Selasa, 11 Jun 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Maran 2013

 
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Maran akan diadakan pada Hari Sabtu, 15 Jun 2013 di Dewan SMK Seri Jengka. Majlis yang dijangka dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Ismail bin Hj Mutalib, yang juga Yang Berhormat Ahli Parlimen Maran.
     Sambutan tersebut dijangka disambut oleh warga pendidikan dengan penuh ceria dan bermakna. Pejabat Pelajaran Daerah Maran bersama urusetia yang diwakili oleh MPSM dan MGB, mengharapkan kehadiran penuh warga pendidik ke majlis berkenaan.
    Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Maran ini juga, pelbagai acara telah dirangka dan akan dilaksanakan bagi memeriahkan majlis. Antaranya ialah;
  1. Program Derma Darah oleh warga pendidikan di PPD Maran (Selasa 11 Jun 2013)
  2. Solat Dhuha, Doa Selamat dan Tazkirah di Masjid FELDA Kg Awah (Rabu 12 Jun 2013 jam 8.30 - 10.30 pagi)
  3. Lawatan Ziarah ke Wad Kanak-kanak Hospital Jengka dan ke rumah guru-guru yang sakit (Khamis, 13 Jun 2013)
  4. Makan Malam bersama Warga Pendidikan di SMK Desa Jaya (Jumaat, 14 Jun 2013, jam 8.00 malam)
  5. Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Maran, 2013 di SMK Seri Jengka (15 Jun 2013, jam 9.00 pagi)
     Diharapkan warga pendidikan dapat bersama memeriahkan acara. Selain acara-acara tersebut, Bacaan Khutbah Sempena Hari Guru telah dijalankan di masjid-masjid terpilih.

 UPQ, PPD Maran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.