Fail Meja adalah dokumen penting dalam urus tadbir bagi seorang penjawat awam. Fail Meja ini memang menjadi kewajiban semua agensi kerajaan. Bagi Kementerian Pendidikan Malaysia, semua pegawai dan staf sokongan perlu mengisi dokumen ini mengikut perjawatan masing-masing. Namun, pelbagai format wujud dan tidak selaras sama ada peringkat negeri atau sekolah. Hanya guru yang mengajar tanpa mengurus tadbir dibolehkan menggunakan Buku Rekod Mengajar tanpa perlu membuat Fail Meja.
Berikut adalah format Fail Meja yang diselaraskan oleh KPM;
1. Visi, Misi dan Objektif Bahagian/Jabatan/Pejabat
2. Carta Organisasi Bahagian/Jabatan/Pejabat
3. Objektif Sektor/Unit
4. Carta Organisasi Sektor/Unit (Kedudukan
Pegawai)
5. Senarai Tugas/Kuasa dan Hubungan Pegawai
Dengan Pegawai-Pegawai Lain
6. Peraturan-peraturan Pentadbiran
7. Proses Kerja
8. Carta Alir
9. Senarai Semak / Checklist
10. Senarai Borang Yang Berkaitan Dengan Tugas Pegawai
11. Undang-Undang
dan Peraturan (Pekeliling)
12. Jawatankuasa
Yang Dianggotai (Yang berkaitan dengan tugas sahaja)
13. Norma Kerja
(Boleh diukur-KPI/masa/peratus/bilangan)
14. Format
Senarai Tugas Harian