Selasa, 26 Februari 2013

Tahniah kepada En Abdul Sani dan Puan Nik Fatimah - Pegawai & Staf Terbaik Januari 2013 PPD Maran


Warga PPD Maran mengucapkan tahniah dan syabas kepada Encik Abdul Sani bin Razali (Penyelia HEM, PPD Maran) dan Puan Hjjah Nik Fatimah bt Kasim (Pembantu Tadbir Unit Perkhidmatan, PPD Maran) kerana telah dinobatkan sebagai pegawai dan Staf sokongan terbaik bagi bulan Januari 2013. Semoga kejayaan ini menyuntik semangat dan keazaman kepada semua warga PPD Maran untuk terus menyumbang bakti kepada pendidikan.
     Sememangnya tidak diragui komitmen dan kesungguhan mereka ini dalam melaksanakan tugas yang diberi sama ada oleh PPD mahupun Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Encik Abdul Sani sendiri sentiasa memberikan yang terbaik memandangkan tugasnya yang agak berat iaitu berkaitan dengan hal ehwal pelajar di daerah ini seperti KWAPM, e-Kasih, Buku Teks, Kaunseling, Bantuan Awal Persekolahan, Susu 1Malaysia, program Anak Yatim, program kemasyarakatan bersama YB Parlimen dan sebagainya. Tugas ini menuntut belia bekerja sebaiknya malah kadangkala terpaksa dilaksanakan di waktu malam atau cuti.
    Bagi Puan Nik Fatimah pula, beliau adalah antara senior pembantu tadbir di PPD Maran. Proses pertukaran pelajar atau guru dan pengurusan Fail Perkhidmatan serta pengurusan MS ISO, memerlukan staf yang rajin dan sentiasa bersedia. Tahniah diucapkan kepada mereka.
 
UPQ, PPD Maran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.