Memaparkan catatan dengan label New Deals. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label New Deals. Papar semua catatan

Selasa, 14 April 2015

Tahniah, sekolah yang berjaya dalam New Deals 2014.

Pejabat Pendidikan Daerah Maran mengucapkan tahniah dan syabas kepada 3 buah sekolah daerah Maran yang berjaya mendapatkan anugerah New Deals bagi tahun 2014.
     Sekolah berkenaan ialah SK Sekara, SK Desa Jaya dan SK Bukit Lada.. Tahniah kepada kepimpinan guru besar sekolah berkenaan. SK Bukit Lada misalnya, merupakan julung kali mendapat anugerah ini setelah menunjukkan peningkatan prestasi dalam akademik.
     Semoga kejayaan ini terus meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dan menjadi cabaran kepada sekolah lain.
Senarai sekolah peroleh New Deals Pahang 2014

Lawatan khidmat bantu New Deals baru-baru ini.

Khamis, 3 April 2014

Tahniah 10 sekolah Daerah Maran mendapat New Deals 2013

PPD Maran mengucapkan tahniah dan syabas kepada 10 sekolah daerah Maran yang dicalonkan untuk New Deals bagi tahun 2013 Berjaya memperolehinya. Sekolah-sekolah tersebut ialah:

1. SK Bukit Tajau
2. SK Kuala Wau
3. SK Tanjong Perang
4. SK LKTP Jengka 15
5. SK LKTP Jengka 5
6. SK LKTP Jengka 9
7. SK Sentosa
8. SK Jengka Pusat 2
9. SK Chedong Jaya
10. SK Desa Jaya

SK Kuala Wau, SK Jengka Pusat 2, Sk Tanjung Perang, SK Sentosa dan SK Chedong Jaya merupakan sekolah-sekolah yang telah Berjaya mengekalkan New Deals bagi tahun ke-4 berturut-turut. Tahniah dan syabas. Semoga kejayaan ini terus memacu kecemerlangan dan menyunitk semangat warga pendidikan.

Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran

Rabu, 4 Disember 2013

Pengisian Skor SKPM bagi tahun 2013 : SKPM 2010 (enazir) dan SKPM 2003 (nkra) perlu diisi bersama.

MAKLUMAN TERKINI

1. Merujuk Surat Siaran Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) bertarikh 22 November 2013, semua sekolah diminta untuk mengisi skor PKS-SKPM 2003 di Portal NKRA (http://nkra.moe.gov.my) mulai 9 Disember 2013. Surat siaran boleh di muat turun dalam portal eNazir (www.moe.gov.my/enazir).
 2. Pengisian skor PKS-SKPM 2010 ke dalam portal adalah mengikut tarikh seperti berikut;

 SEKOLAH
TARIKH PENGISIAN 
 SEKOLAH RENDAH
 1 November 2013 - 27 Disember 2013
 SEKOLAH MENENGAH
1 Februari 2014 - 11 April 2014 

Pihak sekolah diminta membuat pengisian dengan lengkap dan menepati piawaian yang telah ditetapkan. Faktor kemenjadian murid (standard 5) menjadi penentu kepada prestasi dan peratus skor SKPM. Standard 1, Standard 2 dan Standar 3 adalah memperlihatkan kualiti pengurusan sekolah dan Standard 4 memperlihatkan kualiti guru dan PdP sekolah berkenaan.

Rabu, 16 Oktober 2013

Penarafan Kendiri sekolah menggunakan Instrumen Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

 
Sebagaimana yang telah diumumkan oleh YAB Menteri Pendidikan pada 27 Jun 2012, mulai tahun 2013 Penarafan Kendiri Sekolah (PKS-SKPM) akan menggunakan instrument Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010 sahaja. Sehubungan dengan itu, semua sekolah hendaklah melaksanakan proses pengisian skor melalui portal e-nazir (www.moe.gov.my/e-nazir).
     Perhatian perlu diberi kepada beberapa perubahan dalam deskripsi skor instrument SKPM 2010 pada tahun ini iaitu:
  1. Sisipan elemen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam aspek 3.1.5; 3.2.1 - 3.2.6 dan 4.3, 4.4, 4.8, 4.9
  2. Contoh Justifikasi skor 6
  3. Keselarasan dalam deskripsi skor 3 dan 5.
     Instrumen yang mengandungi perubahan ini boleh dimuat turun daripada Portal SKPM 2010 mulai 15 Oktober 2013. Sila rujuk Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran untuk maklumat lanjut.

 UPQ, PPD Maran

Isnin, 24 Jun 2013

Sesi Debriefing Intervensi UPSR 2013 Daerah Maran

Sesi dibriefing sekolah-sekolah rendah daerah Maran telah diadakan di Bilik Gerakan PPD Maran pad 24 JUN 2013. Ia melibatkan sekolah-sekolah terbaik yang mempunyai GPS terbaik daerah Maran. Sebanyak 20 buah sekolah terlibat.
     Fokus strategi pembentangan adalah melihat kepada pencapaian pelajar UPSR semasa dengan penekanan kepada program intervensi. Guru Besar-Guru Besar diperingatkan bahawa program intervensi berfokus terutama kepada kelompok dan individu murid cemerlang iaitu memberi keutamaan dalam peningkatan 5A yang akan memberi impak kepada GPS dan SKPM sekolah.
     Sekolah-sekolah perlu menyelesaikan masalah dalam subjek-subjek tertentu yang belum mencapai A atau 100%. Apakah usaha-usaha guru yang telah dibuat bagi memastikan setiap pelajar yang telah ditarget A, telah atau belum mencapai sasaran tersebut? Usaha mantap dari pihak sekolah amat perlu bagi mengatasi masalah semasa dapat dilakukan.
     Pertemuan ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada sekolah untuk mencapai matlamat New Deals dan peningkatan skor komposit SKPM serta band. Harapannya agar usaha pertemuan ini memberi input kepada sekolah dalam menggerakkan program secara strategik.
     Sekolah-sekolah terlibat ialah;
  1. SK Sentosa
  2. SK Pesagi
  3. SK Bukit Tajau
  4. SK Jengka Pusat 2
  5. SK Jengka 15
  6. SK Jengka 5
  7. Sk Chedong Jaya
  8. SK Kuala Wau
  9. SK Desa Jaya
  10. SK Tanjung Perang
  11. SK Jengka Batu 13
  12. SK Serengkam
  13. SK Sekara
  14. SK Jengka 9
  15. SK Ulu Jempul
  16. SK Jengka 7
  17. SK Jengka 11
  18. SK Bukit Lada
  19. SK Jengka 4
  20. SK Jengka 14
     
UPQ, PPD Maran

Jumaat, 21 Jun 2013

Senarai 20 Sekolah Rendah Yang Mendapat GPS Terbaik Daerah Maran 2012

BIL   
KOD  SEKOLAH  
NAMA SEKOLAH                                       
              GPS             
1
CBA 9142
SK SENTOSA
1.40
2
CBA 9013
SK PESAGI
1.44
3
CBA 9004
SK (FELDA) BUKIT TAJAU
1.46
4
CBA 9150
SK JENGKA PUSAT 2
1.48
5
CBA 9043
SK (FELDA) JENGKA 15
1.52
6
CBA 9110
SK LKTP JENGKA 5
1.63
7
CBA 9152
SK CHEDONG JAYA
1.64
8
CBA 9010
SK KUALA WAU
1.67
9
CBA 9153
SK DESA JAYA
1.70
10
CBA 9042
SK TG PERANG
1.74
11
CBA 9145
SK JENGKA BATU 13
1.77
12
CBA 9011
SK SERENGKAM
1.84
13
CBA 9049
SK SEKARA
1.86
14
CBA 9118
SK (FELDA) JENGKA 9
1.88
15
CBA 9117
SK BANDAR PUSAT
1.89
16
CBA 9136
SK(FELDA) JENGKA 16
1.92
17
CBA 9005
SK LKTP ULU JEMPOL
1.93
18
CBA 9111
SK (FELDA) JENGKA 6
1.94
19
CBA 9119
SK (FELDA) JENGKA 10
1.96
20
CBA 9120
SK (FELDA) JENGKA 11
1.98
 
UPQ, PPD Maran

Jumaat, 14 Jun 2013

Tahniah, SMK Jengka 2 mendapat 'New Deals' 2012 bagi sekolah menengah daerah Maran

Syabas dan tahniah di atas kejayaan SMK Jengka 2 dalam penilaian 'New Deals' 2012. SMK Jengka 2 merupakan satu-satunya sekolah di daerah Maran yang diberi Bayaran Intensif Kepada Pengetua pada tahun ini. SMA Al Mahmudi (2010) dan SMK Jengka Pusat 2 (2011) adalah antara sekolah yang pernah memperolehinya sebelum ini.
     PPD Maran amat mengharapkan kejayaan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan juga dapat memberikan motivasi kepada semua warga pendidikan terutamanya di SMK Jengka 2. Kejayaan ini sepatutnya menjadi saingan dan motivasi kepada sekolah-sekolah lain. Daerah Maran sememangnya anatara daerah yang tidak pernah ketinggalan dalam kualiti pendidikan negara malah sebab itulah ianya layak menjadi antara PPD terbaik di Malaysia.

UPQ, PPD Maran

Rabu, 22 Mei 2013

Kedudukan Skor Komposit SKPM, Ranking dan Band Sekolah Menengah Daerah Maran bagi 2012

Berikut adalah keputusan SKPM yang dikeluarkan oleh NKRA, KPM dan Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti Malaysia bagi sekolah-sekolah menengah daerah Maran 2012.
 

UPQ, PPD Maran

Sekolah-sekolah New Deals Daerah Maran 2010-2012

Sekolah terbaik daerah Maran
 
UPQ, PPD Maran

Isnin, 25 Mac 2013

9 Sekolah New Deals Daerah Maran Terus Cemerlang

Pejabat Pelajaran Daerah Maran mengucapkan tahniah dan syabas kepada 9 buah sekolah rendah di daerah ini yang telah berjaya memperolehi New Deals 2012. Penganugerahan kepada pengurusan sekolah yang cemerlang dan dinamik, memberikan kesan yang besar kepada prestasi termasuk dari segi pengurusan sekolah, kepimpinan , akademik dan komuniti.
     Sekolah-sekolah yang berjaya ialah;
  1. SK Sentosa
  2. SK Sekara
  3. SK Tanjung Perang
  4. SK Pesagi
  5. SK LKTP Jengka 5
  6. SK Jengka Pusat 2
  7. SK Kuala Sentul
  8. SK Kuala Wau
  9. SK Chedong Jaya
Semoga kejayaan ini memberikan impak yang baik dan membantu kepada pencapaian yang cemerlang.

Selasa, 15 Januari 2013

Calon Tawaran Baru Guru Besar/New Deals 2012

Tahniah diucapkan kepada 12 sekolah rendah Daerah Maran yang telah dicalonkan untuk mendapatkan Tawaran Baru atau New Deals 2012.Maran masih lagi menjadi daerah teramai dicalonkan dan kita berharap semua sekolah ini berjaya memperolehi New Deals tersebut.
    Penilaian oleh pihak Nazir bermula pada 14 Januari 2012 hingga 14 Februari 2012. Pihak Jabatan dan PPD juga akan turut membantu sekolah-sekolah berkenaan. Sekolah-sekolah tersebut ialah;
  1. SK Sentosa
  2. SK LKTP Bukit Tajau
  3. SK Jengka Pusat 2
  4. SK Jengka 15
  5. SK Desa Jaya
  6. SK Sekara
  7. SK Kuala Sentul
  8. SK LKTP Jengka 5
  9. SK Chedong Jaya
  10. SK Pesagi
  11. SK Tanjung Perang
  12. SK Kuala Wau
Berikut ialah bilangan sekolah yang layak untuk diverifikasi di bawah TBKGB 2012;
  • Maran (12 sekolah)
  • Jerantut (10 sekolah)
  • Kuantan (10 sekolah)
  • Kuala Lipis (8 sekolah)
  • Raub (8 sekolah)
  • Cameron Highland (7 sekolah)
  • Temerloh (6 sekolah
  • Pekan (4 sekolah)
  • Bentong (4 sekolah)
  • Rompin (2 sekolah)
  • Bera (3 sekolah)