Rabu, 23 Jun 2021

Setahun sebagai Guru Besar SK Ulu luit


 Salam Sejahtera semua.

Setahun telah berlalu, Banyak ujian dan cabaran saya di SK Ulu Luit. Cabaran yang paling besar ialah pandemik Covid19 yang masih belum selesai sejak Mac 2020. Persekolahan terganggu dan banyak PDPR yang terpaksa dijalankan. Setahun juga tiada perhimpunan di sekolah. GB masih tidak kenal sepenuhnya anak murid. Rasa kecewa sangat.

Awal tahun 2021 pula, SK Ulu Luit menerima musibah banjir. Ianya adalah banjir paling teruk di Luit. Banyak alatan, kelas dan kemudahan rosak. Satu tamparan besar buat GB. Namun bersyukur di atas keprihatinan dan pertolongan daripada pelbagai pihak. Sehingga kini, tidak berhenti sumbangan disalurkan. sumbangan yang paling besar ialah kepada murid-murid yang ditimpa banjir. Kami juga berharap, banyak pihak lagi datang membantu. Ini adalah kerana Luit merupakan paling ramai golongan B40 dan asnaf.

Cabaran dalam kepimpinan juga hebat. Perlu ditangani dengan muafakat dan tolak ansur. Alhamdulillah, GB mempunyai barisan GPK serta guru-guru yang cakna dan komitmen tinggi. Kesatuan dan kerjasama sepasukan amat diharapkan. Banyak kemajuan dan perubahan yang berlaku membuktikan kerjasama dan kesepaduan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.