Isnin, 25 Februari 2013

Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 di PPD Maran 2013

Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 adalah  berdasarkan arahan kerajaan:
  1. PKPA Bil1/92 : Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) bagi Perkhidmatan Awam.
  2. PKPA Bil.2/96 : Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam.
  3. PKPA Bil.1/2002 : Garis Panduan Semakan Semula Prosedur dan Proses Kerja Di Agensi Kerajaan.
Pejabat Pelajaran Daerah Maran telahpun melaksanakan Prosedur Kualiti berteraskan MS ISO. Bagi tahun 2013 ini, Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2008 diguna pakai selaras dengan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebanyak 16 Prosedur Kualiti (PK) dilaksanakan pada tahun ini iaitu:
  1. PK01: Pengurusan Penempatan Guru
  2. PK02: Pengurusan Petukaran Guru
  3. PK03: Pengurusan Pemantauan
  4. PK04: Pengurusan Aduan
  5. PK05: Pengurusan Maklum Balas Pelanggan
  6. PK06: Pengurusan Latihan Personel
  7. PK07: Pengurusan Perolehan
  8. PK08: Pengurusan Penyelenggaraan
  9. PK09: Pengurusan Audit Dalam
  10. PK10: Kawalan Dokumen
  11. PK11: Tindakan Pembetulan dan Pencegahan
  12. PK12: Kawalan Perkhidmatan Tidak Akur
  13. PK13: Pengurusan Rekod Kualiti
  14. PK14: Pengurusan Aset Alih Kerajaan
  15. PK15: Pengurusan Mesyuarat
  16. PK16: Pengurusan Data.
Dokumen ini perlu menepati keperluan Standard (8 Seksyen) Manual Kualiti melalui pembinaan Prosedur dan Proses Kerja. PK16 iaitu Pengurusan Data adalah PK terbaru yang perlu dilaksanakan di BPSH, JPN dan PPD.
 
Manual Prosedur Kualiti (MPK) ini dikuatkuasa mulai 1 FEBRUARI 2013 . PPD Maran telah menggerakan usaha dalam penambahbaikan perlaksanaan PK-PK tersebut. Setelah menerima Dokumen MPK pada 19 Februari 2013, satu taklimat khusus diberikan kepada semua pelaksana PK di PPD Maran pada 20 Februari 2013. Sesi perbengkelan akan dilaksanakan setiap hari Isnin kepada semua pelaksana PK sehinggalah semua PK diberi penjelasan sepenuhnya.
  • 25/2/2013  - PK01 dan PK02  - Unit Pengurusan Sekolah
  • 4/3/2013   - PK03 - Semua pegawai
  • 11/3/2013 - PK15 - Semua Unit PPD
  • 18/3/2013 - PK16 - Semua pegawai
  • 25/3/2013 - PK14 - Pegawai dan Staf yang terlibat dengan rekod
  • 1/4/2013  - PK04,PK05,PK06, PK07, PK08, PK14 - Pegawai terlibat
  • 11/4/2013 - PK09,PK10, PK11, PK12 - Juru Audit
Kita mengharapkan prosedur yang telah ditetapkan dipatuhi dan sentiasa dibuat pembetulan, pencegahan, penambahbaikan dan kawalan kepada perkhidmatan.

UPQ, PPD Maran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.