Isnin, 1 April 2013

Tahniah SK Sentosa, Maran kerana mendapat pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan

Guru Besar SK Sentosa bersama replika cek RM250,000.00 yang diterimanya daripada KPM

Syabas dan tahniah kepada SK Sentosa, Maran di bawah kepimpinan Ustaz Haji Mat Isa bin Hj. Abdul Rashid kerana telah berjaya melonjakkan sekolah kepada Sekolah Kluster Kecemerlangan. Perkhabaran ini adalah satu kegembiraan buat warga kerja dan komuniti SK Sentosa khususnya dan warga pendidikan daerah Maran amnya.
     Inilah satu pengiktirafan pihak kementerian Pelajaran Malaysia yang memberikan lonjakkan  kecemerlangan kepada pendidikan di daerah Maran yang mana sekolah ini berada di kawasan luar bandar. Jika bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Itulah perumpamaan bagi kecemerlangan warga SK Sentosa. Kita berharap juga agar pencapaian ini menguatkan semangat mereka untuk mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
     SK Sentosa layak memperolehi dana sebanyak RM250,000 untuk pembangunan sekolah dan beberapa kemudahan lain. Tahniah diucapkan. Semoga ianya menjadi motivasi kepada sekolah rendah yang lain. Ianya juga adalah kejayaan sebagai sekolah luar bandar pertama yang memperoleh kejayaan ini.
     Maklumat penuh berkaitan perkhabaran ini akan dimaklumkan kemudian.
 
UPQ, PPD Maran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.