Selasa, 17 Mei 2016

Piagam Pelanggan PPD Maran

Piagam Pelanggan PPD Maran
Pejabat Pendidikan Daerah Maran dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:


  1. Keputusan permohonan pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
  2. Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
  3. Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
  4. Maklumbalas pelanggan dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
  5. Melaksanakan pemantauan sekurang-kurangnya 1 kali sekali setahun bagi lokasi yang telah ditetapkan.
  6. Pengurusan aduan awam dilaksanakan dengan cekap dan teratur dalam tempoh 15 hari bekerja.
  7. Latihan kepada personel dilaksanakan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

Tarikh kemaskini :1 September 2015

Calon Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Daerah Maran 2015

Syukur kerana enam buah sekolah daerah Maran terlibat dalam pencalonan SKK.
Sekolah yang terlibat ialah :

  1. SK LKTP Jengka 9
  2. SK LKTP Bukit Tajau
  3. SK Desa Jaya
  4. SK Bukit Segumpal
  5. SK Bukit Lada
Anugerah SKK Fasa 9  
Pencalonan ini bagi Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 10. Semoga sekolah-sekolah ini berjaya menjadi sebahagian daripada SKK.

Selamat Hari Guru 2016





Kepimpinan perubahan

Sebagai leader dalam organisasi, kita perlu menerajui kepimpinan,perlu menggerakkan seluruh keupayaan yang ada. Anda beruntung jika Senior...