Khamis, 13 September 2012

Perancangan Strategik Pengurusan Sekolah

Bryson dan Alton (1996) telah mendefinisikan perancangan strategik sebagai satu usaha yang teratur untuk menghasilkan keputusan-keputusan yang “fundamental” dan tindakan-tindakan yang boleh membentuk serta mengemudi sesebuah organisasi untuk kecemerlangan.
                 Ianya merupakan suatu kerangka kerja (framework) untuk meleksanakan mandat kerajaan melalui penjelasan misi dan visi, menganalisa persekitaran, pemilihan fokus keutamaan, matlamat, petunjuk prestasi utama (KPI), penetapan sasaran, objektif, menjana strategi-strategi dan pelan perlaksanaan strategi. Bagi sekolah-sekolah yang menggunakan pengurusan berasaskan sekolah (School-based management) atau “self-managing schools”, pendekatan pelan strategik pembangunan sekolah sangatlah memberi manfaat kerana ia membantu dalam:

· Pendefininasian hala tuju (penetapan misi dan visi)

· Menjelaskan matlamat, objektif dan akaunbiliti melalui penentuan petunjuk prestasi utama (key performance indicators-KPI) dan sasaran prestasi.

· Menjelaskan strategi dan tindakan (action) untuk melonjakan kecemerlangan

· Kebolehan belanjawan (budgettability)

· Mengenalpasti peluang untuk melonjak kecemerlangan di samping pengekalan di puncak kecemerlangan (peak performance sustaining).

Terdapat 7 Fasa dalam Menentukan Pengurusan Strategik dan Memperkasakan Sekolah, iaitu;

1. Fasa 1 : Pra-Perancangan (Pembentukan J/kuasa dan pengumpulan maklumat)

2. Fasa 2 : Hala tuju Organisasi (Mandat, Misi, Visi, Misi dan Visi secara implisit)

3. Fasa 3 : Analisis Persekitaran (SWOT) : Maklumat Dalaman & Luaran)

4. Fasa 4 : Isu Strategik, Matlamat, Objektif, KPI dan Sasaran.

5. Fasa 5 : Penjanaan Strategi, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi.

6. Fasa 6 : Perlaksanaan Strategi (Implimentasi)

7. Fasa 7 : Penilaian Prestasi & Penambahbaikan berterusan.

Pihak Pengurusan PPDM mengharapkan semua sekolah menggunakan pendekatan  Pengurusan Strategik ini dalam memperkasakan sekolah masing-masing.  Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan Buku Perancangan Strategik Pembangunan Sekolah : Memperkasa dan Melonjak Kecemerlangan Pendidikan oleh Hairuddin bin Hj Mohd Ali & Muhammad Bustaman bin Haji Abd. Manaf keluaran Institut Aminuddin Baki (IAB).

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.