Isnin, 31 Disember 2012
Selamat Tahun Baru 2013
Pejabat Pelajaran Daerah Maran mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua warga pendidikan, pelajar dan pelanggan. Semoga Tahun baru ini lebih cemerlang , gemilang dan terbaik.
UPQ, PPD Maran
UPQ, PPD Maran
Jumaat, 28 Disember 2012
Urusan Pertukaran Pelajar
Proses pertukaran pelajar antara urusan yang penting dan paling banyak diuruskan oleh Unit Pengurusan Sekolah pada akhir tahun ini. Antara proses pertukaran ini melibatkan;
Kaunter PPD terus sibuk melayan kehendak pelanggan yang hadir. Tahniah kepada staf yang dapat melaksanakan tugas dan menyelesaikan permasalahan pelanggan. Terima kasih kepada semua termasuk pelanggan PPD yang terdiri dareipada ibu bapa dan penjaga pelajar yang sabar menunggu proses pertukaran dapat diselesaikan.
UPQ, PPD Maran
- pertukaran antara sekolah,
- rayuan pertukaran ke sekolah kawalan Jabatan atau khas,
- pendaftaran lewat,
- dan sebagainya.
Kaunter PPD terus sibuk melayan kehendak pelanggan yang hadir. Tahniah kepada staf yang dapat melaksanakan tugas dan menyelesaikan permasalahan pelanggan. Terima kasih kepada semua termasuk pelanggan PPD yang terdiri dareipada ibu bapa dan penjaga pelajar yang sabar menunggu proses pertukaran dapat diselesaikan.
UPQ, PPD Maran
Khamis, 27 Disember 2012
Bidang Tugas UPQ
1. Membantu Pengurus Kualiti dalam menyelaras dan melaksanakan perkhidmatan pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah yang efisien, cekap dan berkualiti, mengikut garis panduan dan arahan perkhidmatan.
UPQ, PPD Maran
2. Membuat Kajian keperluan perkhidmatan iaitu merancang, menyelaras dan memberi perkhidmatan yang merangkumi beberapa aspek iaitu:
· Perkhidmatan pengurusan pejabat
· Standard Kualiti ISO
· Star Ranting
· Inovasi dan Kumpulan Inovatif Kreatif
· Program-program NKRA seperti New Deals, SKPM, SBT dan sebagainya.
· Program Peningkatan Pengurusan Organisasi seperti PrOD bersama IAB
· Anugerah-anugerah Kualiti di peringkat PPD.
3. Melaksanakan Audit Dalam kepada semua elemen Prosedur Kualiti dan pematuhan Standard Piawaian ISO 9001:2008.
4. Menyelaras penilaian yang berkesan terhadap Program Star Rating Pejabat Pelajaran Daerah Maran.
5. Menyelaras dan mengerakkan Kempen Pengurusan Kualiti dengan perlaksanaan
Sistem 5S di Pejabat Pelajaran Daerah Maran.
6 Membantu Pengurusan PPD dan sekolah dalam memantapkan pengurusan, meningkatkan kecekapan dan kualiti pegawai, staf dan sekolah ke arah pengurusan yang cemerlang.
7. Membantu Pengurusan PPD dalam menilai, merekod dan pendokumentasian program-program, data dan maklumat demi kecemerlangan pengurusan.
8. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Tuan Pegawai PPD, Timbalan PPD, Pengarah Pelajaran Negeri, Sektor Jaminan Kualiti (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia
Objektif UPQ
1. Memberi bimbingan secara berterusan untuk membentuk sistem pengurusan PPD dan sekolah secara profesional
2. Melaksana peningkatan kualiti dan keutuhan NKRA seperti SKPM, New Deals dan SBT.
3. Mengekal dan meningkatkan lagi mutu kepimpinan instruksional dan berkualiti
4. Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan sekolah
5. Menyelaras pelaksanaan sistem pengurusan yang ditetapkan oleh kementerian dan lain-lain pekeliling yang berkaitan
6. Merancang, menyelaras dan membina sistem piawaian pengurusan kualiti yang seragam dan bertaraf dunia
7. Menyelaras pengumpulan , penyelenggaraan , penerbitan , penyimpanan dan penyelarasan laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi
8. Merancang , meyelaras dan melaksana Audit Dalam bagi seluruh Proses Kerja dalam organisasi
9. Menyelaras semua Anugerah Kualiti dan Inovasi di peringkat organisasi
Selasa, 18 Disember 2012
Tahukah Anda? Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar kita.
Maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan PROGRAM
PROFESSIONAL UP-SKILLING OF ENGLISH LANGUAGE TEACHERS.
Untuk maklumat lanjut sila KLIK
UPQ, PPD Maran
PROFESSIONAL UP-SKILLING OF ENGLISH LANGUAGE TEACHERS.
Untuk maklumat lanjut sila KLIK
UPQ, PPD Maran
Isnin, 17 Disember 2012
Tahniah, Tempat ke 3 Penilaian 5S Antara PPD Pahang.
UPQ, PPD Maran mengucapkan tahniah kepada warga PPD Maran yang telah berjaya mendapat tempat ke 3 Pertandingan Kualiti Persekitaran 5S PPD, Peringkat Negeri Pahang 2012 baru-baru ini. Walaupun tidak berjaya menjuarai, namun komitmen semua warga PPD Maran dalam menjayakan 5S amat dihargai dan berada ditahap yang tinggi.
Usaha memantapkan kualiti pengurusan dan persekitaran organisasi akan berterusan dan komitmen ini akan diteruskan pada tahun seterusnya. Tahniah atas usaha yang telah diberi dan pengorbanan masa, tenaga dan kewangan. 5S kini sudah mula diterap dan difahami kehendaknya oleh warga PPD Maran.
Usaha memantapkan kualiti pengurusan dan persekitaran organisasi akan berterusan dan komitmen ini akan diteruskan pada tahun seterusnya. Tahniah atas usaha yang telah diberi dan pengorbanan masa, tenaga dan kewangan. 5S kini sudah mula diterap dan difahami kehendaknya oleh warga PPD Maran.
Selasa, 11 Disember 2012
Kursus Asas Marshall dan Pengendalian Paint Ball, anjuran JPN Pahang
Satu kursus berkaitan pengadilan dan pengendalian Paint Ball telah diadakan di Pusat Kokurikulum Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang pada 11 hingga 12 Disember 2012. Kursus ini dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Kemanusiaan, JPN Pahang disertai oleh pegawai dan penyelia Pejabat Pelajaran Daerah seluruh Pahang.
![]() |
Bergambar sebelum berperang. |
![]() |
Taklimat berkaitan Paint Ball kepada semua peserta. |
Kursus ini memberi pendedahan kepada para pegawai bagi persediaan penganjuran Paint Ball Kebangsaan oleh negeri Pahang pada tahun 2014 nanti. Fokus kepada pelajar akan diberikan kepada asrama seluruh Pahang dan latihan serta pertandingan antara sekolah berasrama akan dimulakan pada tahun hadapan (2013) nanti.
Turut sama dalam latihan selama 2 hari ini ialah Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan (SPK), JPN Pahang iaitu Tuan Haji Mohd Rauf. Semua peserta berpeluang menjadi marshall dan pemain. Permainan Paint Ball ini memang seronok dan menguja para peserta walaupun agak lasak. Walaupun rata-rata pegawai telah berumur, namun sikap pejuang dan seolah perajurit di medan tempur. PPD Maran juga telah menghantar para pegawainya dan semuanya bersemangat melakukan aktiviti. Tahniah kepada para peserta.
UPQ, PPD Maran
Ahad, 9 Disember 2012
Buku Yang Patut Dibaca : Perancangan Strategik Pembangunan Sekolah
Buku ini telah dihasilkan oleh Institut Aminuddin Baki dalam membantu sekolah dalam pembangunan pengurusan yang mantap. Perancangan Strategik ini amat baik untuk membantu pihak pengurusan sekolah dalam merangka pelan dan perancangan terbaik buat sekolah.
Antara kandungannya ialah Perancangan Strategik, Perancangan Operasi, Perancangan Taktikal dan hala tuju sekolah.Ianya membantu pentadbir sekolah dalam memantap dan melonjakkan kecemerlangan sekolah. Buku ini boleh di dapati di kaunter buku IAB.
Hari Keluarga PPD Maran 2012
Bersarapan dan aktiviti sukan di Pantai Palok |
Aktiviti Pertandingan Bowling antara pegawai dan Staf |
Jumaat, 7 Disember 2012
Amalan 5S menjadi budaya warga PPD Maran
Pn Aini sentiasa menitik beratkan kepuasan dan kekemasan |
Encik Saiful sentiasa bekerja keras dan banyak membantu menjayakan 5S |
Puan Nik Fatimah sentiasa memastikan 5S menjadi amalan dalam kerja seharian |
Tugas, amanah dan tanggungjawab yang diberi dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Selain itu 5S juga dapat memantapkan perlaksanaan MS ISO di organisasi. Prosedur dan garis panduan menjadi rujukan kepada semua staf dan pegawai. Walaupun terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri, namun mereka sentiasa bersemangat untuk memastikan PPD Maran berada dalam keadaan yang terbaik.
UPQ, PPD Maran
Khamis, 6 Disember 2012
Lawatan Audit dan Penilaian 5S oleh JPN Pahang ke PPD Maran
Encik Ramlan sempat melawat Bilik Fail PPD Maran. |
Pada Khamis 6 Disember 2012, satu pasukan Audit dari JPN Pahang telah hadir ke PPD Maran untuk membuat audit dan penilaian bagi Kategori Persekitaran Kualiti 5S. Secara keseluruhannya pasukan audit ini berpuas hati dan teruja melihat proses dan perlaksanaan 5S di PPD Maran. Sememangnya kita bersedia untuk penilaian audit 5S kerana telah melaksanakannya sejak awal tahun lagi iaitu sejak menduduki bangunan baru PPD Maran. Kekuatan PPD Maran sendiri ialah semua unit/zon bekerjasama menjayakan amalan 5S. Malah PPD Maran sendiri telah melaksanakan audit dalaman 5S sendiri sebanyak 2 kali.
Walaupun tiada peruntukan untuk 5S, namun para pegawai dan staf sokongan bekerjasama menghias bilik dan zon masing-masing dengan kewangan yang dikumpul secara bersama. Pengorbanan wang ringgit, masa dan keringat berbaloi apabila zon masing-masing ceria dan menarik. Bukan kemenangan yang menjadi keutamaan tetapi rasa saling berkongsi idea dan usaha untuk memantapkan mutu dan kualiti persekitaran PPD.
3 orang Auditor yang membuat penilaian di PPD Maran.
|
Langgan:
Catatan (Atom)
-
1. Merekod surat masuk dan surat keluar: Kandungan di dalam fail hendaklah didaftarkan ke dalam kertas minit bagi tujuan kawalan pada perin...
-
Contoh Cap Kertas Minit yang boleh digunakan untuk pengurusan fail pejabat. Contoh menulis pada kertas minit. Merah untuk SURAT...
-
PENGURUSAN DOKUMEN 1. Fail-fail aktif/diari/ organizer disusun dengan kemas dan teratur pada setiap masa. 2. Fail disusun mengikut...