- Stor sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas.
- Pelan lantai stor dengan laluan kecemasan boleh diwujudkan dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.
- Sudut informasi (contoh: tatacara permohonan barang) boleh diwujudkan dan ditempatkan di kawasan yang mudah dilihat.
- Tanda amaran “Dilarang Masuk” dipamerkan dengan jelas.
- Stok disusun mengikut tanda/label/abjad yang bersesuaian mengikut tarikh pengeluaran atau tarikh kemasukan ke stor dan dikeluarkan untuk kegunaan mengikut kaedah “First-In-First-Out” (FIFO). (*Penandan Aras Minima)
- Semua barang/stok di dalam stor disusun dengan kemas dan teratur.
- Stok termasuk alat tulis, bahan, mesin dan peralatan disusun dengan teratur supaya tidak menghalang kerja-kerja pemunggahan dan laluan.
- Peralatan sokongan pengurusan stor termasuk tangga mudah alih dan troli berada dalam keadaan baik dan ditentukan tempat khas.
- Stok disimpan mengikut keadaan atau jenis barang dan tertakluk kepada prosedur pengurusan stor yang sedang berkuatkuasa (Contoh: bilik hawa dingin atau peti sejuk untuk stok yang memerlukan suhu rendah dan barang-barang toksik disimpan dengan kemas dan menggunakan peralatan sepatutnya termasuk peralatan sokongan).
- Kaedah/sistem merekod yang sesuai boleh diwujudkan bagi memudahkan urusan merekod keluar masuk stok. (*Menyediakan Kew PS yang kemaskini).
Jumaat, 30 Oktober 2015
EKSA - Pengurusan Bilik Stor
BILIK STOR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
1. Merekod surat masuk dan surat keluar: Kandungan di dalam fail hendaklah didaftarkan ke dalam kertas minit bagi tujuan kawalan pada perin...
-
Contoh Cap Kertas Minit yang boleh digunakan untuk pengurusan fail pejabat. Contoh menulis pada kertas minit. Merah untuk SURAT...
-
PENGURUSAN DOKUMEN 1. Fail-fail aktif/diari/ organizer disusun dengan kemas dan teratur pada setiap masa. 2. Fail disusun mengikut...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan anda.