Isnin, 24 Jun 2013

Sesi Debriefing Intervensi UPSR 2013 Daerah Maran

Sesi dibriefing sekolah-sekolah rendah daerah Maran telah diadakan di Bilik Gerakan PPD Maran pad 24 JUN 2013. Ia melibatkan sekolah-sekolah terbaik yang mempunyai GPS terbaik daerah Maran. Sebanyak 20 buah sekolah terlibat.
     Fokus strategi pembentangan adalah melihat kepada pencapaian pelajar UPSR semasa dengan penekanan kepada program intervensi. Guru Besar-Guru Besar diperingatkan bahawa program intervensi berfokus terutama kepada kelompok dan individu murid cemerlang iaitu memberi keutamaan dalam peningkatan 5A yang akan memberi impak kepada GPS dan SKPM sekolah.
     Sekolah-sekolah perlu menyelesaikan masalah dalam subjek-subjek tertentu yang belum mencapai A atau 100%. Apakah usaha-usaha guru yang telah dibuat bagi memastikan setiap pelajar yang telah ditarget A, telah atau belum mencapai sasaran tersebut? Usaha mantap dari pihak sekolah amat perlu bagi mengatasi masalah semasa dapat dilakukan.
     Pertemuan ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan kepada sekolah untuk mencapai matlamat New Deals dan peningkatan skor komposit SKPM serta band. Harapannya agar usaha pertemuan ini memberi input kepada sekolah dalam menggerakkan program secara strategik.
     Sekolah-sekolah terlibat ialah;
  1. SK Sentosa
  2. SK Pesagi
  3. SK Bukit Tajau
  4. SK Jengka Pusat 2
  5. SK Jengka 15
  6. SK Jengka 5
  7. Sk Chedong Jaya
  8. SK Kuala Wau
  9. SK Desa Jaya
  10. SK Tanjung Perang
  11. SK Jengka Batu 13
  12. SK Serengkam
  13. SK Sekara
  14. SK Jengka 9
  15. SK Ulu Jempul
  16. SK Jengka 7
  17. SK Jengka 11
  18. SK Bukit Lada
  19. SK Jengka 4
  20. SK Jengka 14
     
UPQ, PPD Maran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.