Selasa, 6 September 2016

Prosedur Pengurusan Panitia di Sekolah-sekolah.

1.   OBJEKTIF

      Prosedur ini bertujuan untuk memastikan pengurusan panitia diurus dengan terancang dan berkesan supaya Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) atau Gred Purata Sekolah (GPS) bagi peperiksaan awam / peperiksaan pertengahan tahun / peperiksaan akhir tahun meningkat 0.01 atau mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) minimum seperti berikut:-
1.1           UPSR       : 2.00
1.2           SPM         : 5.00
1.3           STPM       : 2.50

2.   SKOP

Prosedur ini meliputi semua aktiviti panitia yang berkaitan dengan pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran  bagi setiap mata pelajaran.


3.   RUJUKAN

3.1          Manual Kualiti;
3.2          Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran;
3.3          Pengurusan Pencerapan;
3.4          Pengurusan Peperiksaan;
3.5          Surat Pekeliling Ikhtisas 4/1986 – Pengurusan Panitia Mata Pelajaran;
3.6          Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1999 – Penyediaan Rekod Pembelajaran dan Pengajaran;
3.7          Surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bil 11/2002 dan SPI Bil 5/2003;
3.8          Manual Pengurusan Strategi Headcount Akademik Sekolah-sekolah;



4.     DEFINISI

Sila rujuk Definisi Singkatan Perkataan (Manual SPSK)

4.1   Panitia Mata Pelajaran


4.2   JKS









:


:









Jawatankuasa yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang sama;

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang terdiri daripada Pengetua / Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Setiausaha Kurikulum, Ketua-ketua Panitia, AJK Jadual Waktu, Guru PSS, Guru SPBT, Setiausaha Peperiksaan, Penyelaras Aliran, Guru Cemerlang (jika ada), Guru Pendidikan Khas (jika ada), Guru Pemulihan Khas dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Jawatankuasa ini menyelaras Huraian Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran Tahunan, Rancangan Pelajaran Harian, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran  serta program-program peningkatan prestasi kurikulum / akademik.

           





5.   TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB
TINDAKAN
RUJUKAN

P/GB




P/GB


GPK


KP



GKMP/KP
















AJK





KP/KPT/PT




SU Panitia


5.1   Melantik AJK Kurikulum dan Ketua Panitia bagi semua mata pelajaran;



5.2   Mengendalikan Mesyuarat JKKS sekurang-kurangnya 2 kali setahun;

5.3   Memastikan tindakan 5.1 dan 5.2 dijalankan;

5.4   Menjalankan mesyuarat Jawatankuasa Panitia mata pelajaran sekurang-kurangnya 4 kali setahun;


5.5   Memastikan perkara-perkara berikut disediakan:-
a.    Sukatan Pelajaran dan HSP terkini;
b.    Rancangan Pelajaran Tahunan;
c.    Standard Kandungan (KSSR);
d.    Standard Pembelajaran (KSSR);
e.    Rekod Pengesanan 100% Sukatan Pelajaran;
f.     Anggaran Belanja Mengurus panitia tahun semasa  berdasarkan peruntukan kewangan bagi pembelian bahan bantu mengajar dan program / aktiviti panitia;
g.    Program Akademik Negeri semasa (mengikut perubahan dari masa ke semasa).

5.6    Menjalankan aktiviti/program yang diputuskan di dalam mesyuarat dan  menyediakan laporan pelaksanaan program;


5.7    Menerima, menyemak perolehan, merekod dalam buku stok atau inventori dengan kemaskini dari masa ke semasa;


5.8    Memastikan kategori dan kandungan fail panitia berdasarkan SPI Bil 4/89 dipatuhi;

5.9    Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi, ambil tindakan pembetulan merujuk kepada Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur.

Takwim Pengurusan Sekolah /
Surat Lantikan

Minit Mesyuarat JKKS




SPI Bil 4/86
Minit Mesyuarat Takwim Sekolah


Dokumen a hingga e



Rekod Pengesanan 100% Sukatan Pelajaran


Minit Mesyuarat JKKewS





Pelan Tindakan & Operasi Panitia
Format Laporan Program


Inventori
Kew PA 3. Harta Modal / Kew PA 2


Senarai Semak Fail Panitia


6.      REKOD KUALITI


BIL
JENIS REKOD
TEMPOH
LOKASI
1.
Fail Panitia
3 tahun
Bilik Penyimpanan Fail
2.
Buku Stok atau Inventori
3 tahun
Bilik Penyimpanan Fail
3.
Laporan Pelaksanaan Program
3 tahun
Bilik Penyimpanan Fail



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas ulasan anda.