Khamis, 28 Februari 2013

Program Riadah PPD Maran



Pejabat Pelajaran Daerah Maran berusaha untuk memantapkan kepimpinan dan kerjasama sepasukan bagi memastikan produktiviti semua kakitangannya berada di tahap terbaik. Dengan slogan PPD Maran Cekap, Cepat dan Berkesan merupakan hasrat murni yang perlu dizahirkan dalam aspek pengurusan pentadbiran dan peranan setiap personel warga PPD Maran.
     Untuk itu, PPD Maran menganjurkan aktiviti riadah setiap minggu iaitu dilaksanakan pada setiap petang hari Khamis. antara pukul 4.00 - 6.00 petang. Dengan tubuh badan yang sihat, iainya juga mampu untuk mengurangkan tekanan kerja para pegawai dan staf. Selain itu, dapat memupuk semangat setia kawan antara pegawai dan staf sokongan tanpa mengira pangkat atau status. Kita percaya, dengan program atau aktiviti riadah ini mampu membentuk profesionalisme dan kekuatan rohani dan jasmani setiap pegawai dan staf di samping meningkatkan mutu kerja masing-masing.
     Antara aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan ialah senam tari, Pendakian Bukit Makro, Maran, Pendakian Bukit Panorama, Sg Lembing, Poco-poco, Pertandingan permainan seperti Ping-pong, futsal, golf dan sebagainya.  Aktiviti yang telah dilaksanakan ialah pada 7 Februari 2013 telah diadakan senam tari, Pendakian Bukit Makro ( 21 Februari ) dan Senaman Poco-poco (28 Februari 2013). Acara Senam Tari mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada para peserta termasuk Tuan PPD Maran sendiri yang turut melapangkan masa untuk bersama. Malah, senam tari ini akan diadakan setiap awal bulan (Khamis).
    Aktiviti ini akan diadakan setiap Khamis dan mendapat sambutan daripada semua staf. Kepada guru-guru yang berminat juga dijemput untuk bersama dan boleh hubungi urusetia.
 
 
UPQ, PPD Maran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.