Jumaat, 22 Februari 2013

Selamat Bertukar Ke Temerloh, Cik Zazila Nani, PT N17

Warga Pejabat Pelajaran Daerah Maran mengucapkan Selamat Bertugas di tempat baru kepada Cik Zazila Nani binti Zulkeply, yang bertukar ke PPD Temerloh mulai 16 Februari 2013. Beliau memulakan khidmatnya di PPD Maran pada bulan Disember 2009, merupakan Pembantu Tadbir yang bertanggungjawab kepada Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan.
     Pertukaran ini merupakan satu kehilangan bagi warga PPD Maran, kerana beliau seorang yang begitu komited kepada tugas yang diberi dan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada rakan sekerja. Selamat berpisah kami ucapkan. Semoga pertukaran ini akan terus memberi semangat dan produktiviti kerja beliau.
UPQ, PPD Maran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.