Ahad, 2 Disember 2012

Amalan 5S di PPD Maran


SLOGAN 5S
ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI

MOTTO 5S
BEKERJA SEPASUKAN

POLISI AMALAN 5S
Ke arah kecemerlangan kerja yang cekap dan telus demi kepuasan pelanggan dalam persekitaran yang selesa dan cantik.

Matlamat ini pasti tercapai dengan;

1.       Mutu Perkhidmatan yang berkualiti secara berterusan

2.       Kepuasan Pelanggan adalah diutamakan

3.       Kakitangan mempunyai pengetahuan yang tinggi

4.       Persekitaran yang selesa, cantik dan selamat

5.       Memenuhi kehendak ‘Stake Holder’

 KONSEP PERLAKSANAAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

DEFINISI SEIRI – SISIH

·         Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

·         Cara amalan SISIH:

o   Item tiada nilai & senang di buang                             Buang dengan segera.

o   Item ada nilai & boleh dijual                                   Cari pembeli dengan harga yang tinggi

o   Item tiada nilai tapi kos pelupusan tinggi                      Lupus dengan kos rendah dan

selamat

 

DEFINISI SEITON – SUSUN

·         Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan

·         Cara amalan SUSUN:

o   Item selalu digunakan                                    Mesti diletakkan dekat dengan tempat

kerja.

o   Item jarang diguna                                             Diletakkan jauh dari tempat kerja

o   Item tak diguna tetapi perlu disimpan                           Mesti disimpan berasingan tapi  

                                                                                                                                mudah dicari

 

·         7 Prinsip SUSUN

o   Ikut kaedah ‘masuk dulu, keluar dulu’ (FIFO)untuk menyimpan sesuatu

o   Wujudkan tempat khas untuk setiap barang supaya mudah letak semula

o   Semua item dan tempatnya mesti ditunjuk dengan lebal yang jelas

o   Barang/fail dikelaskan mengikut saiz/jenis

o   Mudah dilihat supaya mudah diambil

o   Masa pencarian fail/alatan dikurangkan.

 
DEFINISI SEISO – SAPU

·         Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di lantai, mesin dan peralatan

·         Cara amalan SAPU:

o   Amalkan SEISO, 5 – 10 minit setiap hari

o   Tugaskan penjaga setiap mesin

o   Perlu ada pemeriksaan

o   Tempat kerja bersih dan selesa

o   Meningkatkan imej organisasi

o   Anjurkan Gotong-royong Perdana

 
DEFINISI SEIKETSU – SERAGAM

·         Seragam atau memeilahara kebersihan dan meyusun sepanjang masa serta mudah mengamalkan SEIRI- SEITON – SEISO

·         Bagaimana?

o   Memerlukan panduan untuk dipatuhi oleh staf bagi menjamin kualiti dan standard yang telah ditentukan.

o   Contoh : Carta alir, ‘work instruction, standard operating procedure (SOP), prosess flow’, kawalan secara visual yang jelas dan terang, mewujudkan jadual kerja yang teratur dan sistematik.

o   Audit 5S, Pertandingan 5S antara zon

 
DEFINISI SHITSUKE – SENTIASA AMAL

·         Berdisiplin dam melatih pekerja mematuhi peraturan dan sikap baik di tempat kerja secara berterusan.

·         Bagaimana?

o   Senyum selalu

o   Galakkan amalan berterusan

o   Adakan kempen, pertandingan

o   Tepati waktu

o   Semangat kerja berpasukan

o   Patuh kepada peraturan

o   Merasa bangga dengan organisasi

o   Latihan berterusan

o   Tempat kerja sentiasa bersih dan kemas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.