Khamis, 16 Mei 2013

Sambutan Hari Guru PPD Maran 2013, julung kali diadakan.

Buat julung kalinya, PPD Maran mengadakan sambutan Hari Guru. Sambutan secara sederhana telah diadakan bagi menghayati hari yang amat bermakna bagi warga pendidik terutama guru. Para pegawai bersama dengan staf meraikan hari yang penuh bermakna ini. Malah sambutan kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran peserta kursus disiplin yang dianjurkan oleh IAB pada hari yang sama. Guru-guru disiplin begitu terharu dapat bersama meraikan dan menyanyikan lagu "Guru Malaysia".
     Di kalangan pegawai pula, ini merupakan julung kali sambutan diadakan di PPD. Mereka begitu terharu dan teruja untuk meraikan hari bermakna ini terutama menyanyikan lagu "Guru Malaysia'. Ada kalangan mereka ini (pegawai) yang sudah bertahun tidak merasai suasana sambutan hari guru ini memandangkan meraka kini bukan lagi mengajar di sekolah. Walaupun tiada kelibat anak-anak pelajar dan hadiah ingatan daripada anak-anak murid, namun sambutan ini cukup mengundang 'nostalgia' bagi mereka yang pernah bernama 'guru'. Antara acara yang diadakan ialah Nyanyian lagu Negaraku, lagu Guru Malaysia, bacaan perutusan daripada Tuan PPD Maran, senam seni dan sukaneka. Semoga acara dan sambutan sei akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Para pegawai, staf sokongan, guru-guru disiplin dan pensyarah IAB turut bersama dalam perhimpunan Hari Guru PPD Maran.

Ucapan daripada Tuan Timbalan PPD Maran, Tuan Hj. Mohd Rodzik bin Abd. Razak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.