Jumaat, 7 Disember 2012

Amalan 5S menjadi budaya warga PPD Maran

Pn Aini sentiasa menitik beratkan kepuasan dan kekemasan

Encik Saiful sentiasa bekerja keras dan banyak membantu menjayakan 5S

Puan Nik Fatimah sentiasa memastikan 5S menjadi amalan dalam kerja seharian
Warga Organisasi PPDM merasakan satu semangat baru dalam melaksanakan amalan 5S di PPDM. Selain membina 'team work', amalan 5S juga menjadi budaya yang wajid diamalkan oleh setiap warga PPDM. Dengan wujudnya kerjasama berpasukan, keceriaan bilik dan tempat kerja, maka produktiviti juga semakin bertambah dan dapat memantapkan mutu organisasi.
     Tugas, amanah dan tanggungjawab yang diberi dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Selain itu 5S juga dapat memantapkan perlaksanaan MS ISO di organisasi. Prosedur dan garis panduan menjadi rujukan kepada semua staf dan pegawai. Walaupun terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri, namun mereka sentiasa bersemangat untuk memastikan PPD Maran berada dalam keadaan yang terbaik.

UPQ, PPD Maran

Khamis, 6 Disember 2012

Lawatan Audit dan Penilaian 5S oleh JPN Pahang ke PPD Maran

Encik Ramlan sempat melawat Bilik Fail PPD Maran.

Pada Khamis 6 Disember 2012, satu pasukan Audit dari JPN Pahang telah hadir ke PPD Maran untuk membuat audit dan penilaian bagi Kategori Persekitaran Kualiti 5S. Secara keseluruhannya pasukan audit ini berpuas hati dan teruja melihat proses dan perlaksanaan 5S di PPD Maran. Sememangnya kita bersedia untuk penilaian audit 5S kerana telah melaksanakannya sejak awal tahun lagi iaitu sejak menduduki bangunan baru PPD Maran. Kekuatan PPD Maran sendiri ialah semua unit/zon bekerjasama menjayakan amalan 5S. Malah PPD Maran sendiri telah melaksanakan audit dalaman 5S sendiri sebanyak 2 kali.
     Walaupun tiada peruntukan untuk 5S, namun para pegawai dan staf sokongan bekerjasama menghias bilik dan zon masing-masing dengan kewangan yang dikumpul secara bersama. Pengorbanan wang ringgit, masa dan keringat berbaloi apabila zon masing-masing ceria dan menarik. Bukan kemenangan yang menjadi keutamaan tetapi rasa saling berkongsi idea dan usaha untuk memantapkan mutu dan kualiti persekitaran PPD.
3 orang Auditor yang membuat penilaian di PPD Maran.


UPQ, PPD Maran

Promosi SKPM 2010 kepada para pegawai di PPD Maran

Seminar Promosi SKPM 2010 kepada para pegawaipegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Maran telah diadakan pada 6 Disember 2012 (Khamis) di PPD Maran. Seminar sehari ini telah diberikan oleh Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti Negeri Pahang iaitu melalui Encik Ahmad Kamal dan Puan Syarifah Zahirah.
     Beberapa slot diisi dengan mengupas cabaran dan peranan PPD dalam memantapkan hala tuju sekolah dan pendidikan negara. Wakil MGB dan MPSM juga dijemput bersama dalam seminar tersebut. Ini juga merupakan langkah awal dalam memastikan semua PPD membantu sekolah menggunakan SKPM 2010 mulai tahun 2013.
 

UPQ, PPD Maran

Sudut 5S di PPD Maran

Sudut 5S PPDM berada di aras 3 bangunan PPD.
 


Sudut 5S di Zon Teratai.
UPQ, PPD Maran

Rabu, 5 Disember 2012

Kreativiti dalam 5S

Inovasi dan kreativiti merupakan satu penambahbaikan dalam proses kerja. Dalam pengamalan 5S di PPD Maran, kreativiti menjadi satu persaingan antara Zon, Pegawai dan staf sokongan.
     Penyediaan laci terbaik telah mewujudkan persaingan antara pegawai dan staf. Pelbagai bentuk persembahan laci menunjukkan kreativiti yang menarik dan ceria. Label lampu juga menunjukkan perbezaan antara zon. Ini berdasarkan kreativiti masing-masing dalam mewujudkan sesuatu yang menarik dan ceria.
     Ada juga pegawai yang telah menunjukkan kreativiti yang tinggi seperti menggunakan kotak terpakai sebagai kotak fail yang menarik. Idea dan kreatif dapat membantu menceria dan meningkatkan kualiti kerja. Tahniah kepada semua warga PPD Maran yang telah bersungguh-sungguh membudayakan 5S.
Rak yang menarik dan tersusun.

Hasil kreativiti Ustaz Satar, Penyelia Pendidikan Islam PPDM.



UPQ, PPD Maran

Pertandingan Persekitaran Berkualiti 5S Antara PPD Pahang

Semua PPD mula dikejutkan dengan pertandingan 5S yang dianjurkan oleh JPN Pahang. Ramai staf dan pegawai mula tercari-cari aakah itu 5S dan bagaimana dikatakan amalan 5S. Ada yang mula membuat lawatan penanda aras ke PPD lain dan JPNP. Kadangkala, sesuatu yang mengejutkan akan membangkitkan rasa dan semangat berkobar-kobar ahli organisasi.
    PPD Maran sendiri tidak ketinggalan apabila arahan yang diberi diterima dengan semangat yang membara. Untungnya, PPD maran telah amalkan 5S sejak awal tahun lagi iaitu sejak berpindah ke bangunan baru PPD. Amalan SISIH telah mula dipraktikkan sewaktu berpindah dari bangunan lama PPD lagi. 5S juga telah diamalkan oleh semua unit/zon di PPD Maran.
     Untuk penambahbaikan, maka pertandingan 5S ini menjadi satu lonjakan kepada amalan 5S di PPDM. Zon-zon yang dulu ketinggalan kini bangkit melaksanakan 5S dan menceriakan zon masing-masing. Kini semua pegawai dan staf bekerjasama mempertingkatkan 5S di meja, zon dan pejabat. Persaingan sihat antara mereka dapat dilihat malah keceriaan PPD Maran sendiri mula diperkatakan oleh tetamu PPD yang hadir. Hampir semua pegawai dan staf kini mempunyai laci meja yang menarik, tersusun dan mengamalkan 5S. Meja, rak, almari dan kabinet telah dilabel dengan kemas.
     Tahniah kepada semua warga PPD Maran yang telah bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pengamalan 5S. Diharapkan ianya menjadi budaya kepada semua warga PPD Maran.
Zon Teratai/ Akademik semakin ceria. Pegawai-pegawainya juga saling bekerjasama.

Puan Aini dan Puan Aida menyiapkan penanda laluan kecemasan di Zon Bunga Matahari


UPQ, PPD Maran

Isnin, 3 Disember 2012

Dasar Kualiti PPD Maran

Dasar Kualiti PPD Maran dipamer di dalam dan di luar premis.


 
Urutan daripada kehendak SIRIM dan Standard Kualiti MS ISO 9001:2008, maka Dasar Kualiti PPD Maran telah diselaraskan bersama kementerian. Ia bukan sahaja menjadi dasar PPD malah dihayati serta diamalkan oleh semua warga organisasi.
"PPD Maran berusaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengurusan perkhidmatan utama untuk memenuhi kehendak pelanggan bagi mencapai matlamat KPM selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan"

Program dan Aktiviti Pejabat Pelajaran Daerah Maran
                          i.    Penempatan dan pertukaran guru.
                         ii.    Pengurusan akademik.
                        iii.    Pengurusan pembangunan kemanusiaan.
                       iv.    Pengurusan sumber teknologi.
                        v.    Pemantauan penilaian dan peperiksaan.
                       vi.    Pemantauan pembangunan dan bekalan.
                      vii.    Pemantauan sekolah menengah dan rendah.
                     viii.    Pengurusan khidmat pelanggan.

 


UPQ, PPD Maran