Rabu, 26 September 2012

Etika Berpakaian Guru dan Pegawai




PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985 (PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM
PAKAIAN-PAKAIAN YANG DITETAPKAN PADA MASA BEKERJA)
Pakaian Lelaki
a)      Pegawai Kump. A dan B, "lounge suite" atau "bush-jacket" dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.
b)      Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D, seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.
c)      Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau, pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang; pakaian baju Melayu dengan kain sarong tidak dibenarkan.
d)      Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari, pegawai-pegawai awam yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai baju batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang dipakai Itu adalah buatan Malaysia.
e)      Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.
f)       Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

Pakaian Wanita
a)      Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja. "Jeans", "slacks", seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja.
b)      Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

Pengurusan Fail Dan Rekod

 
PENGURUSAN REKOD
- Satu bidang pengurusan yang bertanggungjawab bagi mengadakan kawalan secara efisien dan sistematik ke atas pewujudan, penyelenggaraan dan pelupusan rekod.
                                                                               Dokumen ISO : 15489-1:2001 (E)


KEPENTINGAN PENGURUSAN FAIL
- Surat dan dokumen yang diterima hendaklah dikandungkan dalam satu fail yang didaftarkan menggunakan kulit fail yang ditetapkan.

KATEGORI FAIL:
1. Fail Pengurusan
    - Hal-hal pentadbiran, bangunan dan harta, kelengkapan dan bekalan kewangan dan personel.

2. Fail Urusan Fungsian
    - Surat dan dokumen berkaitan fungsi dan aktiviti jabatan.

3. Fail terperingkat yang dikelaskan selaras dengan arahan keselamatan

WARNA KULIT FAIL TERPERINGKAT

1. RAHSIA BESAR  - warna kuning berpalang merah di luar, hadapan dan belakang.
2. RAHSIA                - Warna merah jambu dengan berpalang merah di luar, hadapan dan belakang.
3. SULIT                    - Warna Hijau
4. TERHAD               - Warna Putih

Kumpulan Utama Rekod Awam

1. REKOD AM
    - Rekod berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pentadbiran dan sokongan jabatan. Contoh: Rekod-rekod pentadbiran, aset, bekalan dan kelengkapan,  dan sumber manusia.

2. REKOD FUNGSIAN 
    - Berkaitan dengan fungsi dan aktiviti teraks.

3. KUMPULAN DOKUMEN TERPERINGKAT
    - Rekod atau dokumen rasmi yang diberi peringkat keselamatan. Contohnya RAHSIA BESAR, RAHSIA, SULIT dan TERHAD.

Takrifan Maklumat, Dokumen, Rekod dan Rekod Awam

1. Maklumat ialah pengetahuan yang ditangkap melalui pancaindera.
2. Dokumen ialah satu unit maklumat yang dicatatkan/direkodkan.
3. Rekod ialah Maklumat yang diwujudkan, diterima dan diselenggara sebagai bukti dan maklumat oleh organisasi atau orang perseorangan semasa menjalankan transaksi rasmi.
4. Rekod Awam ialah rekod yang diterima secara rasmi atau yang dikeluarkan oleh mana-mana pejabat awam bagi perjalanan hal ehwalnya atau oleh mana-mana perkhidmatan awam atau pekerja pejabat  dalam perjalanan tugas rasminya dan termasuk rekod mana-mana perusahaan ke
rajaan...
                                                                                    Seksyen 2, Akta Arkib 2003

Ahad, 23 September 2012

Pendekatan Perlaksanaan 5S


Langkah
  Aktiviti
PLAN
Persediaan
§Wujudkan AJK Pelaksanan /JK Kerja 5S.
§Pilih Pemudahcara 5S sebagai “catalyst”.
§Tentukan Polisi & Matlamat 5S.
§Wujudkan Zon / Kawasan 5S seluruh organisasi.
§Sediakan Pelan Induk Pelaksanaan Program 5S.
§Laksana Promosi berkaitan 5S “company-wide”.
§Beri latihan 5S kepada pemudahcara & pekerja.
DO
Laksana
Praktikal 5S disemua zon / kawasan
§Praktikal Sisih
§Praktikal Susun
§Praktikal Sapu
§Praktikal Seragam
§Praktikal Sentiasa Amal
CHECK
Periksa
Pastikan keberkesanan dicapai seperti Polisi dan
matlamat yang ditentukan.
§Menjalankan Audit Dalaman 5S.
§Benchmark “ best practices” antara zon-zon.
§SOP/WI/Standard yang dibangunkan berkesan.
ACTION
Tindakan
Penambahbaikan berterusan menjadi Budaya Kerja
§Menjadi “habit” dan disiplin.
§Mengukur kesan dengan berpandukan KPI.
§Banding pencapaiandirancang / sebenar.
§Berusaha mendapat Sijil 5S.
§Menyertai Pertandingan 5S antara organisasi.
§Penghargaan dan Galakan.
§Kajian semula – “PDCA Cycle”.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Dapatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di box.com atau dapatkan di halaman Muat Turun (PPD Maran - bahan)

Kepimpinan perubahan

Sebagai leader dalam organisasi, kita perlu menerajui kepimpinan,perlu menggerakkan seluruh keupayaan yang ada. Anda beruntung jika Senior...