Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat melayari blog "Gerbang Kualiti" Cikgu Jasmi. Perkongsian ilmu suatu ibadah.

CATATAN TERKINI

Rabu, 4 Disember 2013

Pengisian Skor SKPM bagi tahun 2013 : SKPM 2010 (enazir) dan SKPM 2003 (nkra) perlu diisi bersama.

MAKLUMAN TERKINI

1. Merujuk Surat Siaran Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) bertarikh 22 November 2013, semua sekolah diminta untuk mengisi skor PKS-SKPM 2003 di Portal NKRA (http://nkra.moe.gov.my) mulai 9 Disember 2013. Surat siaran boleh di muat turun dalam portal eNazir (www.moe.gov.my/enazir).
 2. Pengisian skor PKS-SKPM 2010 ke dalam portal adalah mengikut tarikh seperti berikut;

 SEKOLAH
TARIKH PENGISIAN 
 SEKOLAH RENDAH
 1 November 2013 - 27 Disember 2013
 SEKOLAH MENENGAH
1 Februari 2014 - 11 April 2014 

Pihak sekolah diminta membuat pengisian dengan lengkap dan menepati piawaian yang telah ditetapkan. Faktor kemenjadian murid (standard 5) menjadi penentu kepada prestasi dan peratus skor SKPM. Standard 1, Standard 2 dan Standar 3 adalah memperlihatkan kualiti pengurusan sekolah dan Standard 4 memperlihatkan kualiti guru dan PdP sekolah berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.