dalam urus tadbir bagi seorang penjawat awam. Fail Meja ini memang menjadi kewajiban semua agensi kerajaan. Bagi Kementerian Pendidikan Malaysia, semua pegawai dan staf sokongan perlu mengisi dokumen ini mengikut perjawatan masing-masing. Namun, pelbagai format wujud dan tidak selaras sama ada peringkat negeri atau sekolah. Hanya guru yang mengajar tanpa mengurus tadbir dibolehkan menggunakan Buku Rekod Mengajar tanpa perlu membuat Fail Meja.

     Berikut adalah format Fail Meja yang diselaraskan oleh KPM;

1.       Visi, Misi dan Objektif Bahagian/Jabatan/Pejabat
2.       Carta Organisasi Bahagian/Jabatan/Pejabat
3.       Objektif Sektor/Unit
4.       Carta Organisasi Sektor/Unit (Kedudukan Pegawai)
5.       Senarai Tugas/Kuasa dan Hubungan Pegawai Dengan Pegawai-Pegawai Lain
6.       Peraturan-peraturan Pentadbiran
7.   Proses Kerja
8.   Carta Alir
9.        Senarai Semak / Checklist
10.    Senarai Borang Yang Berkaitan Dengan Tugas Pegawai
11.     Undang-Undang dan Peraturan (Pekeliling)
12.     Jawatankuasa Yang Dianggotai (Yang berkaitan dengan tugas sahaja)
13.     Norma Kerja (Boleh diukur-KPI/masa/peratus/bilangan)
14.  Format Senarai Tugas Harian 

 Format FM

Kepimpinan perubahan

Sebagai leader dalam organisasi, kita perlu menerajui kepimpinan,perlu menggerakkan seluruh keupayaan yang ada. Anda beruntung jika Senior...