Bismilahir Rahmanir Rahim,
Assalamulaikum Wa Rahmatulallahi Wa Barakatuh
Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia
Yang Berhormat Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Abd Muttalib (Ahli Parlimen
Maran),
YB Dato’ Hj. Ahmad Munawar bin Hj. Abdul Jalil (ADUN Luit), YB Dato’ Shahaniza bt Shamsuddin (ADUN Kuala Sentol),
YB En Wan Salman bin Ismail (ADUN Jengka)
Yang berusaha Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Maran, Pengerusi MPSM Daerah Maran, Pengerusi MGB Daerah Maran, Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Maran, Pegawai Pejabat Parlimen Maran,
Yang dihormati Pengetua-pengetua, Guru Besar-Guru Besar, guru-guru,
Semua Yang Dipertua PIBG, ibu bapa dan para pelajar sekalian.
YB Dato’ dan hadirin yang dihormati sekalian
Marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan
limpah rahmat-Nya kita dipertemukan lagi khusus untuk menjayakan Majlis
Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid-murid di daerah
Maran bagi tahun 2013.
Pada kesempatan ini saya ingin
merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Abd Muttalib (Ahli Parlimen
Maran) yang dapat bersama-sama kita untuk menjayakan majlis ini. Tidak
lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Hj. Ahmad Munawar bin Hj. Abdul Jalil (ADUN Luit), YB Dato’
Shahaniza bt Shamsuddin (ADUN Kuala Sentol) YB En Wan Salman bin Ismail (ADUN
Jengka) yang sentiasa bekerjasama, komited dan prihatin membantu para pelajar
khususnya untuk meningkatkan kemajuan pendidikan di daerah Maran.
Terima kasih juga diucapkan kepada barisan
jawatankuasa pengelola yang berjaya menguruskan
majlis yang diadakan pada hari ini dengan jayanya.
Yang Berhormat Dato’ Hj. Ismail, Dato’-Dato’ dan hadirin yang dihormati sekalian
Pada 28 September 2012 yang lalu,
YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa membentangkan
Bajet Tahun 2013 telah meluluskan peruntukan sejumlah RM540 juta untuk
pemberian bantuan RM100 kepada semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi
persekolahan 2013. Pemberian bantuan ini bertujuan mengurangkan beban
perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa penjaga
murid.
Untuk makluman YB Dato’ , tuan-tuan
dan puan-puan sekalian, kerajaan telah memberikan bantuan kewangan sebanyak RM 1 938 200 kepada 19 382
orang murid yang merangkumi 71 buah sekolah di daerah Maran. Ini bermakna
kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 0.37% daripada keseluruhan bantuan khas
ini kepada daerah Maran sahaja. Ini
membuktikan kerajaan begitu prihatin terhadap masalah dan beban yang dipikul
oleh ibu bapa penjaga setiap kali menjelang sesi persekolahan setiap
tahun. Oleh itu, saya amat berharap ibu
bapa penjaga dapat menggunakan bantuan yang diberi dengan sebaik mungkin. Pihak
sekolah juga saya ingatkan supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan
RM100 sebagaimana yang telah disarankan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Pada kesempatan ini saya mewakili
warga pendidikan Daerah Maran seramai 2 174 orang dan bilangan murid yang
berjumlah 20 692 orang menyatakan sokongan dan dokongan penuh kepada barisan
kepimpinan negara yang diterajui Perdana
Menteri Malaysia yang kita sayangi Dato Seri Najib Tun Abdul Razak untuk
mencapai dan merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Kami
yakin dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan oleh YAB
Perdana Menteri kita pada 11/9/2012 yang lalu, sudah pasti memberi momentum
yang tinggi kepada warga pendidik Maran untuk terus pantas, berani, cekap dan
bijak mencipta kecemerlangan untuk masa hadapan.
Dari segi matematik, kami warga
pendidikan Maran mengetahui dan menghayati 2 aspirasi, 5 aspirasi keberhasilan
sistem pendidikan, 6 aspirasi murid, 11 anjakan transformasi dan 3 gelombang
pelaksanaan. Sesungguhnya warga pendidikan Maran berbangga dengan pencapaian
pendidikan Maran setakat ini. Untuk pengetahuan YB Dato’ , tuan-tuan dan
puan-puan sekalian, dalam peperiksaan UPSR, daerah Maran masih mengekalkan
kedudukan di tempat pertama di peringkat negeri Pahang untuk 6 tahun berturut-turut
dengan memperoleh jumlah 5A seramai 213 orang, peratusan 78.58% dan GPS 2.07.
Manakala dalam peperiksaan PMR yang
diumumkan baru-baru ini, kita berjaya mengekalkan kedudukan no. 7 di peringkat
negeri Pahang dengan memperoleh peratusan 67.77% dan jumlah yang mendapat A
seramai 49 orang. Dari segi GPS kita bertambah baik sebanyak 0.06 iaitu
daripada 2.75 kepada 2.69.
Justeru, saya ingin merakamkan
ucapan ribuan terima kasih kepada semua YB atas sumbangan yang telah diberikan
sama ada dalam bentuk kewangan dan peralatan sepanjang tahun 2012 yang lalu.
Tanpa bantuan mereka kita tidak akan berjaya mengecapi kejayaan sebegini.
Tuan-tuan dan
puan-puan sekalian.
Pihak kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar dalam memastikan kelangsungan pendidikan untuk anak-anak kita. Bagi daerah Maran, pelbagai program dan bantuan kepada murid-murid telah diberikan dalam tahun 2012. Dalam program Membasmi Kemiskinan, Parlimen Maran telah memberikan bantuan Kumpulan Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dari Tahun 1 hingga Tahun 6, Bantuan e-kasih dan Bantuan e-Damak untuk Orang Asli kepada seramai 4012 orang murid yang berjumlah RM 1 003 994.
Di samping itu, pihak kerajaan melalui
Parlimen Maran juga telah memberikan pelbagai bentuk bantuan antaranya Bantuan
Pakaian Seragam, Baucer 1Malaysia untuk Tingkatan 6, Bantuan Vitamin 1Malaysia,
RMT dan Bantuan NetBook yang berjumlah RM 2 090 421.
Tuan-tuan dan
puan-puan sekalian,
Selain daripada itu kerajaan juga
telah memberikan sebanyak RM1 856 930 kepada 4357 orang murid dalam bentuk
biasiswa. Antara biasiswa yang telah diberikan ialah Biasiswa Kerajaan
Persekutuan, Biasiswa (BKP-Universiti) Tkt 6, BKP Bukan Melayu dan Biasiswa Yayasan
Pahang. Secara keseluruhannya bantuan yang telah diberikan kepada para pelajar
di daerah Maran ialah sebanyak RM 8 615 960 (8.62 juta)
Saya mewakili warga pendidikan
daerah Maran juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato’ Hj
Ismail Abd Muttalib kerana telah memberikan sumbangan untuk menjayakan Hari
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Daerah Maran, Program Membaca 1Malaysia dan
Program Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) yang berjumlah RM45 000.
Dalam memastikan warga pendidik dan murid-murid
yang berada di sekolah dapat belajar dengan selesa, kerajaan telah menyediakan
peruntukan yang besar untuk meningkatkan prasarana di sekolah seperti membina
kantin, menyelenggara KIP dan sistem kumbahan, membaik pulih tandas,
menaiktaraf astaka dan membekalkan pelbagai jenis perabot serta peralatan
sekolah. Keseluruhan perbelanjaan yang telah diberikan untuk daerah Maran pada
tahun 2012 ialah sebanyak RM 4 547 595 (RM4.5 juta).
Pada kesempatan ini juga saya
mengucapkan tahniah kepada 47 orang YDP PIBG yang mewakili 47 buah sekolah
menengah dan rendah di daerah Maran yang menerima sumbangan Netbook 1Malaysia. Tuan-tuan seharusnya mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kepada semua YB kita khususnya kepada YB Dato Hj. Ismail
Abd Muttalib Ahli Parlimen Maran yang telah berusaha mendapatkan Netbook ini. Diharapkan pemberian Netbook ini
dapat membantu tuan-tuan meningkatkan pentadbiran dan pengurusan PIBG di
sekolah.
Akhir kata, tahniah kepada semua
penerima bantuan khas RM100 dan penerima bantuan Netbook 1Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Parlimen Maran,
ADUN-ADUN yang sudi meluangkan masa hadir pada pagi ini untuk menyerikan lagi
Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan RM100 bagi tahun 2013.
Sekian
Wabillahi Taufik Wal Hidayah
Wassalamulaikum wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh. UPQ, PPD Maran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas ulasan anda.