Jumaat, 7 Jun 2013

Pelawaan Menyertai Anugerah Inovasi Negara 2013

Sukacitanya dimaklumkan bahawa semua rakyat Malaysia khususnya pihak sekolah adalah dijemput menyertai Anugerah Inovasi Negara (AIN) bagi tahun 2013. AIN yang bermula sejak 2006 bertujuan untuk mengiktiraf hasil inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi serta menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.
     Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Urus Setia AIN 2013 di talian 03-89112000. Iklan dan borang permohonan boleh diperolehi di laman web MOSTI www.mosti.gov.my
    
 
KATEGORI DAN HADIAH ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013

Anugerah Inovasi Negara 2013 terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan terdapat 4 kategori dengan nilai hadiah mengikut kategori seperti berikut:
KATEGORI HADIAH
PRODUK RM50,000, piala dan sijil
PERKHIDMATAN RM50,000, piala dan sijil
AKAR UMBI RM20,000, piala dan sijil
SEKOLAH RM10,000, piala dan sijil

*Saguhati wang tunai RM1,000 diberikan kepada 40 finalis AIN 2013 (10 finalis bagi setiap kategori).

TARIKH NATIONAL INNOVATION CONFERENCE AND EXHIBITION (NICE) 2013

12 - 14 November 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre

TARIKH PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013


13 November 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre
kepada sekolah-sekolah daerah Maran, digalakkan sertai. Sila maklumkan penyertaan anda kepada Unit Pengurusan Kualiti PPD Maran.
UPQ, PPD Maran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.