Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Kesedaran di semua peringkat sama ada di peringkat KPM, JPN, PPD sehingga ke peringkat sekolah dalam memastikan satu usaha berterusan ke arah memastikan budaya mengurus masa yang optimum dan berkualiti dilaksanakan, adalah amat penting demi pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran .
Objektif pelaksanaan program MMI ialah:
a) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI,
b) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMIdi sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid,
c) semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI ke semua sekolah di bawah pentadbiran mereka,
d) memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid di semua sekolah, dan
e) memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.
Untuk bacaan lanjut sila dapatkan buku Melindungi Masa Instruksional- Kembali kepada asas: Pemimpin Intruksional, Guru Mengajar dan Murid berlajar
atau layari laman MMI
Unit Pengurusan Kualiti, PPD Maran
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
1. Merekod surat masuk dan surat keluar: Kandungan di dalam fail hendaklah didaftarkan ke dalam kertas minit bagi tujuan kawalan pada perin...
-
Contoh Cap Kertas Minit yang boleh digunakan untuk pengurusan fail pejabat. Contoh menulis pada kertas minit. Merah untuk SURAT...
-
PENGURUSAN DOKUMEN 1. Fail-fail aktif/diari/ organizer disusun dengan kemas dan teratur pada setiap masa. 2. Fail disusun mengikut...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan anda.