Piagam
Pelanggan PPD Maran
Pejabat
Pendidikan Daerah Maran dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan
memastikan:
- Keputusan permohonan pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
- Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
- Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.
- Maklumbalas pelanggan dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
- Melaksanakan pemantauan sekurang-kurangnya 1 kali sekali setahun bagi lokasi yang telah ditetapkan.
- Pengurusan aduan awam dilaksanakan dengan cekap dan teratur dalam tempoh 15 hari bekerja.
- Latihan kepada personel dilaksanakan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan anda.