Guru-guru yang layak untuk menjawat jawatan SISC+ dan SIPartner+ akan dipanggil untuk ditemuduga bagi mengisi kekosongan berkenaan selaras dengan pemantapan PPD kepada kecemerlangan sekolah. Tawaran bagi negeri Pahang amnya dan Maran khasnya, telahpun dibuka. Guru-guru yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut, dengan mengisi borang yang akan diedarkan.
Maklumat lanjut sila datang terus ke Pejabat Pelajaran Daerah yang berhampiran. Promosi bagi perjawatan ini sedang giat diaturkan. Buat masa ini, jawatan tersebut telah dipenuhkan di 2 buah negeri rintis iaitu di Kedah dan Sabah. Harap maklum.
UPQ, PPD Maran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan anda.