Memaparkan catatan dengan label PrOD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PrOD. Papar semua catatan

Selasa, 9 Oktober 2012

Kursus PrOD Fasa 3, JPN Pahang

Gambar 1 : Peserta Kursus PrOD Fasa 3, bergambar kenang-kenangan bersama En Rusdi bin Ismail, Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang.



Selasa, 2 Oktober 2012

Pemantauan PrOD ke SK LKTP Sungai NereK, Maran

Gambar 1 : Bergambar bersama kepimpinan sekolah
 
Gambar 2 : Perubahan kepada hala tuju kepimpinan.
 
 

Lawatan Pemantauan ini telah diadakan pada 30 Ogos 2012 bagi tujuan bimbingan perlaksanaan PrOD di sekolah berkenaan. Timbalan PPD Maran, Tuan Haji Mohd Rodzik bin Abd Razak bersama En Mohd Jasmi bin Jaafar, Unit Kualiti PPD Maran, telah bersama melawat sekolah ini.
     Guru Besar SK LKTP Sg. Nerek, Pn Zaiton bt. Sidin memberi kerjasama sepenuhnya kepada bimbingan tersebut. Kepimpinan dan pengurusan sekolah menjadi agenda utama perbincangan. Pn Zaiton banyak menggerakkan pengurusan sekolah dengan membentuk pasukan yang mampu merubah budaya kerja dan kepimpinan sekolah. Jika pada awal dulu, warga sekolah masih keliru dengan visi dan misi, kini ianya telah berubah malah mempunyai hala tuju yang mantap dan mampu dicapai. Visi dan misi sekolah, Piagam Pelanggan dan Halatuju sekolah dipaparkan dan diketahui oleh warga sekolah.
Gambar 3 : Papan Visi yang dipamerkan di bangunan sekolah.

     Lanskap kepimpinan sekolah nampak mengalami perubahan. Guru-guru, staf dan para pelajar mula menilai dan memahami kehendak perubahan yang diasaskan oleh kepimpinan sekolah. Ianya seharusnya dapat dikongsi dan digerakkan bersama. Kita mengharapkan momentum budaya kepimpinan yang cemerlang akan terus digerakkan di sekolah ini. Beberapa penambahbaikan juga perlu dilaksanakan dalam memastikan kepimpinan yang ada sentiasa dinilai dan dimantapkan. Komitmen semua pihak termasuk peranan PIBG juga perlu dipertingkatkan. Tahniah kepada semua guru yang banyak memberi pengorbanan dan sokongan.

Program Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pembangunan Organisasi (PrOD)

Dalam situasi serba mencabar ini, institusi pendidikan diamanahkan dengan gagasan besar transformasi negara dal pelbagai perubahan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Masyarakat pula mengangap isnstitusi pendidikan sebagai agen perubahan yang penting, maka setiap organisasi dalam sistem pendidikan kebangsaan memerlukan pemimpin yang bukan sahaja memiliki impian dan bijak mengungkapnya, tetapi pemimpin yang mampu menyuntik inspirasi ke dalam jiwa pengikutnya ke arah pencapaian dan penyempurnaan matlamat organisasinya.
     Justeru itu, sekolah hari ini memerlukan kehadiran pemimpin yang mata akal dan mata hatinya bukan sahaja melihat ke ufuk matlamat yang lebih jauh dan lebih besar. Trend kepimpinan perlu berubah supaya matlamat organisasinya mengikut keperluan dasar dan kehendak pemegang amanah. Sesebuah organisasi yang ingin terus berjaya perlu memikirkan cara untuk melestarikan kecemerlangan serta membina modal insan yang mampu berkhidmat dengan cemerlang menerusi prinsip kerja X-PLUS, (X) Cemerlang, (P) Pengetahuan, (L) Latihan, (U) Usaha dan (S) Semangat sepasukan. (ABD. Ghafar bin Mahmud, 2011)
Proses bimbingan PrOD membantu pembangunan organisasi sekolah dari aspek kepimpinan, pengurusan dan P&P.