Peserta rombongan JPN Pahang bergambar kenangan. |
Lawatan Penanda Aras telah dilaksanakan di SMK Air Hangat, Langkawi dan SK Haji Ismail, Alor Setar, Kedah pada 19 dan 20 Mac 2013 yang lalu. Lawatan yang dianjurkan oleh Unit PPDa, JPN Pahang telah diikuti oleh semua Pegawai PPDa daerah, dan juga Ketua Unit SPK, PPD seluruh Pahang. Tujuan lawatan adalah melihat pengurusan PPDa yang dilaksanakan di sekolah tersebut yang menjadi finalis Pertandingan Bilik Sumber PPDa Kebangsaan 2012. Ia juga mewujudkan hubungan baik dan perkongsian antara 2 negeri (Pahang & Kedah).
Lawatan ini turut disertai oleh En Mohd Jasmi Jaafar, Pegawai Kualiti, PPD Maran selaku Mantan Pegawai PPDa PPD Maran dan juga guru-guru PPDa sekolah terbaik PPDa Pahang. Rombongan 40 perserta ini mendapat sambutan meriah dan penuh kemesraan. Mereka saling berkongsi idea dan pendapat dalam menguruskan bilik sumber atau lorong sumber PPDa. Pengalaman ini boleh dikongsi dan dipraktik di derah dan sekolah masing-masing. Maran juga bertuah apabila 2 orang guru PPDa dari SMK Seri Jengka dan SMK Maran, turut serta dalam lawatan tersebut. SMK seri Jengka sendiri telah menjadi Johan Bilik Sumber PPDa (Menengah) Negeri Pahang dan dicalonkan ke peringkat kebangsaan pada tahun ini. SMK Maran pula telah dinobatkan Naib Johan Lorong Sumber PPDa negeri Pahang. Semoga lawatan ini menyemarakkan pengurusan PPDa.
UPQ, PPD Maran
UPQ, PPD Maran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan anda.