Selasa, 22 Oktober 2013

Lawatan GPK HEM Daerah Maran ke SK Zainab 2, Kelantan (sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi)

Ahli Rombongan dari Daerah Maran bergambar di SK Zainab 2


En Mohd Jasmi menyampaikan cenderamata terima kasih daripada PPD Maran kepada Penolong Kanan 1, SK Zainab 2, Pn Zaini bt Yusof.
 
 
 
 
SK Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan  merupakan sebuah sekolah Berprestasi Tinggi dan terbaik di Malaysia. Lawatan oleh Badan GPK HEM Daerah Maran ke sekolah tersebut pada 20 Oktober 2013 baru-baru ini memberi peluang untuk mengenali watak SBT sekolah berkenaan.
     Seramai 65 orang guru bersama 2 orang pegawai PPD Maran iaitu Encik Burhanuddin bin Hashim (KU SPK) dan Encik Mohd Jasmi bin Jaafar (Unit Pengurusan Kualiti), telah diberi penerangan berkenaan sekolah berkenaan oleh PK 1, Puan Zaini binti Yusof. Perkongsian ilmu, pengalaman dan idea antara peserta dan sekolah, banyak memberi kesedaran kepada mereka berkenaan pengurusan sekolah yang terbaik. Keupayaan sekolah ini dalam membina kekuatan sekolah sehingga mencapai SBT amat mengujakan. Beberapa perkara yang menarik di sekolah ini yang sempat kami lihat ialah;
  1. Semua pelajar adalah perempuan.
  2. Kelas tanpa tong sampah
  3. makan tanpa tumpah
  4. buku di tangan/ dibaca
  5. Jaringan dan jalinan merentas sempadan/dunia.
Dalam menjadikan sekolah memberi impak kepada semua, pembudayaan, kepimpinan, misi dan visi serta kerjasama berpasukan adalah bergerak seiring dan bersepadu. Tahniah kepada sekolah berkenaan. Diharapkan sekolah-sekolah di daerah Maran juga mampu bergerak sedemikian selepas ini.

Murid sudah dibudayakan menghormati tetamu.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.